Showing posts with label hidup si penuntut ilmu. Show all posts
Showing posts with label hidup si penuntut ilmu. Show all posts

Next?




InsyaAllah satu hari nanti. Solat istikharah yok! :)

Next Step in 2014 :)

Assalamualaikum... 

tersangatlah lama blog ini terbiar tanpa sebarang update
menjenguk pun tidak hehe
terlalu sibuk dengan kehidupan as 7th semester student. 
walaupun status repeater, busy tetap busy. penat sama penat. 
cuma ada perbezaan la aku yg opah rasa kali ni. 
Alhamdulillah lebih faham apa yg diajar, dan hari ke hari berjaya mempositifkan diri. 
well, repeat ni affect your mind jugak sbnrnya. 
its like psycho-ing your own brain. 

Allah permudahkan segalanya seriously! 
classmates ni tak pernah pandang opah as repeater. 
They treated me well, accepted me as their classmate, not as a senior yang kene repeat.
Terharu. 


Sekarang ni, opah dalam mode final exam sebenarnya. 
Alhamdulillah 2 papers successfully shot down. 
and one more to go. 
yang satu ni rasa macam sepuluh lagi paper yang menunggu. 
setakat ni, im satisfied with what i had answered in the booklet. 
semua dh dicurahkan. 
so, one more to, neuro please be nice, or else i will shoot u like the previous papers. 
menembak secara bijak. bukan membuta tuli. 


curi curi masa nk update blog. sebab rindu. haha. 
plus, dah settle revision ikot jadual yg dah buat. otak pun nk rehat jugak.
opah suka buat jadual hari dengan chapters yang kene revise tiap kali exam
walaupun selalunya tergelincir keluar dari jadual, 
at least takdela tersasar teros tanpa hala tuju. 
people who did not plan is planning to fail. 
opah pegang ayat ni. 

few days back, opah check application opah untuk masters programme in ukm. 
coursework, bukan research. 
furthering my studies is one of my priorities after i've finished my degree. 
planningnya, kalau application ditolak, i will get myself employed. 
orang kata, lepaih study terok2 bertahun2, rileks la dulu sebulan dua kat rumah. 
tapi opah rasa, hidup makin lama makin mencabar. 
orang kat luar berlumba2 nak cari kerja, ]
kerja pun susah nk dapek tak kira kau degree ke master ke.. 
pehtu kite nk duk goyangkan kaki kat rumah tunggu sebulan dua baru nk start mencari? 
i dont think its a good idea. 
tapi ni pendapat opah ja. lain orang lain la kan. 
plus, opah rasa, opah dah terlalu banyak terhutang budi yang takkan mampu dibayar dengan parents opah. i have to work. kene mula tampung diri sendiri. 
kena mula cari sumber untuk give back to our parents. 

Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah, master is my next step! I'm in!


kadang2 tengah2 study tu lost jugak sbb rasa makin banyak revise makin banyak tak tahu.
makin banyak tak tahu makin gelabah la jawabnya. 
tapi Alhamdulillah, sedikit sebanyak offer master tu membangkitkan semangat juga. 
First thing first. I have to pass my final exam with flying2 color, 
then i'll be joining others to further study in master of science conservation biology. 
Insya Allah, Ameen! 

Alhamdulillah, berita gembira untuk permulaan tahun 2014. 
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Mungkin ini hikmah yang Allah mahu berikan pada opah,
yang memerlukan opah tempuh dahulu satu step yang agak perit untuk diterima pada awalnya. 
Syukur. 
mohon cucu cucu opah sekalian yang baik hati mendoakan kejayaan opah dan classmates yang lain utk final exam december 2013 ni. 
semoga semua berjaya.. 

Semoga kita semua dapat bergraduasi tahun 2014 ini!

Good Luck!






Midsem Mission Here We Go!

picture is being cilok from the group fb


COMING SOON. WHAT FOR D UPDATE OKIESSS :)









the project begins..

