Showing posts with label Ceciter d Pilah. Show all posts
Showing posts with label Ceciter d Pilah. Show all posts

Next Step in 2014 :)

Assalamualaikum... 

tersangatlah lama blog ini terbiar tanpa sebarang update
menjenguk pun tidak hehe
terlalu sibuk dengan kehidupan as 7th semester student. 
walaupun status repeater, busy tetap busy. penat sama penat. 
cuma ada perbezaan la aku yg opah rasa kali ni. 
Alhamdulillah lebih faham apa yg diajar, dan hari ke hari berjaya mempositifkan diri. 
well, repeat ni affect your mind jugak sbnrnya. 
its like psycho-ing your own brain. 

Allah permudahkan segalanya seriously! 
classmates ni tak pernah pandang opah as repeater. 
They treated me well, accepted me as their classmate, not as a senior yang kene repeat.
Terharu. 


Sekarang ni, opah dalam mode final exam sebenarnya. 
Alhamdulillah 2 papers successfully shot down. 
and one more to go. 
yang satu ni rasa macam sepuluh lagi paper yang menunggu. 
setakat ni, im satisfied with what i had answered in the booklet. 
semua dh dicurahkan. 
so, one more to, neuro please be nice, or else i will shoot u like the previous papers. 
menembak secara bijak. bukan membuta tuli. 


curi curi masa nk update blog. sebab rindu. haha. 
plus, dah settle revision ikot jadual yg dah buat. otak pun nk rehat jugak.
opah suka buat jadual hari dengan chapters yang kene revise tiap kali exam
walaupun selalunya tergelincir keluar dari jadual, 
at least takdela tersasar teros tanpa hala tuju. 
people who did not plan is planning to fail. 
opah pegang ayat ni. 

few days back, opah check application opah untuk masters programme in ukm. 
coursework, bukan research. 
furthering my studies is one of my priorities after i've finished my degree. 
planningnya, kalau application ditolak, i will get myself employed. 
orang kata, lepaih study terok2 bertahun2, rileks la dulu sebulan dua kat rumah. 
tapi opah rasa, hidup makin lama makin mencabar. 
orang kat luar berlumba2 nak cari kerja, ]
kerja pun susah nk dapek tak kira kau degree ke master ke.. 
pehtu kite nk duk goyangkan kaki kat rumah tunggu sebulan dua baru nk start mencari? 
i dont think its a good idea. 
tapi ni pendapat opah ja. lain orang lain la kan. 
plus, opah rasa, opah dah terlalu banyak terhutang budi yang takkan mampu dibayar dengan parents opah. i have to work. kene mula tampung diri sendiri. 
kena mula cari sumber untuk give back to our parents. 

Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah, master is my next step! I'm in!


kadang2 tengah2 study tu lost jugak sbb rasa makin banyak revise makin banyak tak tahu.
makin banyak tak tahu makin gelabah la jawabnya. 
tapi Alhamdulillah, sedikit sebanyak offer master tu membangkitkan semangat juga. 
First thing first. I have to pass my final exam with flying2 color, 
then i'll be joining others to further study in master of science conservation biology. 
Insya Allah, Ameen! 

Alhamdulillah, berita gembira untuk permulaan tahun 2014. 
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Mungkin ini hikmah yang Allah mahu berikan pada opah,
yang memerlukan opah tempuh dahulu satu step yang agak perit untuk diterima pada awalnya. 
Syukur. 
mohon cucu cucu opah sekalian yang baik hati mendoakan kejayaan opah dan classmates yang lain utk final exam december 2013 ni. 
semoga semua berjaya.. 

Semoga kita semua dapat bergraduasi tahun 2014 ini!

Good Luck!






Macam Macam 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari tu dh selesai urusan pindah masok kolej. cuma urusan kemas bekas umah sewa jek x terlaksana lagik. Insya Allah, plan nk berkemas hari Jumaat ni. esok la tu!

yup, memang busy. masing2 dh mula jumpe supervisor, lab assistant. bertanyakan hal2 projek la.

opah plak, prefer untuk belek2 balek projek, tengok satu per satu step balek, and nk settle barang2 dgn lab assistant dulu before proceed utk jumpe supervisor. harapnya barang semua ada Ameen.

ok, Macam Macam 2013. mmg macam2 hal la yg berlaku sejak dok kolej ni. xdela macam2 sangat pon actually, tapi memandangkan opah ade anak jagaan yg perlu dijaga bernama Viva, maka memerlukan sedikit kesabaran la nk urus hal2 berkaitan anak ni.

pertama, u really have to know where to park ur car bebeh! never masok territory terlarang! kalo x? SAMAN!

second, yg ni mmg harus wajibul ghunnah kene ade sticker kenderaan! kalo x, SAMAN!

dan hal2 lain tu x perlu la diberitahu. cuma kene berjaga2 sbb parking melebihi had kawasan pon akan diSAMAN!

SAMAN SAMAN SAMAN.

nak dijadikkan cerita. malam pertama anak jagaan tidur di uitm, parking la kat belakang kolej lelaki. SP1. sbb opah kata kat Miss Nina yg menggunakan anak opah tu, "kalo nmpk ade org parking kt situ, parking jela."

so she did it. sangat menurut kata. bagos Miss Nina ni. so malam tu pon x berapa nk sehat, sokseksoksek berhingus demam segala.

tiba2 Miss Nina berlari2 datang kat tingkap (lari ke dia, x kesah la nmpk cm terburu2 cmtu la) kata "pak guard call kite..dia kata lampu kete x tutop"

opah dengan berhingus2 tu dh bingung. cm mane pulak bley x perasan x tutop lampu? cm mane pulak guard tu boleh ade nombor Miss Nina and bukan nombor opah? ke ade org nk prank kitorang malam2 ni.

bukan la malam sangat pon. pagi dah. kol 1 PAGI dik oi! ade bran nk turun bawah kat tmpt parking gelap gelita uh? mmg pikir berjuta kali la.

