holiday itu cuti :)

                                                                      Assalamualaikum. 
kejap ye. nk lap sawang2 yg ado. lamo x jenguk belog den ni... 
...........................................................
.....................................
.........................
.............
....

orait. utk UITMmates sekalian. selamat bercuti-cuti la yep. utk membe-membe u lain, selamat berkuliah. yela..korang dh cuti dulu dari kitorang kan. ini kali kitorang plak cuti. 
x mo bebel panjang-panjang. opah mau memulakan cerita sebenar yg mau disampaikan. ecewah. 
beberapa minggu sebelum cuti bermula. opah menerima satu invitation di facebook. dijemput oleh seorang super duper senior samura. 
apa itu samura? 
Sekolah Menengah Sains Muar. or people used to call Sains Muar Royal Academy. 
heheehehe.. royal tu mcm agak lain mcm. ok abaikan. 
apa event tersebut?

ASPIRASI 2013

the moment i was invited, opah rase sangat-sangat excited. sebab actually dh lama sangat opah nk join program alumni. cuma masa jadi kekangan. asal ade event je mesti time tu keje tengah berlambak, ade program wajib hadir, kelas bla-bla-bla-bla so on so on. 
dan memandangkan kali ni, event alumni ni akan berlangsung time cuti midsem, berdesuuuppp teros dalam hati kata..
"ok..this is the time. kau ade masa. kau ade peluang. willing or not willing utk sacrifice 2 hari cuti midsem je" 

join / decline / maybe.

fikir-fikir jugak utk beberapa hari. fikir takut tetibe ade lecturer yg rajin nk buat kelas plak tetibe hari jumaat tu. takot klas extend smpai ke petang. muar bukan dekat. jauh juga utk pemandu amatur macam opah. dan ini kali pertama nak drive sendiri smpai ke muar. then fikir jalan nak ke muar bukan tawu. selalu ayah anta kite dok berdengkur krooohh krooohhh kt belakang. tawu-tawu dh smpai pintu pagar samura. 
betol orang kata. hendak seribu daya tak nak seribu dalih. bila kita ikhlas utk buat sesuatu, Insya Allah akan dipermudahkan jalan olehNYA. 

opah terfikir utk ke muar dengan membe opah penghuni tetap bandar maharani tu. boleh tak terfikir awal-awal. haha. so kami sepakat setuju nak balek sama-sama. 

excited. apa-apa update kat page event tu mesti nk baca. first time dapat email beserta module, tentatif.. semua yg berkaitan. sebab rase perlu utk dibaca dan difahamkan dahulu sblm melangkah masok ke program, opah print.maybe ade yg kata ape ke excited beno budak ni smpai nk print.



opah xde smartphone, samsung, note tab ape sume yg boleh digunakan utk baca module segala. so i have to print. xpelah. banyak mane je ink yg habis. berapa helai kertas je guna. yang penting kene baca dulu. kalau sendiri x paham module, cm mano nak smpaikan mesej kt adek-adek (whoaaa adek-adek terasa tua u olss)

dan bermulanya program




the co-director of the program, Datin Syaimaa Mulok. or u can call her Datin Zaima. glamorous nama u olss. haha



nampak abang Fasi baju biru tu. namanya Faris. semangat dok kenekan adek-adek ni haha. he's enjoying his role there.
semangat gile sorang ni. if im not mistaken, he's the youngest fasi among all. but he's so cool man. seriously. he's better than opah kot. 
sengih lagi sengih.....

sebelah kiri datin tu, namanya Zaien. suka personaliti dia. tak rapat sangat but he's cool too.

nampak tak. Faris suh budak-budak ni lari 14 kali ulang alik. semput tak semput. naseb ekau la. haha
haaa kene psycho dengan Syahir and Amira. Amira is my batchmate. she's brilliant. future dentist ni. jangan main-main, kene cabut gigi kang baru taw!
dan untuk aktiviti seterosnya, kene divide jadi 2 groups. sebab kalah o som dengan group A, maka group B kene main kat luar dewan yang sejuk lagi aman damai tu. sobssss 


 and this is my kid!!! 



oh nampak tak yg dok kat tengah2 tu? tu partner opah. bro Jim Danial. yg ni lagi sorang genius. rugbi dia amek, academic pon excellent. tabik bro tabik! dan almost 70% dia settle sume bab2 penerangan mase LDK. and opah cuma perlu tambah sikit jek. dan opah pon ternganga sama macam adek-adek kelas time dia bercakap. hahaha. 




