fulfilling the wishlist! :)

Assalamualaikum! 

Happy Holiday Semua!
sekejap sangat seminggu berlalu. rasa macam semalam baru start cuti midsem. pastu balek pilah. dan tetiba hari ni dah zrooooom balek melaka semula. hahahaha.

semalam, 1 Mei merangkap Hari Buruh semalaysia, opah and the geng seramai erm erm..12 orang maybe telah berjaya menyerbu satu jajahan Burger Bakaq Abang Burn. 
beberapa hari jugak berfikir-fikir untuk serbu jajahan abg burn ni. sebab tempat ni kurang pasti di mana, dan juga takut burger jajahan yang ni tak sedap..dan sebab terakhir, agak jauh. utk pemandu amatur mcm opah ni rasa jauh jugak la seremban tu dari pilah. lenguh jugak kaki dok press minyak brek bagai. 

lepas dah google, view komen-komen kat wallpost facebook abg burn ni dari customer yang dah serbu jajahan seremban, usha tempat segala..amek phone number abg burn, email, usha blog, drop mesej kt inbox abg burn, text abg burn, post email kt website dia..ohhh macam-macam lah. sebab apa? 
sebab nak tanya jajahan abg burn seluruh malaysia bukak ke masa cuti hari buruh tu. kot dia tutop, tak ke sia-sia je datang dari jauh kan. 

satu malam menunggu. tiada jawapan dari text yang dihantar. kecewa. so biarlah dulu. tapi dah start planning dah dengan membe-membe yang lain. cuma blom 100% confirm. 
esoknya, tak putus asa, opah serbu inbox fb dia pulak. hamek kau. sape suruh tak balas text aku kan. 
dan tiba-tiba, he replied! yahooooo!!! 

so line clear! 

4 kete berkonvoi, kete Cik Saa, Cik Bella, Cik Syamim aka adik Cik Saa, dan juga kete opah. berbekalkan GPS dan guide dari Cik Shiqin merangkap penduduk seremban, dan ada juga tanya-tanya penduduk-penduduk kat situ, akhirnya smpai jugak jajahan abg burn. 


ok gamba yg ni cilok dari google jek opah x sempat nak snap pon. kalo snap pon x nampak sebab dah gelap. kamera tak canggih mana ehehe. 

 ok yang ni plak cilok dari Mr Paan Just Scribble Anything


meatball yang harus korang cuba!!!!!! (sosej tu takdo, hiasan je kot agaknya)


price berbaloi dengan rasanya Alhamdulillah. so datang jauh-jauh takkan la order biasa-biasa je kan. harus ada meatball itu, add set yg ada sausage 2 dengan kuah cheese, burger satu slice je (terkejot? haha)


Alhamdulillah. rasa happy sebab misi berjaya. dan selamat pergi dan kembali ke kampus uitm kuala pilah. 
dan happy sebab tujuan utama ke sana dah terlaksana. tujuannya utk fulfill hajat classmate opah utk pekena burger bakaq ni. nak bawak ke jajahan melaka rasa mcm impossible sbb jauh and ada sebab-sebab lain. so sebab tu gigih carik jajahan yang lebih dekat dan agak possible utk pergi. to my classmate, semoga anda berpuas hati dengan servis abg burn dan most important is the taste of the burger bakaq itself. terima kasih for those yang membantu mencari tempat, dan turut serta dengan plan yg tetiba je ni. hahahaha. bese la opah. suka buat bende mengejut. walaupun ada beberapa kesulitan dan perkara yg agak menyedihkan berlaku, just pikir positif, sebab bila kita nak buat satu perkara yg baik, pasti akan diberi sedikit ujian. bila satu perkara dh dipermudahkan, pasti akan diuji dengan sedikit kesulitan. bersyukur and smile bebeh! :)

dan baru tadi usha inbox facebook opah, terkejot sebab..... 


sempat pulak abg burn tanya perkembangan program serbu customer dia hahaha. dah macam serbuan kes besar plak. bukti i did messaged him kui3. so korang kalo teragak-agak pasal direction ke ape ke..teros text dia takpon pm inbox abg burn. kan sonang. jangan malu-malu hehe


thats all untuk entry kali ini. so cucu-cucu sekalian, opah syorkan korang try the meatball. 
Insya Allah..berbaloi-baloi ikan kaloi dik..ehehe. 

tata! 

1 comment:

  1. Fine opah...fine...! Teringat die punye meatball tuh!

    ReplyDelete