so memikirkan call itu x berkait soal x boleh parking kt situ, opah pon x ikot turun sama la. yg teman Miss Nina cuma Yana, Kat dan Kak Shaadah.

opah dh berhingus2 ni mmg sangat la x mau berembun kt luar tu..

lama jugak diorang pegi.. kata lampu x tutop jek. ni betol2 kene prank ke ape? risau plak den.

balek jek, teros serbu Yana dulu. maka bermula la story..

katanya, gurad2 yg bertuga tu kata la x bley parking kt situ. diorang pelik la nape budak part 6 cm kitorang x tawu lagi rules x bley parking kt tmpt tu. yes, kami part 6 tapi kami baru jek diberi peluang duduk dalam. selama ni terpinggir dok kt lua. huhuhuhuhu...

so lepas dh explain2.. guard tu bagi la parking kt tmpt lain, dekat2 situ jugak. x bley park kt situ sbnrnye..tp memandangkan membe2 opah ni perempuan, bahaya nk park jauh2, so dibenarkan la utk malam tu sahaja.

then esok paginya, opah nak kua la pegi beli barang sket. pegi2 kat kete... yipppppiiiiii dapat surat warna MERAH! surat saman la dik non oi.. alaaaahaaaaiiii kene saman gak ke... adoi adoi..!

tapi syukur Alhamdulillah sbb Puan Guard yg mmg opah dh berurusan ngan dia sejak sem lepas lagi pasal sticker kete tu baik hati. layan pon super baik. muka opah cuak sangat kot agaknya. -______-''

then lepas dh jumpa dengan penolong pegawai keselamatan, dpt la diskaun. patotnye kene bayar RM200 kot x silap. tapi opah kene bayar RM50 je. je? xde la je sangat pon kalo tolak tambah lepas la jugak duit makan utk dua tiga minggu (opah mkn byk, x yah la tekejot sangat huhuhuhu). tapi membe2 opah yg baik hati Yana Nina Wani Ida Shaadah Kat Mira sudi nk bagi sumbangan memandangkan anak jagaan tu digunakan bersama. Viva oh Viva.. naseb ekau la kene saman!

esoknya.. lepas zohor, tros laju2 nk p bayar saman. plan nk bayar saman n amek baucer jek. tapi alhamdulillah dpt skali kak siswa walaupun akak bendahari tu mula2 kata "nama xde dlm rekod la dik"..

x ado? dah part 6 ni kak. mustahilun!


ha tu dia. sticker dah ditampal. moga x kene saman lagi pasni Ameen! 

buku2 yg diborong. opah mmg dh lama mengidam nk beli al-Quran berserta terjemahan cmni. 

no more buku2 mencari pasangan hidup mencari jodoh bagai utk sem ni. semester terakhir memerlukan fokus yg lebih, dan bekalan2 yg lebih mantop mcm kt atas ni. Insya Allah, akan membantu. 

ok, nyto nyto semua! tatatatata 

Assalamualaikum :)

pesanan sedikit amek dari meeting blok tadi :

kalau anda mahukan jodoh yg baik..berusahalah untuk berubah menjadi yg lebih baik. jangan sibuk mencari Mr Right, tapi berusaha untuk jadi the right one! x perlu susah2 mencari2 menunggu bakal imam. pergi surau atau masjid berdekatan untuk jadi makmum. usaha dan usaha untuk menjadi makmum baik, to be a better muslimah! Insya Allah. 









Semester Baru, Kediaman Baru!

Assalamualaikum.. 

Happy Tuesday u olss! 

Alhamdulillah, semalam dh selesai urusan berpindah dari rumah sewa ke kolej. atas jasa baik classmate yg bertungkus lumus wat rayuan utk kami masok kolej, akhirnya dpt la jugak jadik penghuni seri menanti. seri menanti ni nama kolej utk girls. boys seri pilah. kot. x egt hahaha sbb dh lama sgt x amek tahu hal2 kolej ni. tujuan wat rayuan ni pon sbb nk memudahkan urusan mengendalikan final year project, sbb rata2 byk deal dgn lab. susah la kalo dok lua. transport lagi kan kan. 

dan bermula jam 9 lebey kurang, opah dgn sorg housemate Gentam p kolej dulu utk uruskan hal2 pendaftaran. kami tak dpt duduk serumah sbb dh full. so berpecah. ade jugak la yg serumah. lepas dh daftar, balek semula ke rumah utk mulakan proses angkut barang. separuh tunggu kat kolej, separuh kat rumah sewa. kerjasama penting kawan2! hehe.. 

driving dgn kete yg bersaiz kecil memerlukan proses ulang alik sebanyak 5 ke 6 kali. 
letih amat. membe yg dok hon2 kt jalan pon dh x perasan. khusyuk sgt drivingnye.. 

lepas dh pindah2 barang, kene la pulak mengangkut barang2 tu ke bilik. dan takdir telah menentukan opah dpt bilik PALING ATAS SEKALI! hoyeahhhhh -_____-'' 

malamnya..gigih la mengemas bilik. smpai demam. bersin non stop. 

Alhamdulillah, berjaya settle semua kol 3 pagi. 
roommate ajak makan megi cup pulak b4 tidoq. opah pon,on je la ! hehe.

dan atas permintaan roommate tu jugak merangkap cik Wanie Ghani, malam tu pasang lampu romantik sket la nk tidoq. whoaa mmg lena la tidoq! 


lampu meja yg comel pemberian sahabat lama. tQ! 

dan frame gambar pemberian kak syud. tQ jugak! 

SELAMAT MEMULAKAN SEMESTER BARU SEMUA!




Tahun Terakhir :')

Assalamualaikum 

tahun terakhir.. 
mgkn ini tahun terakhir akan sambut birthday sama2 dengan housemates. 
we have been living together for three semesters. 
berpindah randah bersama. bersusah payah bersama. 
bersuka duka juga bersama. 

