Finale Masterji Part 1 :)

Pejam celik makan nasi ayam penyet tidur bangun pergi kelas rehat makan nasi ayam penyet lagi, dah masok final sem postgraduate studies. How time terbang bak kata org. Bukan senang nak senang. Semester lepas Alhamdulillah I made it with a good GPA. mungkin bagi org lain taklah se good mana. Tapi aku dh syukur sangat2. So yeah, lagi bersemangat nak smbung 2nd sem! :)

So lets start the story mory session with, FIELD WORK IN HULU TERENGGANU!
I met my putera katak here. haha. Actually it wasn't my actual site for my project. I came to help my partner in crime, Azhari to do his sampling. Actual site aku, Kahang Forest Reserve, Kluang tapi kerja2 sampling putera katak dah di settle kan oleh Kak Ama & Daicus. So kirenye secondary data la. "Wahhh..senang la keje ko guna data org je." - kata anonymous. Lempang mau? bagi aku secondary data la lagi susah sebab ko tak pegi sendiri tempat tu so kalo hang nk buat discussion, nak cerita microhabitat dia, hang taw? Plus, aku bukan x buat kerja2 sampling kan. aku buat cuma tempat lain. haa gitu.. Lebih kurang 2 minggu kat sana. Line ciput2. tinggal dekat2 dengan dam construction. Makan sentiasa cukup lagi sedap dari duduk kt bandar i think haha. Sangat awesome, walaupun penat Allah je yg tahu.

selamat sampai kuala berang :)
bertolak dari kajang 8.30 pagi. sampai kuala berang 6 lebih pm. memang kematu duduk dalam bas. tak biasa journey jauh2 mcm ni kan. tidur bangun balik ntah kali ke berapa baru sampai. hujan lebat pulak tu. tapi Alhamdulillah selamat :)

demonstration by Prof Shukor. 
yg ni Prof Shukor, Prof paling awesome dalam alam semesta hahaha! ni demo macam mana nk fixed ikan utk jadikan sample kot. amek ukuran berat apa semua. siap sisik pun dok godeh2 utk apa x taw dont ask me its hee.

inilah rumah kami! The Cabin (macam cite omputeh hok seram2 tu la plak)

dapur tempat asah cooking skill yaww 

Den dah koba, lauk sentiasa cukup. See?

first day of sampling. Yg cumey tu Kak Farah. She's 26 tapi mcm 18. PhD student prof shukor

Cik Bella dah belek2 binocular dia and ready to do her bird watching! 

ni la kali pertama dan terakhir aku tgk foreigner ni. pi mana tak taw haha. yg tu plak Miss Farah, lecturer UKM yg buat psl birds jugak. Bella's accompany. :)

Sg Deka
So sampling activity utk semua jenis haiwan (frogs, birds, fish, small mammals) buat kat Sg Deka. Ade 3 viaduct. yg ni viaduct berapa tak ingat. so akan turun melalui tangga tepi tu and jelajah la hutan tu haa.

Team Katak
Tadaa! ni la team katak paling cool hehe. yg tgh tu Kak Ama sifu kitorg. Research assistant dia Zul yg tinggi tu. Kak Ama student PhD yg sama supervisor ngan kitorg. Prof Norhayati Ahmad. Sila google her name. Berapa byk journals dah dia buat pheuwhhhh. 

Pitfall
Ok gambar hok atas ni namanya Pitfall. so dalam salah satu method utk sampling putera katak ni akan guna yg ni la. lagi satu pipe sampling. pasang paip kat pokok, hoping for frogs melompat2 masuk dalam tu haha. Tak banyak sgt selalunye yg akan termasok dlm perangkap ni. selalunye jumpa sekor dua. Mengkarung ade. Tikus yg kecik2 ape ntah nama dia tu pun ade. kalau bernasib baik, boleh la jugak jumpa cik U. haha!

Encik AK yg cool. 
Ok ni Encik AK. konsep kerja dia, no rushing2, siap biar lambat janji kerja tak terabur dan tak kalut. benda dia pakai tu shocker ikan. tapi disebabkan shocker tu pun dh x berapa nk betul, banyak kali gak la dia ter shock diri sendiri. mmg tercampak la besi dia pegang tu. kesian ohhh.. thanks Encik AK! MUAH CIKED!
WATER QUALITY

WATER CURRENT (kot?)
Team Katak + Team Ikan
So selalunya team katak dengan ikan akan bergabung! Pagi kitorg tolong team ikan sampling, malam kitorg akan pergi sungai yg sama untuk frogging. Pagi pergi check pitfall kat setiap viaduct, then pegi tlg sampling ikan. Tengahari balik lunch. Petang rehat or ID katak, malam frogging. Oh penat oh!!!