yang baju putih tu bukan student eh. tu taiko utk program alumni. fluent gile English dia dik. terlopong 3 saat bila dia start bercakap. x silap dulu dia wakil public speaking. namanya bro Hisyam. 


ending session.









ni aktiviti riadah. dan ini adek-adek rumah Bestari. dulu, opah pernah diberi tanggungjawab sebagai penolong ketua rumah Bestari. berat tapi Alhamdulillah. we made it. champion 2008. 



opah pilih untuk jaga section galah panjang. cakap betol, opah mmg tak pernah langsung main game ni. dulu-dulu opah rajin main teng teng jek. cekak-cekak (bukan silat cekak eh). so sebelum game ni start opah kene belajaq dulu dari fasi lain. haha. terok rase. aku ni lahir zaman bila ntah. 


 oh. nampak si penjaga masa tu? registered name dia, Jalak. registered name ni benda turun temurun. semua ada nama tu. takkan takde la. nama betul dia Ruhaizad. dia ni ape je dulu x masok. forum dia amek, nasyid dia masok. skg ni second year medical USM. selalu makan ikan parang ke dik? pandai beno. 

dan malamnya pula, bro Jim bagi talk berkenaan Al-Quran. 


hari terakhir. aktiviti terakhir. conclusion utk semua chain yg dh dijalankan. each fasi kene bagi conclusion. 

 yang ni Farhana. future psychologist. sangat psycho bila dia bercakap. haha. jangan takot. she's kind. 

 yang berdiri tu bro Jim. yang duduk tu namanya bro Jiddan. amek biotech kat ukm tak silap. dan dulu dia penolong ketua naqib. 


 dan bila bro Jim sudah mula berkata-kata........


 okeh yang ni plak taiko jugak. namanya bro Fendi. registered Lion kot x silap haha. dia skg executive maybank. dan dikenali dgn kemurahan hatinya belanja kelas yg dia kene jaga. so dia kaya. hahaha...



dewan makan yang tetap sama

sick bay (bilik sakit) yang kurang sama sebab dh jadi tempat letak barang hoki segala dan peti ais tak taw p mana. oh yang nampak sweet sangat blah kanan sekali tudung purple tu Director of the program. batchmate jugak. future pharmacist. nampak sweet tapi buat keje tip top. jangan main-main sama akak Kirin okeh!


proud to be part of the family

proud to be part of the team. Alhamdulillah


dan berakhir la sudah ASPIRASI 2013. walaupun opah rasa opah taklah sehebat sepandai sebijak senior-senior dan junior-junior alumni, opah rasa its one of my responsibilities utk give back something good to the samurians. dulu-dulu pernah lost sebab tak diberi pendedahan sangat. tak tahu hala tuju. now, kalau boleh nak tlg guide adek-adek yg mcm kabur sikit cita-cita dan aim lepas spm. dan kalau boleh nk bg input supaya diorang dh bersedia nk face dunia luar yg penuh dengan godaan cabaran ni. kat skolah ada rule. dunia luar, u have to control yourself. pilih utk hanyut, maka hanyutlah. pilih utk jadi muslim muslimah yg terbaik, Alhamdulillah. 


so cite aspirasi dah habaq dah. apa ceghita plak cuti? setakat ni, awesome yaww! walaupun sebenarnya sejak dari hari pertama cuti smpai la skg ni opah sorang-sorang je kt umah. gelak sorang, tido sorang. tengok tv sorang. membebel keje banyak tak hengat pon sorang. makan? haruslah opah TAK MASAK. hahaha. tak rajin dik oit nk spend one hour nk masak utk sorang makan. lama sangat masak? yes. sebab im not a pro. so takes longer time nk berkungfu dalam dapur. itu pon lauknya tak sehebat mana. so opah decide, makan luar. confirm korang kata opah makan bungkus je. takkan makan sorang-sorang. 

SALAH SAMA SEKALI. HAHAHAHA

sebab opah prefer utk makan teros kat kedai tu. tak kesah la kalo korang nk cop mcm forever alone ke ape..yang penting perot kenyang hati pon senang. jangan la pilih spot yg mcm kt tengah-tengah dunia smua orang pandang each time nk suap makanan dlm mulut. pandai-pandai la. cari tempat tersorok sikit. ingat, tujuan utama dtg kedai utk makan. so sila tolak tepi-tepi bab malu makan sorang. hang bayaq pa. apa nk malu! ehehe. so hari pertama sampai kt melaka, opah tak taw nk makan kt mana. even dh masok kete start enjin dah jalan separuh jalan pon still tak taw nk makan kt mana. dan tiba-tiba...