Insya Allah, bakal menamatkan misi berhempas pulas dengan Degree in Biology bulan 7 ni. 
Doakan kami. 

bukan bermakna tak boleh nk celebrate sama2 lagi birthday lepas ni. 
boleh, tapi keadaan tak sama seperti skrg. 

masa skrg ni.. 
  • lagi berapa hari birthday si pulan binti si pulan, mula la h misi nk carik hadiah. hadiah yg simple tapi ikhlas dari hati. itu yang penting. mula la gelabah p kedai itu ini. kedai2 kt pilah kurang hadiah yg comel2. so selalunya prefer sesuatu yang boleh dimakan. MAKAN! haha. (penuh peti ais)
  • lepas dah beli hadiah? mula la gelabah nk balut hadiah pulak. paling x bley bla boleh pulak pinjam gunting mintak cellophane tape dari si pulan binti si pulan yg birthdaynya bakal disambut. senang cite, bakal penerima hadiah tersebut. dah mcm cukai. 

utk opah sendiri, seriously, im not reallly good in this matter. sangat lemah bab2 balut hadiah. tapi hasil balutan kat atas ni, opah yg buat. caye x caye? haha.. buat utk org reti, balut utk sendiri hancus. 

bila x reti nk balut, terasa nk mintak yg pakar tlg balutkan. malangnya, yg pakar tu bakal penerima hadiah. x kan nk suh balut hadiah sendiri kan? mula la garu2 kepala kerut2 berpeluh dahi ketiak sume nk balut hadiah. struggle nk balut hadiah kau jah. kelas x kelas. naseb laa... 
  • BILIK BALUT HADIAH. senyap2 pegi bilik orang lain di mana si pulan binti di pulan xde. sorok2 balut. bile dengar ade org berjalan menuju ke bilik balut hadiah, mula la gelabah amek bantal sorok hadiah. gelabah dan gelabah. 
  • bie jam tepat menunjukkan pukul 12tgh mlm, akan ade yg alert. "weyy..dh pukul 12, nk wat cmne ni?".. "lek2.. kite senyap jek..buat2 x tawu.. buat2 lupa.." - biasa sgt dh dengan ayat dan plan sebegini.
  • agak2 bakal penerima hadiah tu dh tido.. mulakan misi.. misi kumpul2 hadiah. trend masa kini utk rumah rakyat gentam ni, kumpul hadiah atas laptop penerima. seperti ini.. 


pembalut hadiah kebanyakannya sama jek utk dua penerima. keh3

masa akan datang..mungkin smua dh sibuk dengan kehidupan masing2. mgkn ade yg dah kahwin. yes, KAHWIN! siapakah? tunggu update sal wedding invitation plak ye nnti hehe. mgkn ade yg dh sibuk bekerja. mgkn ade yg sibuk further studies utk master (saya,Insya Allah!). jadik, xde la lagi moment2 gelabah tapi comel mcm kt atas tu tadi. mungkin hnya akan hntar sms? takpun pos ekspress je hadiah tu? bagi e card? atau ucapan birthday thru youtube? (uhuk3...tersedak)

actually, hari ni bertarikh 10 Januari 2013 adelah birthday kak ida. selamat hari lahir! 

Insya Allah, i'll keep updating this entry for more future surprises. 

sekian utk kali ini, 2.58am 10 Jan 2013. 

wait for the next update k!

Assalamualaikum.




Hiburan Baru :)

Assalamualaikum

hey yaa! Happy Sunday Morning. Happy weekend!

study week.. 
kadang2 rase berkobar2 nk study.. kadang2 langsung xde mood nk ngadap buku.. 
kadang2 rase.. "i need something to watch la.. tv xdop pulok.."

hehe
utk opah pulak, actually opah perlukan sesuatu yang bergerak kat skrin lappy. bukan hanya dengar lagu semata2.. barula rase mcm semangat sket nk study.. x cepat rase bosan.
alasan

semalam, tengah2 dalam proses merehatkan diri,,as usual, opah akan pegi bilik membe2 lain.. 
cakap2 sket..borak2 sket..kacau2 sket.. gelak2 sket..
yelahh.. berpinau gak mata nk baca nota berjela2 panjang2 tu nyah.. 
bila dh bosan baca.. tukar plak study statistics.. kire2.. 
dh bosan kire2.. carikla aktiviti x berapa nk berfaedah utk buat.. seperti? 
kacau membe tengah study. miahahahhaaaa~

tengah2 borak2 tu.. one of my housemates said, 
"eh..malam ni nk bukak akaun tonton la.. esok nk tgk livestreaming juara lagu.."

and i was like.. 
"aku rase aku ade akaun tonton ni.. cuma dah bertaon x bukak"-monolog

opah: "eh..kite ade la akaun tu.. boleh je nk bukak nnti..x yah la buat akaun.."

actually kitorang dh plan dh nk p umah membe sekelas yg hnya beberapa meter jauh dari umah kitorang..
nk p umah dia nk tengok juara lagu...
umah dia ade tv u olss.. 

so lepas dh teringat tentang akaun tonton yg dah berkurun lamanya tak guna..
opah pon laju2 google.. laju2 bukak tonton. 

and yes! lepas dh bukak tu..tros addicted.. dari satu cite ke satu cite..sempat la tengok cerekarama.. 
rasa mcm kat umah! yeayyy!! 
ok sounds like im jakun but this is the only entertainment that we have. 
lappy yang multipurpose- dengaq lagu, tengok youtube tengok movies yg dh released.. usha abe2 korea yg hensem belako.. and yeahh the latest, as tv bergerak la. livestreaming bebeh! 

err x lupa. sebagai medium utk baca nota slides lectures. hehe

bukak la livestreaming ni smpai ke pagi.. tengok alkuliyyah..alkuliyyah tengok kite.. mmg syiok.. 
so pagi ni lepas dh mandi2 x sarapan ape pon lagi.. laju2 tros bukak livestreaming..

bukak awal2 utk elak sangkut time nk tgk AJL nnti. x bley la bukak time dh nk start. berjuta lagi yg nk tgk  kot. konfem sangkut. buffering toksah ckp la. 



err.. anime? layan jela.. 