Assalamualaikum

whoaaa..terasa suda kepenatan buat projek ni. ade membe2 opah yg dh start lama projek diorang. contohnya yg buat pasal ecology. opah and da geng yg buat projek yg perlukan chemicals kene tunggu la barang sume sampai. but mostly ape yg opah gune sume ade dah kat bilik chemicals tu. tinggal nk kene bancuh ja.

sebenarnya tak tetapkan pon masa nk mulakan projek. tak set date pon nk start bile. kirenya unplanned la. opah just semak balek proposal, almaklum la dh lama sangat x tengok projek ye dak. agak bersawang sket di minda. opah tengok balek steps, buat flow sket supaya senang sket nk refer..dapat gambaran yg lebih jelas la cmtu. kebetulan pulak, classmate opah merangkap jugak housemate plan nk p bancuh dah medium utk algae dia grow. dia buat pasal algae. opah pasal bacteria. so kebetulan nk menemankan kawan sorang ni, opah pon rase, why not kalo start skali. warming je dulu. bukan nk teros2 buat betol2. tapi xdela main2 sangat. means buat proses bancuhan dulu. kot2 salah nisbah air dengan powder, boleh la kite adjust. proses ni mmg perlukan kesabaran, sebab tak semestinya skali buat tros jadik kan. nak2 beginners cm kite. mcm lecturer opah sllu ckp, kesusahan ketika buat projek tu, is the beauty of ur project. dan kita akan lebih menghargai projek kite tu bile dah selesai nnti lepas dh lalui segala macam dugaan cabaran. Insya Allah.

so bertarikh 26 februari, opah pon melangkah keluar dari blok SM4, dan berjalan menuju ke lab yg opah rase agak jauh la sebab dh lama x menapak ke kelas sejauh itu. kui3.




kak ida dengan projeknya bersama assistant dia cik wani ghani

lepas dh selesai bancuh nutrient agar, rase mcm nk pergi collect sample sikit. suda bersedia mahu collect?? gulp!

kak ida : aduihh qina.. busuk r bende tu..x mau r kutip..
qina (monolog dalam hati) - cmni r membe..mintak tlg sket x leh kan kan.. 
ok ni sume tipu jek. kak ida dan wani ghani dengan rela hati membantu okeh!


here we come bird droppings!!!!! euwwww~~


lepas dh bawak naik timbang kat lab, dapat la kumpul 0.8g najis. tu pon rasenye 8 hari tak hilang loya lagi kot. errkkkK!!!


-one the second day-

process serial dilution

satu hari simpan ini najis konfem la berbau mak aihhhh (monolog)

arghhhh aku dah kata konfem berbau tahap gila punyaaaa!!!!! (tak sanggup bau) -monolog lagi-

okeh2..sabaq sat. adjust micropipette dulu.

dugaan sungguh la bau ni..wuwuwuwu~

discuss dengan kak ain utk conversion unit. 

dan bermulanya dilution!!!

di sebelah sana bench pulak......







beberapa plate sudah di incubate kan. semoga esok ada progress yg lebih baik. Insya Allah Ameen. 








small reminder


"your life may not going the way you planned, but it's going exactly the way Allah planned it. so just keep on praying. have faith, put your trust on Allah..." 

Macam Macam 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari tu dh selesai urusan pindah masok kolej. cuma urusan kemas bekas umah sewa jek x terlaksana lagik. Insya Allah, plan nk berkemas hari Jumaat ni. esok la tu!

yup, memang busy. masing2 dh mula jumpe supervisor, lab assistant. bertanyakan hal2 projek la.

opah plak, prefer untuk belek2 balek projek, tengok satu per satu step balek, and nk settle barang2 dgn lab assistant dulu before proceed utk jumpe supervisor. harapnya barang semua ada Ameen.

ok, Macam Macam 2013. mmg macam2 hal la yg berlaku sejak dok kolej ni. xdela macam2 sangat pon actually, tapi memandangkan opah ade anak jagaan yg perlu dijaga bernama Viva, maka memerlukan sedikit kesabaran la nk urus hal2 berkaitan anak ni.

pertama, u really have to know where to park ur car bebeh! never masok territory terlarang! kalo x? SAMAN!

second, yg ni mmg harus wajibul ghunnah kene ade sticker kenderaan! kalo x, SAMAN!

dan hal2 lain tu x perlu la diberitahu. cuma kene berjaga2 sbb parking melebihi had kawasan pon akan diSAMAN!

