Assalamualaikum
whuaa whuaa teruk jugak jerebu kat pilah ni. dulu kalau pegi kelas tu udara nyaman gile siap berkabus-kabus. selalu jugak amek feel kunun-kunun honeymoon kat genting highland..cameron highland. kah3.. sila tampau laju-laju. ade gangguan nerve stimulation di sini. dan faktor nyaman melampau Alhamdulillah ni jugaklah selalu menterlajakkan kami kami kat sini bangun pagi.
tapi sekarang tak ado dah. ekau bangun pagi-pagi poie bukak tingkap memang boghasap la muko lobang idong. takmo bukak tingkap, rasa terperuk pulak. sekarang mmg fasa ketidakselesaan. dah la bilik masya Allah punya bersepah. konon nak bukak tingkap bagi pengudaraan sikit la kan. mata dah sakit, biar la hidung selesa sikit. kui3. heyyy bukan bilik bau busuk okeh. just tak tersusun rapi jek. opah dah simpan energy yang tinggal saki baki lepas bertarung dengan sakit tempoh hari untuk selesaikan thesis dulu. bilik, lantak pi.
dan yaa.. Alhamdulillah, selesai untuk sementara. selesai sudah membetulkan chapter 1 sampai 5. semua parts yang kene attach pun dh siap. table of content pun dh siap. appendix dengan curriculum vitae je belom. lepas dh print tu, taklah tebal mana pun. tapi bila tatap sorang-sorang, rasa mcm..terharu, sebak, gembira semualah bercampur aduk. ini bukan yang betul-betul final draft nak submit. bagi supervisor check dulu. then amek balek, betulkan lagi, dan submit dalam bentuk comb tu 26 Jun ni. sebab tu opah siap-siap print dari awal smpai akhir. nak kene betulkan lagi tu belakang cite. thats why entri kali ni selesai untuk sementara. sebab ado lagi nak buek dongan thesis ni. but at least boleh menarik nafas agak lega dan boleh la start belek-belek buku untuk final exam Jumaat nanti. ohhh life is so hectic. tak menang tangan dan otak. takpe, Insya Allah, tak lama lagi habis la semua keperitan ini.
esok nak bangun awal, laju-laju pegi submit thesis, then bersihkan lab (alat-alat yang kene autoclave). then petang laju-laju pergi pre-grad dinner. busy mak aihh busy hahaha.
tidur pukul 4 lebih hari ni. awal sikit dari hari sebelumnya. ade peningkatan. hahaha.
Salam Nisfu Syaaban. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment