Mission Bakaq Accomplished!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya mission Burger Bakar Abang Burn terlaksana

kali ni, bertemankan my forever boyfren.. Abang Besau, 
dan juga my forever buah hati pengarang jantung.. Mama! 

lokasi Jajahan ke 12 Abang Burn kite ni opah dh siap2 usha dulu. 

dan sesampainya di sana.. keadaan agak lengang. maybe masa operasi Restoran Melayu Melaka tu dh berakhir. mula2 macam ragu2 gak r..
"awat senyap semacam ja ni.. betoi ke dak tmpt ni.."

tapi selepas melangkah dua tiga empat langkah..berdesuuppp bau burger bakar menusuk lobang idong! 
YES! INILAH TEMPATNYE! 

hey hey hey...jangan main2 sama ini opah. bab2 makanan mmg laju jek. x pena makan pon dh bley tawu bau burger bakaq tu. terer dop? HAHA 

staf2 Abang Burn ni memang mesra alam. dun wori. 

mase nak order tu,,opah agak mcm Abang Besau akan order burger yang dasyat2 la ketinggiannya. 
double ke triple ke.. baru nak beradu ketinggian burger neh!

tanpa keraguan, tros dia order. 
dan memang MELESET sama skali jangkaan opah. 
order yg satu layer je bang? bia benau! aku bawak ko datang jauh2 ni (x la jauh mane pon actually)
ko order itu jek? diet ke ape?
-monolog dalam hati-

so opah yang pada mulanya dah bercadang nk order burger yg kaw kaw punya ketinggian..
tiba2 terbantut niat kau jah. 
dah kalo abang anda order tahap sederhana jek, x kan la kau anak dara nk order burger kaw kaw punya dasyat ye dak. 
malu le kak oi. 

so opah pon..order bende yang sama. so skrg ternyata la bahawasanya corak pemakanan abang dan adik totally not the same. dan ternyata la saiz kami berbeza disebabkan ini. HAHA. grr...


opah : alamak aih..apesal la kecik nau burger abang aku order ni.. boleh kenyang ke dak.. adoiyaii...

dan memang ternyata servis diorang mmg pantas. 
baru berapa saat lepas order air, baru nak kata sepatah memulakan aktiviti borak dengan mak dan abang,
zroommmm tadaaa! burger suda smpai. apa yang dikompang dalam facebook Abang Burn tu memang bukan indah khabar dari rupa. tiada yang benar melainkan yang benar belaka. 

rasa? 

like opah said before la kan, kalo anda dalam proses memboikot Double Cheese Burger x pon Prosperity Burger, sila dan sila datang makan burger bakaq ni. bukan kat melaka je. jajahan dia bersepah kau jah. x yah la menapak smpai ke melaka. sume negeri ade rasenye. rajin2 la usha facebook dia naa. 

ketebalan daging burger dia perghhh.. 
perghh dan perghh.. 
(ini kalo Abang Burn nampak opah promote burger dia silap2 bley dpt burger free sebulan kot haha)

harga dan rasa seiring sejalan la senang cakap. berbaloi baloi ikan kaloi. 

dan keistimewaan kalo korang datang makan kat jajahan melaka ni, view tempat makan tu chantekkk!! 
sebelah river cruise tu. smbil2 makan burger sambil2 menikmati keindahan pemandangan malam la i tell u.
tapi kalo opah mmg x pandang kiri kanan dah la kan. ngap ngap dan ngap. burrppp! 

dan customer makin lama makin ramai. servis tetap pantas. jangan risau kalo korang dok jauh dari kaunter tu,,kalo agak2 diorang x dpt carik korang, nama korang akan disebut sekuatnya dan popular la kejap mase tu hehe.. 
opah haruslah pilih meja yang dekat kaunter kan..senang kot2 nk tambah order lagi kan. satu layer tu..ragu2 cukup ke tak.. 

tapi Alhamdulillah,,satu layer tu je pon dh cukup, tambah sket add on satu set 3 sausage plus cheese yang berharga RM1.50. murah x murah tu. 

lepas dh siap2 order bayaq suma..dia akan bagi sekeping kertas. dan sila tunjuk kertas ni bile datang lagi lain kali .sebab?


DAPAT DISKAUN U OLSSS!! i like i like. 

tercapai suda mission. rakyat jelata melaka, sila la datang dan cuba sendiri burger bakaq ni naa. rakyat jelata negeri lain, sila laju2 usha fb burger bakaq ni dan usha jajahan2 lain. 

JAJAHAN KE 12 ABANG BURN TELAH DITAWAN! MIAHAHAHAHAHA

lepas dh menikmati burger bakaq ni, laju2 p amek ayahanda kat melaka sentral. ayah x berapa gemar burger cmni. so x makan skali la. lepas amek ayah tu, singgah supper jap kt kedai mamak. kembong kembonnggg! 

tengah makan pon nk diskusi. mak jugak baguih. menikmati teh tarikdi malam hari. 

kat umah pulak, tepat jam 12 pung pang pung pang boom sana booom sini bunyik mercun. 
mengapa? 

ohh,, HAPPY CHINESE NEW YEAR laarhh!!! 


Assalamualaikum 

2 comments:

  1. Oitttt!!! smabung lg naaaaa! bhahahaah

    ReplyDelete
  2. hahahaa... haruslah.. hari tu ternampak burger bakar jenama lain plak. pandang sekilas je x sempat nk makan huuu~

    ReplyDelete