Showing posts with label memory melaka. Show all posts
Showing posts with label memory melaka. Show all posts

Mission Bakaq Accomplished!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya mission Burger Bakar Abang Burn terlaksana

kali ni, bertemankan my forever boyfren.. Abang Besau, 
dan juga my forever buah hati pengarang jantung.. Mama! 

lokasi Jajahan ke 12 Abang Burn kite ni opah dh siap2 usha dulu. 

dan sesampainya di sana.. keadaan agak lengang. maybe masa operasi Restoran Melayu Melaka tu dh berakhir. mula2 macam ragu2 gak r..
"awat senyap semacam ja ni.. betoi ke dak tmpt ni.."

tapi selepas melangkah dua tiga empat langkah..berdesuuppp bau burger bakar menusuk lobang idong! 
YES! INILAH TEMPATNYE! 

hey hey hey...jangan main2 sama ini opah. bab2 makanan mmg laju jek. x pena makan pon dh bley tawu bau burger bakaq tu. terer dop? HAHA 

staf2 Abang Burn ni memang mesra alam. dun wori. 

mase nak order tu,,opah agak mcm Abang Besau akan order burger yang dasyat2 la ketinggiannya. 
double ke triple ke.. baru nak beradu ketinggian burger neh!

tanpa keraguan, tros dia order. 
dan memang MELESET sama skali jangkaan opah. 
order yg satu layer je bang? bia benau! aku bawak ko datang jauh2 ni (x la jauh mane pon actually)
ko order itu jek? diet ke ape?
-monolog dalam hati-

so opah yang pada mulanya dah bercadang nk order burger yg kaw kaw punya ketinggian..
tiba2 terbantut niat kau jah. 
dah kalo abang anda order tahap sederhana jek, x kan la kau anak dara nk order burger kaw kaw punya dasyat ye dak. 
malu le kak oi. 

so opah pon..order bende yang sama. so skrg ternyata la bahawasanya corak pemakanan abang dan adik totally not the same. dan ternyata la saiz kami berbeza disebabkan ini. HAHA. grr...


opah : alamak aih..apesal la kecik nau burger abang aku order ni.. boleh kenyang ke dak.. adoiyaii...

dan memang ternyata servis diorang mmg pantas. 
baru berapa saat lepas order air, baru nak kata sepatah memulakan aktiviti borak dengan mak dan abang,
zroommmm tadaaa! burger suda smpai. apa yang dikompang dalam facebook Abang Burn tu memang bukan indah khabar dari rupa. tiada yang benar melainkan yang benar belaka. 

rasa? 

like opah said before la kan, kalo anda dalam proses memboikot Double Cheese Burger x pon Prosperity Burger, sila dan sila datang makan burger bakaq ni. bukan kat melaka je. jajahan dia bersepah kau jah. x yah la menapak smpai ke melaka. sume negeri ade rasenye. rajin2 la usha facebook dia naa. 

ketebalan daging burger dia perghhh.. 
perghh dan perghh.. 
(ini kalo Abang Burn nampak opah promote burger dia silap2 bley dpt burger free sebulan kot haha)

harga dan rasa seiring sejalan la senang cakap. berbaloi baloi ikan kaloi. 

dan keistimewaan kalo korang datang makan kat jajahan melaka ni, view tempat makan tu chantekkk!! 
sebelah river cruise tu. smbil2 makan burger sambil2 menikmati keindahan pemandangan malam la i tell u.
tapi kalo opah mmg x pandang kiri kanan dah la kan. ngap ngap dan ngap. burrppp! 

dan customer makin lama makin ramai. servis tetap pantas. jangan risau kalo korang dok jauh dari kaunter tu,,kalo agak2 diorang x dpt carik korang, nama korang akan disebut sekuatnya dan popular la kejap mase tu hehe.. 
opah haruslah pilih meja yang dekat kaunter kan..senang kot2 nk tambah order lagi kan. satu layer tu..ragu2 cukup ke tak.. 

tapi Alhamdulillah,,satu layer tu je pon dh cukup, tambah sket add on satu set 3 sausage plus cheese yang berharga RM1.50. murah x murah tu. 

lepas dh siap2 order bayaq suma..dia akan bagi sekeping kertas. dan sila tunjuk kertas ni bile datang lagi lain kali .sebab?