SAMAN SAMAN SAMAN.

nak dijadikkan cerita. malam pertama anak jagaan tidur di uitm, parking la kat belakang kolej lelaki. SP1. sbb opah kata kat Miss Nina yg menggunakan anak opah tu, "kalo nmpk ade org parking kt situ, parking jela."

so she did it. sangat menurut kata. bagos Miss Nina ni. so malam tu pon x berapa nk sehat, sokseksoksek berhingus demam segala.

tiba2 Miss Nina berlari2 datang kat tingkap (lari ke dia, x kesah la nmpk cm terburu2 cmtu la) kata "pak guard call kite..dia kata lampu kete x tutop"

opah dengan berhingus2 tu dh bingung. cm mane pulak bley x perasan x tutop lampu? cm mane pulak guard tu boleh ade nombor Miss Nina and bukan nombor opah? ke ade org nk prank kitorang malam2 ni.

bukan la malam sangat pon. pagi dah. kol 1 PAGI dik oi! ade bran nk turun bawah kat tmpt parking gelap gelita uh? mmg pikir berjuta kali la.

so memikirkan call itu x berkait soal x boleh parking kt situ, opah pon x ikot turun sama la. yg teman Miss Nina cuma Yana, Kat dan Kak Shaadah.

opah dh berhingus2 ni mmg sangat la x mau berembun kt luar tu..

lama jugak diorang pegi.. kata lampu x tutop jek. ni betol2 kene prank ke ape? risau plak den.

balek jek, teros serbu Yana dulu. maka bermula la story..

katanya, gurad2 yg bertuga tu kata la x bley parking kt situ. diorang pelik la nape budak part 6 cm kitorang x tawu lagi rules x bley parking kt tmpt tu. yes, kami part 6 tapi kami baru jek diberi peluang duduk dalam. selama ni terpinggir dok kt lua. huhuhuhuhu...

so lepas dh explain2.. guard tu bagi la parking kt tmpt lain, dekat2 situ jugak. x bley park kt situ sbnrnye..tp memandangkan membe2 opah ni perempuan, bahaya nk park jauh2, so dibenarkan la utk malam tu sahaja.

then esok paginya, opah nak kua la pegi beli barang sket. pegi2 kat kete... yipppppiiiiii dapat surat warna MERAH! surat saman la dik non oi.. alaaaahaaaaiiii kene saman gak ke... adoi adoi..!

tapi syukur Alhamdulillah sbb Puan Guard yg mmg opah dh berurusan ngan dia sejak sem lepas lagi pasal sticker kete tu baik hati. layan pon super baik. muka opah cuak sangat kot agaknya. -______-''

then lepas dh jumpa dengan penolong pegawai keselamatan, dpt la diskaun. patotnye kene bayar RM200 kot x silap. tapi opah kene bayar RM50 je. je? xde la je sangat pon kalo tolak tambah lepas la jugak duit makan utk dua tiga minggu (opah mkn byk, x yah la tekejot sangat huhuhuhu). tapi membe2 opah yg baik hati Yana Nina Wani Ida Shaadah Kat Mira sudi nk bagi sumbangan memandangkan anak jagaan tu digunakan bersama. Viva oh Viva.. naseb ekau la kene saman!

esoknya.. lepas zohor, tros laju2 nk p bayar saman. plan nk bayar saman n amek baucer jek. tapi alhamdulillah dpt skali kak siswa walaupun akak bendahari tu mula2 kata "nama xde dlm rekod la dik"..

x ado? dah part 6 ni kak. mustahilun!


ha tu dia. sticker dah ditampal. moga x kene saman lagi pasni Ameen! 

buku2 yg diborong. opah mmg dh lama mengidam nk beli al-Quran berserta terjemahan cmni. 