YES! THIS IS IT! INI YANG KAMI NANTIKAN! 

harap2 malam ni boley la tengok. kalo sangkut jugakk..

ramai2 serbu bawak nasik lauk bantal sume p umah membe ade tv tu la. ehehe

berhibur2 gak. study jangan lupa. 

Assalamualaikum

Semoga Ini Yang Terbaik

Assalamualaikum

sungguh benar, segala yang berlaku, ade hikmah. 
everything happens for a reason. 
pasti ade hikmah disebalik ujian Allah. 

pernah dengar pasal kata2 hikmah yg berkait dengan pelangi tu? 


fyi, degree bio in uitm xde praktikal. rase cm rugi sket x dpt praktikal cm org lain. 
rugi BANYAK actually. 

tapi Alhamdulillah, atas cadangan one of the bio lecturers yang mmg paling kamcing..
kitorang smua sepakat untuk apply sendiri latihan industri. 
but a minor LI la kot. 
Program Pendedahan ke Industri untuk Pelajar Tahun Akhir

pendedahan jek, bukan latihan industri sebenar yang makan masa berbulan2.
kitorang apply utk dua minggu jek. 

kitorang pon mcm excited nak buat bende ni. wlpn bukan praktikal sbnr, utk pengalaman, why not kan? 

selepas proposal pon dah disiapkan oleh cik Saa kite, kitorang pon kene la carik sendiri tempat2 yang ade LI. duration- 2 weeks, by group. 

bermulanya proses Googling..
so utk group opah, kitorang plan nk carik kat area2 melaka la kan, atas faktor tempat tinggal dan rase lebih senang la kot nk gi sana sini. 
wlpn opah bukan pure Malaccan and sentiasa confuse jalan, or dlm ayat lebih mudah,
sentiasa sesat. 

opah terpikir dh awal2 nk mohon satu tempat ni. sebab dulu2 mase jadik penduduk melaka, round2 area tu, mcm teruja gak r.. 
"one day..aku nk keje kt sini.."

Institut Bioteknologi Melaka. 
dekat2 area mitc. mmg familiar la ngan tmpt tu. so nnti senang la kan. xyah tercari2 sgt. 
so google la no.telefon faks segala. 

first time nk call, gigil jugak. ayat kene molek, nada suara kene betol. silap2 mau kene reject tros! haha. 
so call la.. 
pihak IBM tu just kata hantar la resume all those documents needed thru faks. 
pelik jugak sbb membe2 lain sume x yah resume bagai. 
sebab this is not a real practical. pendedahan jek. 
so degil la ni, x anta. just anta surat permohonan and borang jawapan. 

tunggu punya tunggu ibarat menunggu buah x jatuh2... 
kitorang pon call la tmpt tu.. 

unfortunately, we failed. rejected! miahahahahaa.. 

bermuram durja dh ni. serabut la serabut. final exam dh nk dekat ni. mana nk carik tempat lagi, nk study lagi. oh jangan dilupa, FYP lagi! arghhh mmg seteresss jah. seteresss. 
seteress kene reject lagi. kui3. 

tapi, sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT. mesti ade hikmah. HE knows the best. 

so start googling skali lagi..
dua lagi mangsa jadi aim kitorang. 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka 

Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. 

Hospital Melaka. 

bermula skali lagi proses calling, fax dengan bantuan lecturer yg baik hati and cik Saa yang mmg ringan tulang.. 

lepas fax, try call la pihak2 yg menerima perutusan dari kitorang tu haha. 

unfortunately, 
Hospital Melaka 
reject! belum2 dh kene reject! 
haha

sebab pihak uitm xde MOU MOA ape ntah katenye. bhahaha.. bukan rezeki la tu.. 

so tinggal dua jek harapan kitorang. 

tempoh masa seminggu yang diberikan utk respon sudah berlalu.. 
so, call la utk follow up. 

Bismillahirrahmanirrahim

ehem2.. 

opah: hello, Assalamualaikum, saya bla3.. 
(selepas dh disambung ke sana sini..)
veterinar melaka: oh, awak yang empat orang tu ye? ok..saya dh faks ke uitm borang jawapan tu. pihak kami xde masalah utk terima anda berempat. harap boleh cek semula la kt admin. 

(terkedu)
Alhamdulillah, lega rase.. 

cubaan kedua pula

opah: hello Assalamualaikum...saya bla3..
(mcm biasa..sambung sana sini..)
agensi nuklear malaysia: ermm kami x terima faks dari uitm la. boleh emel bla3
opah: oh, emel pon sudah.. 
agensi nuklear malaysia: ok, boleh x adik call puan bla3... dalam 15 minit lagi.. sambungan bla3.. 

ok, opah dh rase mcm.."erm..xpela..xnk la call.. seram sejuk pulak..lagipon,, agensi ni mcm besau jek, x kan la terima kitorang kot kan.. berkait ke tidak ngan course Biology..." bhahahaha.. 

so lepas dh kegirangan ngan membe2 satu group.. 
balik semula ke bilik, bermula proses googling.. bezanya kali ni google tempat. google maps. 

tengah sibuk2 google.. phone berbunyi.. 

opah: hello assalamualaikum..
agensi nuklear malaysia: wslm... saya puan bla3.. pihak kami terima permohonan bla3.. cume elaun penginapan x disediakan la ye.. bila boleh beri jawapan bla3.. 

Alhamdulillah.. diterima jugak. opah mintak tempoh sehari utk bagi keputusan.

bingung jugak la pikir. which one nk pegi. yang ni bagus yang tu pon bagus

selepas buat pertimbangan. consult dengan lecturer kamcing.. pikir soal tempat tinggal smua.. 

kitorang pilih veterinar melaka. 

agak sedey dan berat hati jugak nk lepaskan agensi nuklear tu. sbb rase agak bertuah sbb diterima. 
Ade hikmah. bukan rezeki. 


bai bai agensi nuklear! 


oh, gambaq veterinar melaka xde plak. puas google. hahaha.. 

Insya Allah, semoga ini yang terbaik. 

