berhujan hujan dahulu berpelangi kemudian

Assalamualaikum.

Dalam cik otak ni sebenarnya ada banyak utk diceritakan. Agak lama tak berblogginh. Something that i used to be addicted to it. Ade je cerita nak dikongsikan. Utk diluahkan, to be more specific.

Terlalu banyak cerita pahit manis. Its all related to.. mcm bese lah.. creepy thesis writing moment.. final exam.. etc etc..

Mungkin ada yg dah tahu. Ada juga yg tak tahu. Meh nak ceghita sikit.

Beberapa minggu sblm pembentangan thesis..aka VIVa yg psti akan menimbulkan rama rama dalam perut kpd sesiapa yg akan menghadapinya.. satu demi satu penyakit yang tak pernah opah kene sebelum ni.. menyerang. Immune system terlalu lemah barangkali. Kronologi cerita penyakit bertimbun..bermula dgn episod.. demam yang kebah bermusim. sbb apa bermusim? Bila makan ubat..kebah la kejap.. tapi tersangatlah sekejap. Lepas tu episod allergy. Dan kemudiannya tibalah episod yg blh kata klimaks cerita.


masa tengah bersuka suka sukaneka biosmart family day.. mase tu volunteer nak tiup tepung cari gegula hacks. Lepas dh tepung masok hidong bersin segala.. mula rasa demam. Akibatnya.  Duduk la kat tepi. Demam yg tersangat panas. Kepala sakit amat.

Alhamdulillah.. dalam keadaan badan yg kurang sihat.. berjaya juga selesaikan viva. satu hari tu.. mintak tlg membe sama supervisor tlg hantar ke klinik sbb demam. Tapi mata pulak bengkak. Yg ni start lepas dinner pre grad. Baru teringat la dah baham sotong masa dinner tu. Mmg allergic pada seafood tapi sotong tak bagi effect macam tu sllunya. Sllu kalo baham udang tak fresh je mula bibir mcm angelina jolie. Kalah rasenya. Tapi takpelah. Dah telan nak buek cam mano. Pegi la klinik. Masok ni dah dua klinik dah pegi. Doc tu ckp allergy yg terok. setakat ni doc tu suma tak ade yg bagi antibiotic which is usually given utk fever patient. Bkn medical student tapi bercakap berdasarkan pengalaman selalu demam. Redha jela tak dapat antibiotic.

Makan la hahhh bermacam macam ubat. Kalo paracetamol tu rasanya dah berpapan papan. Berapa hari je lagi masa tu nak final exam. And kene submit thesis comb binding. Which was second last editing process. Lepaih tu dah boleh jilid. Otak mmg bercelaru masa tu. Mana nak fikir final.. mana nak fikir thesis. Ohh nak tambah 'kemanisan' cerita.. neuro pula first paper. Arghh mmg manis sangat tahap diabetes. Badan pulak pada tahap lowest health level.. terbaring for the whole day..  sampai satu tahap membe pon dah tak sanggup nak tengok. Ni mmg tahap zomba. Zombi ok lagi. Makan tak lalu.. dab bila opah la yg tak lalu makan.. itu satu kepelikan utk diorang.

Gagahkan juga diri edit thesis. Bila badan ok sikit lepas telan pcm..start la edit thesis. Bila dh masok fasa sakit..kalo tak terdampar katil kosong sblh aishah.. kat katil mira safrina.. atau katil wani ghani. Mmg sesuka hati la baring. Untung dpt membe yg memahami. Tak marah pon.... sobbsss....

Sampai la satu hari... sehari sblm final start..membe membe paksa pegi hospital. Klinik tak jalan.. hospital la plak serbu. Tapi.opah yg degil ni tak mau pegi.. sebab takot kene tahan lama kat sana.. neuro tak habis study lagi..so i rejected the idea. Tapi.... lepas dh fikir utk beberapa minit..opah pon setuju la nak pegi. Kak nina siap siap. Turun amek keta kat parking yg jauh kat bwh.. student uitm tawu jauhnya mcm mana dari kolej. Jalan waktu malam pulak. Yeay. Pegi la hospital. Ntah mcm mana mase tu setuju nak pasang drip. Padahal dah mmg fobia dgn jarum tu sejak masok hospital dua kali masa darjah dua. Suma ok.. doc bagi ubat pcm jugak.. tapi sbb demam agak lama.. dia amek darah.. suspek denggi. Doc kata darah clear takde pape. Tapi suruh retest balik hari sabtu sbb dah siap siap gtaw esoknya final.

Lepas dh masok air sebotol.. Alhamdulillah badan ok sikit. Ada la tenaga nak study. Tapi itu pon study atas katil..kejap study kejap tertido. Sempat seat paper neuro. Tapi dah banjir air mata siap sblm start. Badan rasa sakit sendi. Jawab jela terkedek kedek pon. Habis paper tu mmg lega la. Balik teros tido tak ingat.