no more buku2 mencari pasangan hidup mencari jodoh bagai utk sem ni. semester terakhir memerlukan fokus yg lebih, dan bekalan2 yg lebih mantop mcm kt atas ni. Insya Allah, akan membantu. 

ok, nyto nyto semua! tatatatata 

Assalamualaikum :)

pesanan sedikit amek dari meeting blok tadi :

kalau anda mahukan jodoh yg baik..berusahalah untuk berubah menjadi yg lebih baik. jangan sibuk mencari Mr Right, tapi berusaha untuk jadi the right one! x perlu susah2 mencari2 menunggu bakal imam. pergi surau atau masjid berdekatan untuk jadi makmum. usaha dan usaha untuk menjadi makmum baik, to be a better muslimah! Insya Allah. 









Semester Baru, Kediaman Baru!

Assalamualaikum.. 

Happy Tuesday u olss! 

Alhamdulillah, semalam dh selesai urusan berpindah dari rumah sewa ke kolej. atas jasa baik classmate yg bertungkus lumus wat rayuan utk kami masok kolej, akhirnya dpt la jugak jadik penghuni seri menanti. seri menanti ni nama kolej utk girls. boys seri pilah. kot. x egt hahaha sbb dh lama sgt x amek tahu hal2 kolej ni. tujuan wat rayuan ni pon sbb nk memudahkan urusan mengendalikan final year project, sbb rata2 byk deal dgn lab. susah la kalo dok lua. transport lagi kan kan. 

dan bermula jam 9 lebey kurang, opah dgn sorg housemate Gentam p kolej dulu utk uruskan hal2 pendaftaran. kami tak dpt duduk serumah sbb dh full. so berpecah. ade jugak la yg serumah. lepas dh daftar, balek semula ke rumah utk mulakan proses angkut barang. separuh tunggu kat kolej, separuh kat rumah sewa. kerjasama penting kawan2! hehe.. 

driving dgn kete yg bersaiz kecil memerlukan proses ulang alik sebanyak 5 ke 6 kali. 
letih amat. membe yg dok hon2 kt jalan pon dh x perasan. khusyuk sgt drivingnye.. 

lepas dh pindah2 barang, kene la pulak mengangkut barang2 tu ke bilik. dan takdir telah menentukan opah dpt bilik PALING ATAS SEKALI! hoyeahhhhh -_____-'' 

malamnya..gigih la mengemas bilik. smpai demam. bersin non stop. 

Alhamdulillah, berjaya settle semua kol 3 pagi. 
roommate ajak makan megi cup pulak b4 tidoq. opah pon,on je la ! hehe.

dan atas permintaan roommate tu jugak merangkap cik Wanie Ghani, malam tu pasang lampu romantik sket la nk tidoq. whoaa mmg lena la tidoq! 


lampu meja yg comel pemberian sahabat lama. tQ! 

dan frame gambar pemberian kak syud. tQ jugak! 

SELAMAT MEMULAKAN SEMESTER BARU SEMUA!




never lose hope, there's always hikmah behind everything


Assalamualaikum..

as we all know, final examination result has been announced. untuk semua universiti. 
untuk UITM pulak, officially pada 15 februari. 
tarikh yg pasti opah akan ingat utk dua tiga hari ni.. 
akibat penangan yg diberikan miahahaa.. 

Alhamdulillah.. opah puas hati dgn apa yg opah dpt. apa yg kite dpt berdasarkan apa yg kite usehekan. kalo usehe setinggi gunung, gunung la yg kite dpt Insya Allah. kalo ape yg terpampang pada skrin bukan sepertimana yg kite harapkan.. redha.. 
yela.. mgkn ade yg akan ckp..aku dh usehe berhempas pulas, ini je yg aku dpt.. 
never never ever say that bebeh..
Allah knows better. Allah beri apa yg kite perlu bukan apa yg kita mahu. 

dan kali ni, result improve dari sem lepas wlpn x byk. dan sebenarnya (background lagu Yuna sket) opah hanya target lulus semua. tak target smpai ke dekan pon utk sem ni selepas dh berperang dengan 4 paper dalam examination hall. xdela hall mane pon. bilik je hehe. 