22 Januari 2013 - 4 Februari 2013. Insya Allah, here we come veterinar melaka! :)

Assalamualaikum.





Lamaran & Baby's Petang Out!

Assalamualaikum.. 

oh, its not too late rasenye utk wish.. Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah.. Happy New Year.. 
masuk new year, soalan lazim mesti.. 
"hey, ape azam tahun baru ko?"


tapi setakat ni opah xdpt soalan typical cmtu lagi.. 
tapi rasenye jawapan sume org same je kot. to be a better person. 
but as for me, i would like to add something to that common answer. 

Insya Allah, I wan to be a better Muslimah. 
Ameen.

azam menggunung mestilah diiringi dengan usaha yang segunung jugak kan. janganlah sebukit jek. 
yes, ni nasihat utk diri sendiri jugak. :) 

ok, back to the main topic. 
hari yang bersejarah ini, opah dah berjaya settle kan satu lamaran. 
ok, bukan lelaki jek boleh settle bab2 lamaran ni eh.. 

lamaran ni telah berjaya merampas tidur yang nyenyak dan aktiviti2 yg seharusnya dilakukan ketika study week ni. (skema kau jah!) resah gelisah sume skali l. mcm set dinner plate kfc gitu. (saya tgh lapar ni).

tapi Alhamdulillah, dengan izin dariNya, segala urusan dipermudahkan. 
lamaran diterima. 

oh, ini bukan lamaran utk membina sebuah keluarga ye cucu2 sekalian. 
ini lamaran utk Final Year Project opah. 
miahahaha.. ce try google translate sket.. heee :)

Today is the submission day. Seriously speaking, proses nk menyiapkan proposal ni mmg perit. ni baru proposal. belum lagi writing utk thesis. tak terbayang.
May Allah ease. Ameen. 

fasa pertama : cari journal. baca journal. makan minum journal. tidur berbantalkan journal (exaggerate sgt)


segala jenis maklumat yg dpt kene compile dlm satu fail. carik la fail keras sekeras yg mgkn. 
ini tipu. suke la nk pakai fail ape pon. janji fail. 

fasa pertama ni include la skali proses2 nk carik maklumat, dah carik tu, reti2 la nk start wat ikot manual yg diberikan dah buat2 tu, rajin2 la pegi jumpe supervisor. oh supervisor opah mmg da best i tell u. Alhamdulillah x rase stress pon jadik student fyp dia. wlpn x stress, x bley la nk rase comfort sgt. kene struggle jugak. printing, jumpe supervisor, printing lagi dan lagi. byk jugak la proposal draft dlm fail keras ni.

fasa kedua: defend @defense proposal presentation. (ketaq lutot)

segala jenis pembetulan haruslah di settle kan awal2, sebelum kene mengadap pula presentation. sape x ketaq lutot time presentation ni mmg power la i tell u. kene present depan lecturers yg mmg konfem2 la expert. soalan konfem2 la banyak. kalo kite merepek sket or nk auta sket yg kite rase.. "eleh..bukan sape tawu pon kan..", mereka2 ini mmg boleh detect. so dinasihatkan, be well prepared. 

gambaq2 sehari sebelum presentation. mintak tunjuk ajar dari lecturer *bertudung putih*
khusyuk 


haaa.. yang sorg tu dh start pegang kepala. kui3

"hey..chill la. present je pon.."
dialog rekaan semata

sinar kerisauan kegusaran  kebingungan paling jelas terpancar di wajah cik liyana kite (berbaju biru berkaca mata)
miss ninot bertudung cekelat dh start fikir2 ayat2 info2 yang harus disusun molek sebelum berdepan dengan lecturers

dari gamba2 ni pon.. cucu2 sekalian boleh tengok mcm2 reaksi gerak geri ekspresi dari membe2 seperjuangan opah yang sangat2 obvious menunjukkan kami semua mmg risau. 
risau tak dapat berikan yang terbaik. risau akan ditanya soalan bertubi2 latih tubi. oh doi yaa..

tapi Alhamdulillah. mase hari presentation yg sebenar, semuanya berjaya buat yg terbaik. silap sket2 tu bese la kan. we are still the beginners. 

fasa ketiga: lepas dh present tu, maseng2 kene jumpe supervisor balek utk buat penambahbaikan. selesai pembetulan.. kene cek pulak la format segala. 


next stage: printing yang stressing. 

yes. dinasihatkan byk2 la istighfar kerana ini bakal menguji kesabaran anda. 
sebab?
wlpn dh setting baik punya margin footer all those.. bila print, tetap akan lari. so kene test byk2 kali set banyak2 kali dan print byk2 kali. ketas recycle mmg bakal bersepah dlm bilik anda. pembaris mmg jadik peneman setia sbb kene ukur margin. 

opah bersyukur sangat2 sebab membe2 opah yg ade printer mmg baik hati sanggup bg kitorg print. bayar mmg la bayar... tapi kene print byk2 kali.. print skali tros jadik xpe.. yang x jadik tu ketasnye lebih banyak dari yg jadik. so gune ink sangat2 byk. kalo print kt luar mmg kosnye boleh tanggung makan kfc hari2 dalam sebulan. harga diorg tetapkan jauh lebih murah. Alhamdulillah. hnya Allah SWT sahaja boleh balas jasa baik membe2 opah ni. 


opah dengan membe yang sama supervisor ngan opah dh submit dua hari sebelum submission day. tapi malangnya.. tiba2 baru tawu kene letak skali kontrak dlm tu. ohh ye.. binding printing yang stressing. 

mase hari submission, opah pnya x siap binding lagi sbb print yang baru yang setting margin dia lebih baik. so pagi tu mandi2 siap2 press minyak laju2 p kedai utk binding fotostat segala. 