DAPAT DISKAUN U OLSSS!! i like i like. 

tercapai suda mission. rakyat jelata melaka, sila la datang dan cuba sendiri burger bakaq ni naa. rakyat jelata negeri lain, sila laju2 usha fb burger bakaq ni dan usha jajahan2 lain. 

JAJAHAN KE 12 ABANG BURN TELAH DITAWAN! MIAHAHAHAHAHA

lepas dh menikmati burger bakaq ni, laju2 p amek ayahanda kat melaka sentral. ayah x berapa gemar burger cmni. so x makan skali la. lepas amek ayah tu, singgah supper jap kt kedai mamak. kembong kembonnggg! 

tengah makan pon nk diskusi. mak jugak baguih. menikmati teh tarikdi malam hari. 

kat umah pulak, tepat jam 12 pung pang pung pang boom sana booom sini bunyik mercun. 
mengapa? 

ohh,, HAPPY CHINESE NEW YEAR laarhh!!! 


Assalamualaikum 

Jimba2 versi Kedua

Assalamualaikum. 



Alhamdulillah, dengan izin dariNYA, kali ni opah berkesempatan utk jumpa lepaks makangs berwayangs dengan gengster2 lama. 
gengster2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru. 
my dear classmates. ade yang dh berapa tahun tak jumpa. 
so bile jumpe tu mcm.. speechless kejap. 
mungkinkah sebab telah bertambah cun/kacak? -mungkin juga
atau
mungkinkah telah bertambah ketinggian? -mungkin juga.
x kesah la semua tu. 

AEON Jusco Melaka.


opah bawak extra gengster dari philadelphia. 





thanks again for the time and willingness guys. 
Insya Allah kite gather lagi next time. 













Cuti Semester in Malacca

Assalamualaikum

kirenye ni first time opah habiskan masa2 cuti semester kat Melaka.
sebelum2 ni, kat Johor Bahru (sebelum berpindah ke Melaka)..
kat Sabah (sebab ayahanda bonda kt sana smpai ayah pencen)..

Alhamdulillah, kali ni jugak first time la kirenye menjadi drebar ke sana sini. 
selalunya mak ayah je yg bawak kan. 
EXCITED! 

lepas je berjaya habiskan praktikal selama 8 hari kt Jabatan Veterinar tu.. 
bermula la misi holiday opah! 

kali ni opah plan x mau balek Sabah. kebetulan pulak mak ayah ade function kat Putrajaya, so opah dengan sukahatinya demand kt mereka..
suh datang melaka berholiday ngan opah. x kan la nk duk sorang2 kt melaka ye dak. 

MAMA
pekena pasemboq penang malam2 hari pon masyuuukkkk jugak kan

AYAH
ayah dengan sup kambing dia mmg x bley dipisahkan. 

DURIAN CREPE + DURIAN PUFF

MISI BORONG OLE2 utk TUJUH adek2 miss Ninot. 
haruslah kate BORONG ye dak? banyak kotttt

MISI BURGER BAKAQ 

DOUBLE 


Misi seterusnya pon Burger Bakaq jugak. tunggu kedatangan Abang Besaq. baru bley beradu burger ye dak?! HEHE. 


dan terakhir sekali, baru je hantar miss Ninot pulang ke Terengganu kat Melaka Sentral. dan sepanjang meronda2 merayau2 kat Melaka ni, 3 orang membe miss Ninot kitorang jumpe. haa.. kecik jek dunia ni.. 

yang ni namenye Baiyah. ejaan betol x sure. member sekolah menengah miss Ninot. lame beno x jumpe sampai nama pon ingat2 lupa.. 



