TAMAT




Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah.
berkat doa, sokongan, bantuan dari family, supervisor, classmates, sahabat-sahabat
kerja-kerja di makmal TAMAT juga akhirnya. 

walaupun sebenarnya hampir putus asa

tak perlu diceritakan di sini faktor-faktor yang boleh menyebabkan 
perasaan hampir putus asa tu boleh tiba-tiba terbit di hati. 
yang di atas, yang selalu jadi counter mengadu, saksi dan rakan-rakan seperjuangan dalam makmal itu sahaja yg tahu.
opah tak mau sesiapa yang baca entry ni
akan rasa demotivated, takot, dan sewaktu dengannya..
untuk berdepan dengan final year project. 

mungkin ada yg kata... 
"hilang akal ke ape nk give up? final year project ni syarat utk dapat segulung ijazah tahu? boleh plak nk main putus-putus asa. project tahap degree je pon..belom master lagi ni! lemahnya hati. lemahnya semangat!"

hehehe
opah mampu gelak jela dulu boleh? 
jangan kata begitu. 
walaupun project tahap ni tak nampak mcm high sangat level dia..
trust me, you will never knew till you have faced it. 
masa tengah-tengah writing proposal, mungkin kita rasa project ni simple je. 
berapa minggu je dah boleh siap.
ini bukan melemahkan semangat. ini cabaran.


sedikit nasihat drpd opah untuk yang bakal berdepan dengan final year project..

1st, you really have to understand the project

perlu tahu detail setiap steps / procedures yg terlibat

sila fikirkan back up plan sekiranya ada perkara-perkara tak diingini berlaku
yg ni mmg perlu sangat-sangat.tak semua yg kita rancang akan jadi.
bukan opah sorang yg mengalami. ramai lg classmates yg kene tukar atau tambah methods. 
kalau boleh, sediakan flowchart kerja.
dan kepada sesiapa yg bakal berprojek di lab uitm negeri sembilan, 
kak sham akan bakal minta anda berikan flowchart kerja kat dia. 
hehehe
awal-awal projek, maybe sebelum start pon boleh, try check list barang. 
rajin-rajin masok lab bahagian chemicals, cari bahan-bahan yg korg akan guna. 
possibilities untuk barang tu tak ado, mungkin akan berlaku.
laju-laju tanya lab assistant okeh. 

selebihnya, gunakan kebijaksanaan kematangan kemahiran kognitif kemahiran insaniah (?) pengalaman ber experiment dalam lab dari sekolah menengah,matrik,asasi sem 1 smpai sem 6 anda untuk menguruskan projek anda sebaiknya.
sekiranya sampai satu tahap bila result yg dapat tak memberangsangkan...
progress tak seperti yang diharapkan... 
dan putus asa..

PRAY HARD

benar, DOA alat komunikasi & senjata terhebat. ALLAH SWT is always with us.
mungkin kepayahan tu satu ujian dari Allah juga.
sama ada kita putus asa terus tak mahu cuba lagi tak mahu mengadu padaNYA walhal hanya DIA sahaja yg ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah. benar? 
keep on praying, do ur best, usaha sampai ke saat terakhir. have faith.
and let HIM decides.

pengalaman berprojek ni tak semuanya pahit. yang indah tu pon ada.
 jujur, sangat2 terharu bila ada yg sudi membantu wlpn sibuk dengan projek masing2.  this is one of the beauty and sweetness of final year project. 
tak penting diri, help each other. succeed together. 
jangan kata anda boleh settle projek anda tanpa bantuan sesiapa. 
sahabat-sahabat anda lah yang akan tolong dalam lab, basuh appratus tolong bancuh teman pegi autoclave, jumpa lab assistant, tolong kirakan mcm mana nak dilute solution, handle mesin, ajar guna mesin, bg tips nak menjayakan lagi projek tu, cari sample kutip sample. tak mustahil jugak diorang jugak yg akan tolong ber experiment skali. 
selain Allah SWT sebagai kaunter mengadu yang utama, sahabat-sahabat anda jugalah yang akan mendengar segala luahan cerita ape sume. 
sakit susah senang bersama.
banyak lagi. dan anda tak mungkin boleh handle seorang diri.
dan percayalah anda akan rindu saat-saat ini nanti. 
baru je habis lab. opah dh rasa dh skg ni. hahaha.  

terima kasih semua. May Allah repay your kindness. mari berjuang dgn thesis & VIVA pula. i love you all Lillahi Ta'ala.







dan......






No comments:

Post a Comment