disebabkan rushing dan kekalutan yang melanda.. 
unfortunately.. 
kepala terhantuk kt papan iklan jenis besi tu. ala.. yg rendah2 sket, letak kt kedai. x taw cane nk explain.. 
tapi yg pasti, opah boley explain how the pain was. 
dlm kepeningan kesakitan tu p la binding.. naseb baek ingat lagi ape nk buat. hahaha.. 
malu gak r sbb terhantuk depan kedai makan kan. mau tersedak org2 dlm kedai tu yg tengah khusyuk sarapan pagi.. lepas dh terhantuk tu..cepat2 la larikan diri.. cover2 sket la konon mcm mmg betol rushing ni.. kene cepat.. terhantuk pon xpe.. 

padahal malu. miahahahahaa.. 

lepas dh binding sume.. amek membe2 lain kt umah.. and zroooom pecut p fakulti. zroooom laju2 p bilik lecturer yang uruskan hal2 submission fyp. zroooom laju2 submit. 


and this is what i have submitted.

yang dua kt belakang bertanda X kaler kuning tu yg awal2 dh submit. 
yang depan tu yg dh diperbetul and submit. dua submit, satu opah simpan buat kenangan. 


sealed dan disimpan sebaiknya. 



this is my project. Isolation and Characterization of Bacteria from Hirundo species Droppings. 

Hirundo ni la yang bertanggungjawab menderma najis2 diorg yang sangat amat gile banyak kat kampus. especially kt bangunan admin and academic. so opah bakal kutip kaut simpan utk dikaji. tak boleh bayang. OMG

lega semua dah settle. Alhamdulillah.. 
walaupun ade sedikit kekalutan dan kemalangan yg memalukan.. 
we did it. berjaya submit on time. 
-just on time-

ohh.. baby's dah out! 
petangnya sementara menunggu waktu Asar.. opah pon jemur la baju jap.. 
petang2 baru jemur baju. mmg pandai sungguh setting masa. 
ni jek mase yang ade. paginya dh sibuk mengurus hal2 fyp kan.. 

tengah2 jemur tu. 
nampak la dua beradik yang sangat comel. sangat sangat comel. 

tapi sebab busy menjemur baju.. tak dapat la snap gmba mereka yg comel ini.

tapi

diorang patah balek, so sepantas kilat capai handphone.. cepat2 snap! 
yess,,, berjaya!!!

"eh.. ade mamarazzi amek gmba la dik.."
abang berkata kepada adiknya 
dialog rekaan semata

"ni la adik saya.. dia comel kan.." - abang (rekaan semata)
"err... nape akak amek gmba saya.. " -adik bermonolog (rekaan semata)


"haishh..why she always get the attention!" -abang (rekaan jugak)

"please dont be jealous my dear brother. u are cute but i'm the cutest" - adik (rekaan semata)


this cute baby boo berwajah konfius sentiasa namanya Qisya Qistina. camtu la kot ejaannya. sebab muke dia nampak konfius, opah pon naik konfius dia senyum ke nak nanges. 

nama pon dh dekat2 sama ngan opah. opah Qina! so haruslah sama bulat mcm opah. miahahahaha~!
tengok muka baby mmg boleh menenangkan jiwa. diorang suci dari dosa. muka konfius mcm mane sekali pon..tetap boleh buat kite tersenyum kalo pandang muke diorg. 

nama abg, lupa pulak nak tanya. huhu..
tapi kitorang semua mmg kagum ngan abg dia. 
sebab?

sebab abg dia kecik2 lagi dh tunjuk kasih sayang and sifat bertanggungjawab dia utk jaga adik dia yg comel ni. 

opah: hari2 ke bawak adik jalan2??
abang: aah.. 

budak2 sebaya dia maybe prefer utk keluar main dengan membe2. tapi dia, dia pilih utk sorong adik dia amek udara petang.. huhuhuhu... 
mgkn la dia dh main2 kejap ngan membe.. tapi lepas tu dia nak bawak adik dia jalan2. 

he's so kind. so caring. a responsible brother. 

dh besau nnti jadik menantu akak la yo.. hahahaaa.. 

and abg yg responsible ni mengingatkan opah kat abg opah. 
kecik2 dulu pon kene jaga opah. opah ni aktif sket. main sorok2 celah baju la.. gi sana gi sini. 
abg opah jugak la kene jage. 
opah tumbuk perot dia pon, redha jek. kah3.! baik kan opah?!

I Miss You Bing Bal 


 

segala urusan dipermudahkan. petang tadi diserikan dengan kehadiran adik yang comel. gembira rasa hati. 

ALHAMDULILLAH 

Assalamualaikum

Assalamualaikum.. 

ehem3... 


ok, ni submission opah utk SAMURA 30 TAHUN AROUND THE GLOBE. opah x sure sangat pe name event tu actually. but as a way to show my appreciation, my love towards Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)
opah anta this simple pic.. dengan harapan boleh beri semangat kat adek2 yg tengah berjuang kt samura.. 
walaupun x la secemerlang mana opah dulu.. 
huhuu.. 

pe pon.. niat kerana Allah.. :) 

ok jom study !


Safely Landed------>Lepakings

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur semalam jam 8.30pagi opah selamat mendarat di klia...
perjalanan nak ke pilah selalunya seperti ini..
klia/lcct---->kl sentral---->seremban---->pilah.

sebenarnya ada pilihan yg lebih mudah tp opah x bese. bley g nilai, amek bas ke pilah. easier n takes shorter time la.opah x pena ke nilai, so i took the longest way la nk smpai pilah. wuwuwu..

selalunya, straight balek pilah. but this time, geng2 rumah opah plan nk kua lepakings. oh yeahh opah suke! haha. so kali ni xleh la nk lengah2 jln lemah longlai nk g naek bas ktm tu sume. landing je, amek troli desuuummmmm dgn lajunya berjalan nk amek beg. bunyi tu over sgt la hehe. kalo boleh nk naek skali atas troli tu.cpt sket ek dari berjalan. huhu. dpt je beg yg bosau amat tu, tros carik bas.. dlm bas as usual, tidoq x sedar diri. ok jgn amalkan bahaye ye kot2 owang amek beg kite mmg x sedar lgsg.