Sabtu spt yg dijanjikan.. pegi hospital utk blood test skli lagi. Ramai pulak. Kepala sakit gila. Dapat pulak acik nurse cucuk cucuk darah tak keluar.. keluar bilik aku yg nangis lagi byk dari darah yg keluar. Tggu result pon lama. Sbb ramai. Masok la bilik dgn harapan takyah la warded ke ape.. dgn redha.. ikotkan saje bila doc kata suspek denggi kene la berkampung dlm hospital. Dpn doc tu cool lagi..  dah masok bilik zon hijau.. cucuk jarum segala.. baru la start sayu. Fikir exam.. fikir smua lah! Mak siap call kak nina. Dan confirm la bercurah curah air mata call mak.. mintak mak teman kat hospital. Bila mak ada baru rasa tenang. Serious. Pengalaman tiga kali admitted dan tiga kali jugak mak jaga byk mengajar.

Bermula la fasa kehidupan dalam wad. Sebelum family dtg all the way from sabah.. kak nina..saa.. mija.. tlg temankan. Siap beli burger. Malam tu lps amek darah.. mandi siap..makan burger senyap senyap siap tutup tirai. Tapi kantoi jugak dgn doc. Doc senyum jek haha. Bertapa dalam hospital bkn benda yg awful sgt. Tapi part amek darah empat kali sehari tu yang tak best.  Ada doc yg terer sekejap je dah sedut darah. Ade jugak yg ter ragu ragu. Bila doc ragu ragu.. opah tergelisah la. Huuu.. byk sgt dah darah yg ter donate. Mkn tak selera sbb suma rasa pahit. Tapi.. mak.. mmg superwoman. Tak pernah kata penat..tak pernah tunjuk muka sedih. Kalo mak takde.. mmg hari hari la nanges dalam wad.

Nurse doc suma awesome. Mmg baik. Hensem cantek molek belako. Huuu. Masalah masa tu.. mmg suspek denggi tapi result test tak menyokong. Opah continue demam tak kebah.. 38, 39, sampai 40degree pon pernah. Semua test negative. Tak dpt detect sakit apa. Sampai satu tahap doc suggest buat bone marrow. Amek fluid dlam tu maybe. Mmg kata tak nak la fikir sakit tu haa.. fikir effect dia lagi. Mak pon kata tak. Opah confirm double tak nak.


Dan sampaila satu hari tu doc kata confirm denggi.. hati lega tawu kene denggi. Boleh tak cmtu? Lega la tak payah buat test bone marrow tu. Sakit tahu! Badan pon dah tunjuk symptom denggu. Keluar la rashes. Alhamdulillah kat muka tak ade. Rashes tu namanya islands of white in the sea of red. Gitu gitu la namenye. Try google. Cukup cukup seminggu.. barulah boleh keluar hospital. Satu kelas datang melawat.. dengan coursemate yg lain.. lecturers... supervisor pon mai.. terharu tak? Tersangatlah terharu. Walaupun opah tawu muka opah yg sakit tu agak creepy.  Masa org dtg melawat tu mmg badan rasa sihat sikit. Bila org dah balik.. rasa down sikiy. Nampak tak effect datang ziarah org sakit?

Dua paper tak seat. Dua paper sempat seat. Neuro.. and HRM pulak lepas keluar hospital. Mak siap culik masok uitm. Tggl skali sbb risau tak betol recover lagi. Sempat puasa kat kolej. Seronok sbb mak ada skli. Final edit thesis.. in the same time kene kemas utk clearance kolej.. serabut la lagi skli. Alhamdulillah dgn bantuan membe yg baik hati.. siap jilid.. siap submit.. boleh balik mlka dgn tenang.. pastu balik sabah..

Sambung puasa kat sabah... dapat tawu ada membe dpt offer master. Kecewa la tak dapat. Lepas tu.. tergerak nak on phone yg agk lama off tadak bateri..dapat sms dari uitm.. and Alhamdulillah dpt offer jugak sbnrnya. Gembira masa tu Allah yg tahu. Tengok muka mak happy kite lg la happy.

Tapi.. bermula episod sedih balik. Lepas check result.. down teramat sebab paper neuro yg jawab berjela tu fail. Sedih teringat masa nak jawab tu bersungguh gila kot. Tak boleh seay supplementary exam sebab paper lebih dari dua. Campur dua yg tak amek lagi tu. Makanya.. opah kene extend. Perasaan yg ni paling pedih nak banding dengan episod yg atas atas tu. Dlm mydin yg ramai org tu pon tak segan silu nanges. pedih fikir extend.. pedih offer master burn. Allah saje yg tahu


So here i am. In kuala pilah. Meneruskan perjuangan. Sedih mmg sedih. Tapi hidup kene teruskan. Dengan support drpd family.. positive words dari membe.. perasaan yg negatif tu suma hilang sedikit demi sedikit.. day by day. Insya Allah ada hikmah disebalik semua ni. Doakan opah success ye. Sorry for the long story. Assalamualaikum.

Semangat semerah kasut leperku. 
Semoga pelangi yg indah akan tiba
Amin ya rabbal alamin