SELAMAT BERCUTI (^___^)


Mini Minor Practical : Hari Terakhir Kami

Assalamualaikum. 

struggle sungguh nk update belog kat sini memandangkan line internet yg sangat memerlukan kesabaran. 

setakat ni opah berjaya update aktiviti practical hari pertama, ketiga, keempat dan lima. 
juga hari keenam (medicine). bley la klik2 kt link2 tersebut ye hehe. 


hari ni kak Ninot yang drive. opah keletihan. huhu

hari terakhir ni, perasaan bercampur baur. sedih ada gembira ada. 
gembira sebab x sabar nk mulakan cuti yg sebenar utk cuti semester ni. 
sedih plak sebab terpaksa meninggalkan tugas dan pengalaman baru kt veterinar melaka ni. 

walaupun secara jujurnya x banyak yg boley kami bantu, kami sumbangkan pada veterinar melaka ni memandangkan kami bukan student course zoology ke,,veterinar sendiri ke.. 
hanya penuntut ilmu Biology. 
basic knowledge pasal haiwan tu Insya Allah ada la. 

memang pada awal permohonan tu mengharapkan kami ditempatkan kat makmal. 
tapi malangnya kat situ hanya ada makmal yg kecil. makmal yg lebih sesuai tu kat Ipoh. barulah boleh nk examine bacteria ke virus ke under microscope..buat itu ini yg berkait dengan lab. 

tapi xpe. ade hikmah disebaliknya. kami cuba utk memanfaatkan hari2 praktikal yg ada. 
cuba utk kumpul sebanyak mana ilmu baru yang boleh.
yang Insya Allah boleh dikongsikan bersama member2 yang lain. 
walaupun ramai yg dapat tempat praktikal veterinar jugak. 
its ok. mungkin apa yg kami dpt, yang lain x dpt. yang lain dpt, kami x dpt rasa. 
nnti boleh la sharing is caring eh korang! 

hari terakhir ni, semangat lain mcm sket. pemilihan baju pon, warna terang. kerja pon extra semangat. 
hari Jumaat memang kebiasaannya ramai customer.  
dan opah pon mcm biasa la gigih jaga kaunter. 

masing2 teruja tengok anjing comel 


menunggu masa utk habiskan last day practical 


last pose kt bahagian admin






with Dr.Fieka Alias



sayonara Klinik Haiwan Kesayangan 




sayonara veterinar! 





Burger Terbakar

Assalamualaikum. 

sekarang ni kire hot gak la kan pasal burger bakar. 
kalo kt facebook uh..ade je update pasal Burger Bakar Abang Burn. 
mmg masyuuukkkk la burger dia. 
tengok dari gambaq ja la. 
tapi x teringin pulak nk p cuba. x taw nape. hurm. nk kata opah bukan pemakan, no no no. 
hobi opah adalah makan. 

hari tu masa singgah kejap kt Senawang, miss Wanie cik Slow2 Jalan (belog dia) dengan kak Shaadah ade cube try test burger bakar. nampak kepuasan dari air muka mereka yang kekenyangan. 
so assume ok la kot burger ni. 
but still, x teringin sangat nk makan. WHY? 

sebelum2 ni, member kamcing opah kt melaka ni ade kabo pasal burger bakar. 
dekat je ngan area umah ni. 
but yg ni bukan Abang Burn tu punya la. 
mungkin Abang Bakar pemiliknya.