dlm bas mmg dh msg2 ngan miss ninot (ok this time x yah tag la eh hihi) suh tunggu opah jgn g mane2 dulu.
geng2 opah gerak dr rumah ke seremban kol 10 lebey, so smpai terminal 1 dlm 11 lebey. ikot perkiraan opah, opah smpai dlm 12 lebey. so miss ninot kene tggu la. heeehuuu. sorry miss ninot.

smpai kl sentral, amek ktm pulak. turun ke ktm, tgk kt skrin tu, Sg Gadut. mase tu dh kol 10.45. train smpai 11. situasi mase tu..

opah : sungai gadut??? ehh aku nk p seremban ni. alamak dh salah tmpt ni. kene g sebelah sana. sempat ke  nk bergerak dgn beg sume ni. alamakkk... ok xpe2. jgn wat muka cuak. cool jek cool jek..

monolog dlm hati.

pura2 cool padahal mmg dh gabra semacam dh. tapi, masalahnya, kt board atas tu, betol dh tunjuk seksyen 6 g seremban. opah mmg berdiri kt lorong yg betol. how come? adoi.

orang kata, malu bertanya sesat jalan. opah x mau sesat. opah nk p lepakings pasni. harus cepat!

opah p kt aweks2 cun kt situ...

opah : ni ke seremban kan?
aweks2 : aah seremban.
opah : tapi nape dia tulis sungai gadut?
aweks2 : ntah.. (smbil lepas tu bercakap2 nada perlahan mgkn pelik tgk beg budak ni besa sangat siap berbalut plastik huhu)

hilang dh risau di hati. menunggu dgn tenang. dlm ktm. as usual di mana2 bila2 masa, tido lagi. hahaha..

sesampainya di ktm, tarik beg sekuat hati..jln lelaju x toleh kiri kanan.. n finally alhamdulillah smpai terminal 1. lega weh! Alhamdulillah.. smpai2 je, terserempak ngan cik yana yg makin cun smpai hampir x kenal. dgn spec baru. amboi! dia nk balek ke kuala kelawang by bus. tgh tggu la tu. then cecepat g simpan beg. satu jam 3 hengget lantak la. jnji bley simpan.

tiba2 miss ninot ade kt tepi hahahaha.. so pastu cecepat g serbu Pizza as miss ninot mengidam nk makan. mengidam? ehem.

nak sangat air ni. haha

makan berdua, order macam berempat. huhu

all time faveret miss ninot, amek pic owang senyap2. tersipu2 malu x mau gmba di amek, last2??


opah will automatically smile like this when she is surrounded by FOODS! 
ohh, malu konon. dont take my pic please. tapi? 

amek ko..makan x hengat! besau nganga mulot!

bila makanan dah abes, miss ninot mula makan limau. hurm??

sedap limau ye? 

pelik kenape pizza yg nmpk high class ni, bg sos yg sebegini rupa?

smpai kene terbalikan cm ni utk kumpul sos. oh my??

dlm beberapa saat (tipu sangat ni, jgn caye) sumenya telah diselesaikan. hehe


when the stomach is full with food?

alahaaii gosok2 mata, ngantok ke opah? perot dh kenyang kan.mula la nk mengulo!
mengantok! HAHA XD

and the bill? 

bayar bape sen je. percaya x? heee

perot kenyang hati pon senang.

tu dia.. pas cuti suma pakat naek 3 kilo kt pipi. pipi saje ye, other parts x masok lagi.
tahniah T____T

hehee. lps makan, solat zuhur, jalan2 dgn geng opah. byk jgk depa shopping. girls beb, anda kene paham ye. we like shopping! take note ok. org yg baru balek dr sabah ni pon cm x penat je kan tetibe g jalan2 sume. dlm kol 5, kitorg pon balek la ke pilah tersayang.. 

dapat jalan2 ni, boleh la elakkan pilah dari banjir dengan air mata. huhu. but still, i miss my mummy!!!!  

ok cucu semua.. selamat berhujung minggu. Assalamualaikum :)







Patah Seribu...

Assalamualaikum...

oke.. bertepatan dgn tajok di atas,, lagu tema utk entry hari ni ialah Patah Seribu by Shila Amzah. acu cuba try test sket nyanyi...

patah seribu hatiku..
bila mengenangkan,..
segala yang...
kita KENA BERSAMA...

haruskah ku lupaa...
karena..
telah terjadi...

oke sangat merepek lagu di atas. well, this entry is specially dedicated to all my housemates.. nk mention ramai nau pulak kan... why why patah seribu? kali ni ambe dh x bley bersabar lg dah... byk kali dh kau patahkan hati kami...

INILAH NASIB PELAJAR NON RESIDENT...

lame kami tunggu.. (seb baek x panas sgt la hari ni..so cool sket..). bas pon smpai.. hati kami sgt girang lalalalaala~ TAPI! bas tu laju pecut cm F1 je lalu dpn kami.. terpinga2 la sume.. nk kate bas penoh,,, kosong jek. bas tu sepatotnye slow sket bile lalu dpn kwsn umah sewa kami. sbb tu mmg kawasan perhentian bas utk student...

jadi.. dgn hati yg PATAH SERIBU ni... tepon la teksi... ok harap maklum ye..skali naek 15 hengget. if divide skali pon, RM3 tu kami leh buat duet makan malam taw! xpela.. demi menuntut ilmu,, kami relakan jugak RM3 kami tu dilepaskan ke tangan pakcik teksi..

selamat tibe di kelas.. sorang membe klas kami keluar dgn handphone di tangan. kelihatannya spt sdg bercakap dgn lecturer. dalam hati ambe "ohh please dont tell me today no class ok."

tibe2 membe tu pon masok balek dlm klas... dgn mukenye yg tenang.. dia kate.. "ntah dia kate xde.."

WHAT????!!!!

oke ayat tu maksodnye no class for today. kami x nak salahkan lecturer. maybe dia xde no kami kot. n maybe dia bz smpai terlupe nk gtaw. ahli2 yg terpakse naek teksi nk ke kampus ni pon mmg antara insan2 yg tersangatlah marah! PATAH SERIBU lagi hati kami..

ade hikmah la agaknya kan bas tu pecut laju jek. kalo la kami tawu hikmah tu lebih awal. huhuhuhu..

moral of the story for today??