untuk paper Experimental, opah ade buat entry sejurus selepas selesai berperang dgn paper tu.. bley la usha2 balek Perang Nombor 
utk paper ni Alhamdulillah, wlpn bukan A, its ok. ive done my best. gred yg ok la utk orang2 yg lemah nombor mcm opah ni haha.. 

then utk Operation Management pulak, rasenye semua classmates opah dpt result yg serupa. 
Alhamdulillah A. sebab tu rasenye every sem lepas dh dpt result tu pasti akan kua status kt facebook kate..
"nak tukar amek degree lain la..(yg melibatkan managament insuran finance ape sume).."
"aku student bio..tapi aku nk drop subjek bio, boleh?"
"nk tukar la bio jadik minor"

utk molecular pulak.. yg ni rasenye semua dh boleh expect result maseng2 lepas kua dari DK100 tu. 
soalan ok, cuma cara kitorang jawab mungkin tidak menepati kriteria pemarkahan. 
ayat panjang lebar..tapi maksud x smpai. jadiknya..sikit la markah yg dpt. 

dan untuk Plant Physio. tahniah untuk sahabat2 opah yg berjaya dapat A. 
utk opah, mungkin bukan rezeki. tapi opah puas hati. 
sebab opah mengalami kecelaruan otak saat2 nk menjawab paper ni. soalan senang tapi x boleh jawab. 
frustrated ke x? sebab kite expect soalan susah, yg keluarnye senang. 

actually tu alasan yg kurang bijak. opah mengaku. 
alasan tu x bley diterima pakai. kalo soalan senang, mmg sepatotnye boleh jawab. expect x expect is not the reason. itu pada pandangan opah la. 

so utk keseluruhannya.. Alhamdulillah. im satisfied. 

semester lima, semester yang lepas ni, i did some mistakes.
never deny ur mistakes. face and learn from them. 
never lose hope, keep moving forward as everything happens for HIKMAH. 

belajar dari kesilapan, dan berazam utk lakukan perubahan. berubah menjadi pelajar tahun akhir yang lebih baik. 

SELAMAT DATANG SEMESTER ENAM, SEMESTER TERAKHIR
Siru 'ala Barokatillah. 

May Allah ease everything. Amin Ya Rabbal Alamin.





Mini Minor Practical : Hari Terakhir Kami

Assalamualaikum. 

struggle sungguh nk update belog kat sini memandangkan line internet yg sangat memerlukan kesabaran. 

setakat ni opah berjaya update aktiviti practical hari pertama, ketiga, keempat dan lima. 
juga hari keenam (medicine). bley la klik2 kt link2 tersebut ye hehe. 


hari ni kak Ninot yang drive. opah keletihan. huhu

hari terakhir ni, perasaan bercampur baur. sedih ada gembira ada. 
gembira sebab x sabar nk mulakan cuti yg sebenar utk cuti semester ni. 
sedih plak sebab terpaksa meninggalkan tugas dan pengalaman baru kt veterinar melaka ni. 

walaupun secara jujurnya x banyak yg boley kami bantu, kami sumbangkan pada veterinar melaka ni memandangkan kami bukan student course zoology ke,,veterinar sendiri ke.. 
hanya penuntut ilmu Biology. 
basic knowledge pasal haiwan tu Insya Allah ada la. 

memang pada awal permohonan tu mengharapkan kami ditempatkan kat makmal. 
tapi malangnya kat situ hanya ada makmal yg kecil. makmal yg lebih sesuai tu kat Ipoh. barulah boleh nk examine bacteria ke virus ke under microscope..buat itu ini yg berkait dengan lab. 

tapi xpe. ade hikmah disebaliknya. kami cuba utk memanfaatkan hari2 praktikal yg ada. 
cuba utk kumpul sebanyak mana ilmu baru yang boleh.
yang Insya Allah boleh dikongsikan bersama member2 yang lain. 
walaupun ramai yg dapat tempat praktikal veterinar jugak. 
its ok. mungkin apa yg kami dpt, yang lain x dpt. yang lain dpt, kami x dpt rasa. 
nnti boleh la sharing is caring eh korang! 