TINGGG!!!  ASAM PEDAS MELAKA BEBEH! 



yeahhhh itu forever favorite opah. dan spot utama yg selalu dtg utk pekena pure asam pedas melaka is ermmm ermmm tak taw nama tempat. tapi dekat-dekat ngan taman muzaffar syah uh. sendiri google eh. 

malam-malam dtg makan asam pedas dengan nasi telur masin teh o ais. nikmat. jangan kira kalori, kalo kira, ko makan sayur bendi dalam kuah tu jela jawabnya. bukan selalu dpt makan lauk ni. kalo pandai masak sejibik cmni takpe. nk masak ala johor pon terkial-terkial lagi. eheh. 

dan rutin harian opah. bangon tidoq, sarapan cereal favorite dari kecik, Coco Crunch dengan susu HL (nikmat!) kalo lapaq makan megi sementara nk tunggu time nk kua makan. actually bukan sarapan sangat pon. BRUNCH. paham-paham sendiri la naaa.. 

dan selalunya kalo dh kua makan tu,,lepas makan cuci-cuci mata jap la. selalunya tak beli. kadang-kadang beli. eheh. shopping sorang-sorang ni pon mcm forever alone jugak. tapi sebenarnya bende ni bagi banyak impak and pengajaran kt opah. 

this shows how important your family and friends are. kalau ada rumah sebesaq istana, keta paling latest version, smartphone gile canggih, duit berterabur dalam rumah sekalipon, it means nothing kalau kite takde hubungan yang baik, terutama sekali dengan Allah, dengan family, dengan kawan-kawan. so bila ada masa, lepak la kejap dengan kawan. bila lepak, sila simpan phone anda yg canggih yg kecik yg besaq suma tu. lepak tak semestinya kene p makan main boling semata. habiskan masa bersama berjemaah dengaq ceramah kt surau masjid pon apa salahnya. lepas tu p ngeteh sat. taw dak ngeteh tu apa? google la sendiri. opah teringin nk buat mcm tu. Insya Allah. 

dan satu hari selepas dh kuaq beli minyak..tersinggah plak satu kedai kasut. kat Tesco. tersinggah eh. bese la orang pompuan bab-bab ter sana sini ni. haha. nmpk la satu kasut ni. ala-ala wedges. cmtu ke eja? ntah la. dulu-dulu tak minat kasut yg ada height ni. suka kasut flat je.senang nk bergerak. tak sakit kaki. kalo tetiba nk suh joging pon takde masalah kot. tapi sejak-sejak ni, opah rasa teringin nk pakai kasut mcm tu. better la kalo pakai dgn jubah. takde la terheret jubah tu. plus kalo nk p interview, kene ade height sikit kasut kan. pandangan opah la. tak semestinya betol. tapi berfikir-fikir nk beli ke tak. teringin tapi sayang duit. balik umah..call mak laju-laju bagi laporan pasal kasut tu. bla-bla-bla..adek nk beli kasut tu bla-bla-bla.. then tetibe mak opah dengan slumbernya gelak! WHY? 

ok mak opah gelak sebab tak pernah anak dia mintak beli kasut sebegitu rupa. selama ni kasut flat memanjang. so ni kira satu langkah baru la utk anak perempuan dia ni. bukan nk kata opah ni gengster tak reti nk pakai ala-ala gegirl. NO. opah prefer to be simple but nice. so lepas mak dah dengaq cite dari anak dia ni, dia pon sangat-sangat menggalakkan utk beli. takpela. bukan selalu beli kasut mcm tu. ok mak. terima kasih utk gelak itu. huhuhu

dan hari ni, opah ada mission nk kene settle. hari ni dh beli ayam dua ekoq nk kene siang sendiri sebab sedara-mara nk mai umah hujung minggu ni. so dh diarahkan oleh ayahanda bonda kene buat keje ni. plus nk kene kemas umah. dan sebenarnya satu apa tak buat lagi so haruslah gelabah. so setakat ni je dulu. have a nice holiday, hati-hati memandu (?).. take good care of urself.. makan banyak-banyak and have fun! 

Assalamualaikum.


Midsem Mission Here We Go!

picture is being cilok from the group fb


COMING SOON. WHAT FOR D UPDATE OKIESSS :)