  • bersabar apabila menghadapi kesusahan. Allah tidak menurunkan sesuatu kesusahan kepade hambaNYA yug tidak boleh di atasi.
  • dont panic. cari alternatif lain utk setel kan masalah
  • byk2 istighfar. biarlah ayat2 yg baek kua dario mulot kite dulu..jgn teros kuarkan kate2 yg x bp nk molek.. (ok yg ni mmg nk kene praktis sllu..hurmmm)
ape yg mmpu opah kate hari ni.. Alhamdulillah... everything happens for a reason. smile yawww!!!!! :)

sAtisFaction sEMesteR sATu. . .


mule melangkah ke universiti..
i've set my own target. . .
to do better in my studies...
owang kata... life in u lebey goyang kaki... huu..maybe sesetengah or sesuku orang rase cmtu la kot..
but not for me.. bagi aku..kejayaan takkan datang tanpa struggle.. mgkn bagi mereka yg berotak genius. . . boleh la kot lepak2 sket...
alhamdulillah..aku rase aku dh buat ape yg patot.. kali ni no more maen2... bleh kate..budak buku la kot..aku rase la.. huhu...
aim stiap owang yg study mestila nk result yg baek.. kan?
aim aku kali ni kalo bleh nk la merasa pointer 3.5 . . .
saat result dikuarkan.. owwhh..nmpknye x tercapai..hampir mencapai...
tapi aku tetap puas hati..SATISFACTION...ALHAMDULILLAH...
jadi maybe ade la kekurangan laen yg perlu diperbaiki..
jangan mudah putus asa.. kite hanya merancang Allah yg menentukan...
jadi sekiranya anda2 sume seperti saya... jangan give up k!
usehe dan teros usehe..
dan dan dan..hahaha... x semestinya sesuatu yg kite suke tu akan jadi mudah utk kite berjaya! errk paham x?ahaha.. aku mmg minat bidang yg aku amek.. BIOLOGI.. tapi x semestinya dgn mudah nk dpt 4.00! jangan amek mudah sesuatu perkara,.. hihi..

apepon..aku tetap rasekan SATISFACTION SEMESTER SATU. . .
anda pule bagaimana? moga merasakannnya jua! oke2.. moga ketemu lagi yaaaa...

kali ini....

Assalamualaikum....

long time no see my blog...banyak utk di cite cume takde mase...and no mood..kalo takde mood malas aku nk jenguk2 sume neh...

life as a deg bio student so hectic...agk gile juge...tak la kusangke akan busy mcm neh...same jek cam kat matrix...jeles tahap gaban nengok adek2 dip yg sangat2 relax...(woi g r wat keje!) tu yg aku nk cakap each time nmpk diowang lepak...masalahnya...diowang takde keje pon...hahaha...

test2 quiz2 esaimen2 sume dh cukop menggilakan otak aku...arghhh...!!

nmpknya...kali ni luahan perasaan jela ye.... takde yg menarek sgt...haha...

keje2 ku bertambh setelah diberi tggjwb tok pegang pen ketua blok...ko memang gile la kin..nape ko tak tolak je awal2...
memang aku gile sejak dulu...gile pangkat??no2...aku gile kalo bab2 nak tolak2...cam sawan tetibe...so tak tertolak la jawabnye...

alhamdulillah...first task...hari merdeka..blok ku menang! yihaa!! penat takyh cakap...nak wat report pon sekat2...tapi finally dua2 setel dgn jayenye...

RAMADHAN...?? ramadhan di kuala pilah buat pertama kalinye agk best...bazar pon jual mcm2 walaupun aku rase gile sgt la diowang letak bazar jaoh bebeno...nape tak letak lua pintu gerbang uitm tu kan...alang2.... tapi...student2 uitm memang penyabar orangnye...

pengalaman takleh lupe....beli makananan tok buke...dn pulang dengan kekuyupan..? apakah..?
hujan lebat gile...pakai payung pon tak pas rasenye... make dengan itu...nasi ayam sejuk berkuahkan air hujan(hiperbola sgt!),,kueh mueh yg dihujani...hoyeh2....sedey jugak mase tu..wat to do....

dan kemudian.... 10 malam terakhir....ku terima satu panggilan dari ibuku... "dik,,abg eksiden..."..
esoknye memang aku nak balek jb...dh beli dh tiket.... tapi apekan daye...kite merancang..Allah menentukan.... aku pulang dengan parents aku...awal pagi...

hati aku mase tu Allah je yg tawu....risau dn mcm tak caye abg ak eksiden...aku sangkekan takdela terok sangat...
setibenye di hospital sultanah bahiyah..kedah....saat aku melangkah masok ke wad...hati aku dh berdebor2 gile...mate dh start berair...dunno y... aku cari mane abg aku...

dia melambai2.... YA ALLAH.....aku menanges tahap dewa.... aku salam dengan iringan air mate...pastu blah gi mane2... nanges puas2... then g balek katil abg aku...

wajahnye berubah...sedey yg amat....sure saketnye Tuhan je yg tawu,.... aku memang tak bley tahan air mate...nanges dan nanges dan nanges,...bape ari baru ok...

7 sep ALHAMDULILLAH dia selamat dibedah... dia beransur pulih...

AIDILFITRI..??? beraye la kami semua di hospital kedah....takbir raye sangat2 meruntun jiwa..
abg aku nanges...aku pon..ape lagi...nanges la..tapi control jugak...

bile ku belek2 fb membe2...sume dh letak album raye 2010...
SEDEY jugak...sape tak sedey woii...cakap! ... tapi aku redha... ini ujian dariNYA...ade hikmah sume ni terjadi...

tahun ni cabaran demi cabaran yg diberi tande dia mengasihi kami sekuarga..
INSYA ALLAH...SEBAGAI HAMBANYA....KAMI AKAN TEROS TAWAKAL DAN REDHA...

~tiada apa yg istimewa~