hari terakhir ni, semangat lain mcm sket. pemilihan baju pon, warna terang. kerja pon extra semangat. 
hari Jumaat memang kebiasaannya ramai customer.  
dan opah pon mcm biasa la gigih jaga kaunter. 

masing2 teruja tengok anjing comel 


menunggu masa utk habiskan last day practical 


last pose kt bahagian admin






with Dr.Fieka Alias



sayonara Klinik Haiwan Kesayangan 




sayonara veterinar! 





Mini Minor Practical : Day 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah. syukur. 
ALLAH telah permudahkan segalanya. 
urusan final exam. urusan berpraktikal. 

final exam. utk last paper, plant physio, im so not confident i will pass with flying color
tak kesah.
pass sipi2 pon sudah cukup. memadai dengan usaha sendiri la kan. 

ok cukup. enough pasal final exam.

habis je last paper, laju2 pegi isi perot kat D'Rimba. tmpt yg disyorkan utk lunch. seriously. 
habis makan..laju2 balek umah. laju2 wat last packing. 

malam sebelumnya yg sepatotnya SIBUK MENELAAH tu pon kitorang dh start packing sbnrnya. 
hasilnya? 


ok. kapasiti kereta muat2 utk beg2 ni jek. so tuan punya beg kene naek bas la ye. haha

laju2 susun segala barang. vrooommm laju2 balek melaka. 
actually, x dpt tido yg secukupnya.. badan letih. otak letih.
Alhamdulillah, masih panjang umur, dpt drive dgn baik, wlpn sedikit laju sbb nk cpt smpai hehe.
smpai2 melaka lagi satu hal nk kene p carik umah sendiri. 
yes, opah kelupaan jalan nk p umah sendiri. 
so round2 melaka rasenye sejam lebih, and last2 decide p melaka sentral dulu. 
hajatnya nk p beli tiket kak nina jek. 
sekali? kasut, beg sume sapu. release tension exam kot. 

lepas dh shopping sket, akhirnya berjaya la jugak smpai umah. 

so esoknya? bermula misi praktikal. 

sebab nk elak traffic jam, so pukul 6 lebih dah gerak dari rumah. 
dapat feel cm mana orang sibuk2 rushing2 nk p keje. excited! 
bukak radio kuat2 dlm kete. JOHARA di ERA menemani. whoaaa syiok! 

pukul 7.15 (lebih kurang la) dh smpai. xde orang kot. excited x excited ko jah. haha
so..dengan persetujuan ahli2 dlm kete.. maka p la sarapan jap kat restoran Ayub. ayah den bukak restoran kt sini. x tawu pulak. 
ok tipu. 


pekena teh tarik dengan roti telur bawang. mantop! 
burrppp. laju2 p tmpt praktikal. 

Jabatan Veterinar Melaka.

lapor diri kt Dr. Siti Zubaidah. 
orangnya sangat sangat peramah. doktor vet mmg cmni kot. mesra alam. 
cuma dia kepeningan nk letak kitorang kt bahagian mana. sebab kt situ xde lab. 
lepas dh bincang2 ape sume, first day ktorang, 
Klinik Haiwan Kesayangan. 

smpai2 tu, laju2 carik Pn. Siti Nor Fadhielah. 
konfius.agak kebingungan. mencari2 ape yg kitorang kene buat sebenarnya. 
sbb xde keje. 

beberapa minit kemudian, bermulanya operasi sbnr klinik ni. 
bermulanya proses pemberian vaccine. 

mula2 sorang abang yg agak hensem dtg bawak kucing kesayangan dia. 
hensem. sayang kucing. lagi la hensem. kah3. 
pastu sorang makcik dengan anaknya pon bawak kucing. lagi byk. 
sume laju2 p bilik rawatan.

teruja tengok proses rawatan. first time. tengok Pn Siti tu gigih n gile brani. kalo opah mmg x la nk pegang kucing uh. mau dia cakau. x mo!! 