Burger Bakar Dahsyat. 


first impression, mcm kurang menarik. sebab orang x ramai. 

tapi orang kata, don't judge a book by its cover. 

gerai ni kire berkolaborasi dengan restoran mamak sebelah dia. so sape2 nk makan burger tu, boleh makan kt restoran tersebut. 


sambil2 tunggu tu, ibunda pekena teh tarik, opah dengan miss Ninot cm bese la kan, teh o ais dua! 



tunggu dan tunggu. sedot dan sedot teh depan mato. 

tiba2 ternampak budak yg super comel. perot buncit pipi melayut. 
sejuk sket hati yg agak panas menunggu. kurang sabar la katekan. 




dan akhirnya.. tiba juga burger yang ditunggu. 

nama menu ni please dont ask sebab x ingat. ingat ade cheezy jek. and bley add on. kalo tambah dua sausage dengan cheese sauce, RM1.50 je perlu tambah. mmg berbaloi sebab sausage dia saiz L la wa ckp sama lu beb. x main la kurus2 punya kan. 

sebab opah share dengan ibunda, haruslah order double kan. (alasan)

akhirnya hajat miss Ninot nk makan burger bakar telah tercapai. Alhamdulillah. 
jelas terpancar kegembiraan tu haha.. 

so bile dapat burger tu.. terpaku sekejap masing2. 

cm mana nk mula makan ni? blah sini? blah situ? kekoh teros kah? ke nk potong2? 
ke nak makan layer by layer. one by one. 

fikir utk sesaat dua. so akhirnya decide, blasah jela. 

yang penting, kene ikot Rule How to Eat Burger Bakar. x kesah la jenama ape pon. 

- makan x perlu cover sopan cover malu nnti sendiri rase x puas - 

ibunda opah makan sket je pon. opah melantak byk gile kot. sempot jugak la nk abeskan. 

harga sangat berbaloi. kalo anda dalam proses sedang memboikot double cheese burger mcm opah ni, silalah cuba Burger Bakar Dahsyat ni. 

orang kata, ni boleh masok dlm list -wajib-datang-semula-lain-kali-

sebab? 


ramai yang sanggup menunggu lama utk menikmati burger bakar ni. kereta smpai block jalan. ramai beno. 

khusyuk sangat makan, x sedar customer makin lama makin ramai. time2 pukul 10 ke atas kot mula ramai. 
dekat2 ngan MMU kan, student area so tengah2 struggle stress study, pekena burger bakaq pon masyuk jugak kan. yummyyy!!!

Insya Allah opah next mission : Burger Bakar Abang Burn kat Restoran Melayu Melaka. 
tunggu kepulangan abang opah dulu. beradu burger sapa paling tinggi HAHA. 

ALHAMDULILLAH utk rezeki dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT. 

Assalamualaikum

p/s : dah makan burger bakar, bile pulak nk bakar kalori yek? hurm. akan difikirkan nnti =______=''













riang ria sabtu

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, hari ni boley la berehat selepas seharian berhempas pulas kt klinik semalam (jumaat). 

cadangnya hari ni nk pi jogging. 
but as usual la kan, plan jek, buatnye tak. 
jogging la katekan. pagi pulak tu. 
cube kata nk pi makan kfc, lepas subuh pon sanggup rasenye. 
pemalas pemalas pemalas. 
mmg patot teros berkembang pesat. 

hari ni bangkit lmbt. 
celik2 mata, cik khatijah kite turun bawah. tibe2 naik balek dh ade penyapu di tangan.
pe bende plak minah ni. 
turun2 bawah.. tgk kt garaj, cik wani tengah gigih bersihkan garaj.
rajin sangat membe2 aku ni. apehal la haha.. 
so opah pon p la kumpul2 baju kotor utk dibasuh. mesin jek. kalo manual x larat kot nk sental sebakul besau. no no nooo.. 
then sambung mop kt bahagian bawah plak. 
so opah rase xpela x p jogging pon. sapu and mop rumah pon dh cukup. 
lepas dh bersihkan rumah, laju2 bersihkan diri sendiri pastu laju2 p kedai ngan cik khatijah sebab mau pegi beli barang2 nk masak ri ni. 

so what's gonna be d menu?

mihun sup + begedil








orait.. lepas dh makan smbil2 tgk Main Hoon Naa..
laju2 siap..zrooooommm pegi Dataran Pahlawan, Mahkota Parade. yeay! 

first time ber Tutti Frutti. ok rasenye opah prefer eskim Cornetto bese tu jek :)


SALE SALE SALE! manusia rakus memilih beg haha.. sale sale pon, harganya gebabomm! 


ohh.. night view! nice nice nice


actually, ade mission pegi DP ngan MP ni. 



misi apakah? 

hehe. wait for the next update keyyhh! 


