Hidup Terlalu Singkat

Assalamualaikum...

lama rasenye jari2 opah x menari2 create an entri. sebenarnye saat opah menaip2 ni, dh pukul 4.14 pagi. and i am trying to finish up my lab report. busy cu..busy... kebetulan pulak la tadi baru mandi hujan akibat sebab2 x dpt dielakkan.. badan rase x sedap..rase nk demam. esok plak, ade satu task nk settle. usaha dan doa jela yang mmpu.

opah rase terpanggil nak buat entri ni sebab.. lately, opah dihujani mcm2 masalah. and mostly, berkait dengan hati.. x mau nk cite panjang2 sgt sbb report baru siap 40% je ni hehe..

hidup kita ni.. sangat2 singkat.. sangat singkat untuk kita terasa hati... kecil hati.. atau dlm perkataan yang agak kasar bunyinya.. membenci.. entah kenapa..sejak dua menjak ni.. hati opah rasa macam malas nk selitkan perasaan negatif ni lama2 kalau ada apa2 masalah. bila ada apa2 prob berkait perasaan ni, opah sedaya upaya pujuk hati, kata.. "alah..xpalah.. apelah sangat kesalahan yang dia buat tu.. persahabatan aku dan dia lagi penting...syaitan..pi main jauh2 bley,,jgn pengaruh hati aku!"..

opah bukan nak kata opah baik.tak. opah pon pernah je terasa hati..apetah lagi menyakiti hati sesiapa. saya manusia biasa. x lari dari melakukan kesilapan. bila opah rasa opah ada buat silap, sedaya secepat boleh opah akan minta maaf. kalau ade yang buat silap kat opah, opah semampu dan sepantas boleh nk maafkan dia. sebab opah pikir..ukhuwah lebih penting kalau nk dibandingkan perasaan negatif yang terbuku dalam hati. kalau ditakdirkan umur kita x panjang... esok, lusa atau beberapa minit je lagi kita sudah x bernafas. mcm mana? pergi dalam keadaan tidak memaafkan individu apetah lagi individu tu sahabat kita..sahabat baik yang pernah tempuh suka duka ngan kita.. sedih..sangat sedih...

kalau boleh.. opah nak setting hati sendiri dan hati semua manusia dalam dunia ni supaya ade sifat pemaaf. memaafkan pon, haruslah ikhlas. ikhlas ikhlas ikhlas. itu penting. opah sedih bila mulut kata dah maafkan tapi hati kata "tak semudah tu aku boleh maafkan kau...". it hurts bebeh seriously it hurts! sebab apa? sebab bila hati dh siap2 setting mcm tu.. semuanya akan automatically express through perbuatan kita. perlakuan kita. apa2 nk buat pon rasa awkward. kekok. rasa palsu. org kata..fake. bila senyum pon nampak beno tak ikhlasnya. kalau opah yang terkena dengan senyuman palsu tu.. Allah saja yang tahu betapa sedihnya hatiku ini oh noooooo.. opah x terlepas dari melakukan kesilapan yang sama. Astaghfirullah...

jadi cucu2 semua... bertindak secara matang. x memerlukan anda berumur 20 tahun ke atas baru nak bertindak matang. no. apa2 pon, hati dan otak kita yang perlu ada satu software how can i be matured and to be like one. sorry la bi x bape nk elok sgt hehehe.. umur 12 tahun pon kadang2 boleh berfikir dan bertindak as a matured person berbanding insan yang berumur 3o tahun. bertindak secara matang..dari segi mudah memaafkan kesalahan orang..dan mudah untuk meminta maaf..yang dilakukan secara ikhlas.

manusia sering melakukan kesilapan.. saling memaafkan satu perkara yang manis dan mulia.

Assalamualaikum... :)

p/s: cucu2 perasan tak ayat opah agak skema kali ni? Bulan Bahasa kan skg..haruslah memperkayakan bahasa ibunda kita! hehe. Salam Jumaat semua!

No comments:

Post a Comment