mostly kucing2 yg dihantar, mesra alam. cume sekoq jek yg x! nama dia Silver. 
milik abg pertama yg dtg tadi. yg hensem tu. kui3
sumpah garang. mula2 rapat ngan meja rawatan uh. skali si Silver tu mengamuk, suma rapat ke dinding.
jangan dia lompat terkam gigit sudah. 

abang yang hensem, kucing yang super garang
barang2 vaccination. needle 0.25, chemicals ubat cacing tu sume skali la dlm pakej.


and for sure orang yang paling gembira dpt bermesra2 ngan kucing2 ni, KAT la kan


kucing yang garang, contohnya yg ni. yang kene marah ngan tuan dia tu


pon boleh dijinakkan jadi cm ni


kucing dtg silih berganti. (cewah).. so more cute cats datang!


puan siti yang expert dengan kak nina yg berani

macam2 kes. yang kurap. yang sakit mata, najis berdarah. selsema. tapi yg paling menyanyat hati. kaki hampir putus. kesian sgt. 


kucing dan kucing dan kucing.. 

tiba2. 
ter usha satu kete. dalamnya mcm bukan kucing. awat besaq semacam. 

kat :"ehh serius dia nk bawak masok bende tu.."
opah :"ape tu?"

usha2 punya usha. anjing! 

sume pakat lari. haha. takot kot kang x pasai2 kene kekoh kaki. hahaa.. 
penakot penakot. 

mmg kagum gile. yg handle kes anjing ni pon, Pn. Siti tu. mmg expert. kalo anjing, xdela suh baring atas meja besi cm kucing tu. pastu nk cucuk cmtu ja.
mmg cari nahas la kan. haha.. 

so dia gune mesin ni. x taw pe nama. 

anjing ni baru 8 bulan k. tapi besau amat. mau kitorang x pakat lari tadi. tapi anjing ni baik. x garang. dia x makan 3 hari dah. tuan dia x taw apesal tiba2 anjing dia ni puasa. (puasa tu opah yg ckp.hehe)


pastu, ade jugak yg bawak anjing. kali ni comel sangat. ade problem ngan kaki. 

see. cool x Dr, Zubaidah tu. mmg sayang haiwan gile2.

yang ni kaki injured tp x nmpk luka. so doc nasihatkan restrict movement utk bagi heal. x perlu simen bagai. sbb tulang boleh heal sendiri. simen tu bagi alignment jek. info baru tahu. :)

so bagi anda2 yg ade kucing kesayangan.. ade sedikit tips penjagaan utk anda :

  • jangan selalu sangat bagi makan biskut. boleh bagi, tapi bagi kucing korang minom banyak air. sebab biskut ade kandungan mineral yang sangat tinggi. kalo kurang air, serbuk2 biskut boleh terkumpul, and boleh menyebabkan batu karang. 
  • lepas vaccine jangan mandikan kucing anda. sebab takot kucing akan demam. sistem immune diorang lemah. tak mcm kita.
  • anak2 kucing pon x digalakkan mandi selalu kan. sbb sistem immune tu jugak
  • kalo mandikan kucing, bagi betul2 kering badan dia. kalo x, boleh jadik fungus. 
  • kalo ade kutu, boleh beli rantai kutu kt kedai bagi mereka2 yang xde masa sibuk bekerja utk handle kutu kucing ni.


banyak sebenarnya tips yg dpt. tapi ini jek yg ingat. nnti Insya Allah opah update lagi kalo egt ye. 

Alhamdulillah byk jugak ilmu2 baru yg kitorang dpt. so esok Insya Allah akan ditempatkan kat bahagian kesihatan. 

ohh ya. lepas dh penat2 praktikal, perot lapaq, kitorang masak sama2. dengan bantuan satu tetamu khas. hehe. rahsia. 




ayam masak merah dengan sayur kubis goreng ala2 minah gentam. hahahaa. 

ok, slmt berpraktikal utk yg terlibat. yg lain2, selamat bercuti! 

Assalamualaikum.