Assalamualaikum






Mini Minor Practical : Day 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah. syukur. 
ALLAH telah permudahkan segalanya. 
urusan final exam. urusan berpraktikal. 

final exam. utk last paper, plant physio, im so not confident i will pass with flying color
tak kesah.
pass sipi2 pon sudah cukup. memadai dengan usaha sendiri la kan. 

ok cukup. enough pasal final exam.

habis je last paper, laju2 pegi isi perot kat D'Rimba. tmpt yg disyorkan utk lunch. seriously. 
habis makan..laju2 balek umah. laju2 wat last packing. 

malam sebelumnya yg sepatotnya SIBUK MENELAAH tu pon kitorang dh start packing sbnrnya. 
hasilnya? 


ok. kapasiti kereta muat2 utk beg2 ni jek. so tuan punya beg kene naek bas la ye. haha

laju2 susun segala barang. vrooommm laju2 balek melaka. 
actually, x dpt tido yg secukupnya.. badan letih. otak letih.
Alhamdulillah, masih panjang umur, dpt drive dgn baik, wlpn sedikit laju sbb nk cpt smpai hehe.
smpai2 melaka lagi satu hal nk kene p carik umah sendiri. 
yes, opah kelupaan jalan nk p umah sendiri. 
so round2 melaka rasenye sejam lebih, and last2 decide p melaka sentral dulu. 
hajatnya nk p beli tiket kak nina jek. 
sekali? kasut, beg sume sapu. release tension exam kot. 

lepas dh shopping sket, akhirnya berjaya la jugak smpai umah. 

so esoknya? bermula misi praktikal. 

sebab nk elak traffic jam, so pukul 6 lebih dah gerak dari rumah. 
dapat feel cm mana orang sibuk2 rushing2 nk p keje. excited! 
bukak radio kuat2 dlm kete. JOHARA di ERA menemani. whoaaa syiok! 

pukul 7.15 (lebih kurang la) dh smpai. xde orang kot. excited x excited ko jah. haha
so..dengan persetujuan ahli2 dlm kete.. maka p la sarapan jap kat restoran Ayub. ayah den bukak restoran kt sini. x tawu pulak. 
ok tipu. 


pekena teh tarik dengan roti telur bawang. mantop! 
burrppp. laju2 p tmpt praktikal. 

Jabatan Veterinar Melaka.

lapor diri kt Dr. Siti Zubaidah. 
orangnya sangat sangat peramah. doktor vet mmg cmni kot. mesra alam. 
cuma dia kepeningan nk letak kitorang kt bahagian mana. sebab kt situ xde lab. 
lepas dh bincang2 ape sume, first day ktorang, 
Klinik Haiwan Kesayangan. 

smpai2 tu, laju2 carik Pn. Siti Nor Fadhielah. 
konfius.agak kebingungan. mencari2 ape yg kitorang kene buat sebenarnya. 
sbb xde keje. 

beberapa minit kemudian, bermulanya operasi sbnr klinik ni. 
bermulanya proses pemberian vaccine. 

mula2 sorang abang yg agak hensem dtg bawak kucing kesayangan dia. 
hensem. sayang kucing. lagi la hensem. kah3. 
pastu sorang makcik dengan anaknya pon bawak kucing. lagi byk. 
sume laju2 p bilik rawatan.

teruja tengok proses rawatan. first time. tengok Pn Siti tu gigih n gile brani. kalo opah mmg x la nk pegang kucing uh. mau dia cakau. x mo!! 

mostly kucing2 yg dihantar, mesra alam. cume sekoq jek yg x! nama dia Silver. 
milik abg pertama yg dtg tadi. yg hensem tu. kui3
sumpah garang. mula2 rapat ngan meja rawatan uh. skali si Silver tu mengamuk, suma rapat ke dinding.
jangan dia lompat terkam gigit sudah. 

abang yang hensem, kucing yang super garang
barang2 vaccination. needle 0.25, chemicals ubat cacing tu sume skali la dlm pakej.


and for sure orang yang paling gembira dpt bermesra2 ngan kucing2 ni, KAT la kan


kucing yang garang, contohnya yg ni. yang kene marah ngan tuan dia tu


pon boleh dijinakkan jadi cm ni


kucing dtg silih berganti. (cewah).. so more cute cats datang!


puan siti yang expert dengan kak nina yg berani

macam2 kes. yang kurap. yang sakit mata, najis berdarah. selsema. tapi yg paling menyanyat hati. kaki hampir putus. kesian sgt. 


kucing dan kucing dan kucing.. 

tiba2. 
ter usha satu kete. dalamnya mcm bukan kucing. awat besaq semacam. 

kat :"ehh serius dia nk bawak masok bende tu.."
opah :"ape tu?"

usha2 punya usha. anjing! 

sume pakat lari. haha. takot kot kang x pasai2 kene kekoh kaki. hahaa.. 
penakot penakot. 

mmg kagum gile. yg handle kes anjing ni pon, Pn. Siti tu. mmg expert. kalo anjing, xdela suh baring atas meja besi cm kucing tu. pastu nk cucuk cmtu ja.
mmg cari nahas la kan. haha.. 

so dia gune mesin ni. x taw pe nama. 

anjing ni baru 8 bulan k. tapi besau amat. mau kitorang x pakat lari tadi. tapi anjing ni baik. x garang. dia x makan 3 hari dah. tuan dia x taw apesal tiba2 anjing dia ni puasa. (puasa tu opah yg ckp.hehe)


pastu, ade jugak yg bawak anjing. kali ni comel sangat. ade problem ngan kaki. 

see. cool x Dr, Zubaidah tu. mmg sayang haiwan gile2.

yang ni kaki injured tp x nmpk luka. so doc nasihatkan restrict movement utk bagi heal. x perlu simen bagai. sbb tulang boleh heal sendiri. simen tu bagi alignment jek. info baru tahu. :)

so bagi anda2 yg ade kucing kesayangan.. ade sedikit tips penjagaan utk anda :

  • jangan selalu sangat bagi makan biskut. boleh bagi, tapi bagi kucing korang minom banyak air. sebab biskut ade kandungan mineral yang sangat tinggi. kalo kurang air, serbuk2 biskut boleh terkumpul, and boleh menyebabkan batu karang. 
  • lepas vaccine jangan mandikan kucing anda. sebab takot kucing akan demam. sistem immune diorang lemah. tak mcm kita.
  • anak2 kucing pon x digalakkan mandi selalu kan. sbb sistem immune tu jugak
  • kalo mandikan kucing, bagi betul2 kering badan dia. kalo x, boleh jadik fungus. 
  • kalo ade kutu, boleh beli rantai kutu kt kedai bagi mereka2 yang xde masa sibuk bekerja utk handle kutu kucing ni.


banyak sebenarnya tips yg dpt. tapi ini jek yg ingat. nnti Insya Allah opah update lagi kalo egt ye. 

Alhamdulillah byk jugak ilmu2 baru yg kitorang dpt. so esok Insya Allah akan ditempatkan kat bahagian kesihatan. 

ohh ya. lepas dh penat2 praktikal, perot lapaq, kitorang masak sama2. dengan bantuan satu tetamu khas. hehe. rahsia. 




ayam masak merah dengan sayur kubis goreng ala2 minah gentam. hahahaa. 

ok, slmt berpraktikal utk yg terlibat. yg lain2, selamat bercuti! 

Assalamualaikum.