Ukur sungai

Hang jangan ingat depan ni p main zero point plak kat tengah2 sungai. ni nak ukur luas sungai ye. Data utk ikan. Sungai ni air dia bersih.. sejuk.. x la deras sgt tapi boleh la hanyut kalo tertido sambil rendam2 tu heee. ni tak dalam lagi. naik yg blah2 atas tu dalam paras dada jugak la utk mereka yg cumel2

Cik Bella dengan burung2nya. ID session. 

Cik Bats yang comel

Cik Bats yang garang

menikmati keindahan alam sambil hirup udara segar.

Haa... ni mmg jadi kegemaranku la! Duduk open space kt belakang hillux tu heehuu~ Bila lagi nk rasa mcm ni kan? kat umah xdo hillux mcm ni. Biarlah legam sekalipun. Biarlah tudung senget benget. Biarlah org yg lalu sebelah tgk mcm pendatang asing je budak ni hahaha.. dan sebab nk betul2 menghargai nikmat naik hillux ni, aku cuba gak drive. Manual bebeh. Mmg terasa superwoman tetibe bila mampu bawak. mati mati enjin tu normal. pernah je mati kt selekoh berbukit belakang lori (lori tu la punya psl bwk slow sgt haha). yg penting, jgn panik and have a good co-driver kat tepi. kalo dia panik, ko panik, alamatnya parking kete kt tepi jalan la jwbnye. 


Orait bila dah berseronok2 menangkap segala jenis haiwan.. kene la rekod semua ukuran yg diperlukan. 
ukur kepak bats maybe?

azhari (baju merah) is ready to fix the frogs specimens! afif (baju hitam) dok bebel kata gelaplah muka tak nampak. aku kesah ape bukan nk fokus muka hang pun hahaha

microhabitat record, kotak ajaib yg mengandungi barang2 untuk fix specimen, dan kotak merah tmpt utk fix specimens
Nak cerita proses fixed specimens tu dah mcm writing utk method thesis la pulak kan. so kalo nk tawu, rajin2 la google heee :) Yg pasti, bagi aku, keje ni seronok tapi leceh dan memenatkan. sebab bukan sikit nk kene buat, dan paling mencabar bila part nk kene matikan katak tu. kalo kecik2 anak, sekali cucuk tricane half dari syringe tu InsyaAllah la mati dah. 

kalo beso bapak mcm ni?

Limnonectus blythii
Fuhhh kalo beso macam ni memang adrenalin bedesup naik berdebor jugaklah jadinya. Yang ni satu kali cucuk pun belom tentu mati. so kene cucuk satu setengah or dua syringe penuh baru mati. bukan suka2 nk matikan ye. kite choose mana2 yg rare, kite fixed kan. Yang besa mcm ni, sekali dia menendang bila respon dgn chemical tu, boleh terlepas dari tangan jugak. silap2 ko cucuk tangan sendiri haa gitu. dan possible jugak utk dikencingkan kalo silap pegang haha

Add caption



Camping dalam camping. Memandangkan kene pegi sampling tempat lain yg jauh dan tak boleh pegi balik cmtu je, kenela berkampung dalam hutan. 3 hari 2 malam. Sungai Limbang. 


sebab muatan penuh, semua kene berdiri atas kayu sementara tggu bot ni lepas. yes, qina hampir terjatuh. bese la kaki lembik hahahaha

masak ikut ape tahu. tapi sedapnye masyaAllah tak terkata. siap ade budu lagi der!

ikan fresh baru tangkap teros masok kuali masak kari takpun bakor, terbaeekkkk!
Rasa happy sangat duduk kat Sungai Limbang tu. walaupun kene mandi, basuh, masak, minum air yang sama, rasa lengkap je semua. Belajar untuk mensyukuri nikmat yang ada. belajar untuk survive. belajar utk help and care each other. one big family!

Bila kita hunting prey, mesti akan jumpa predator nye juga! Boleh kata tiap2 kali pergi mesti akan jumpa cik U ni. yg corak batik, yg belang2, semua ada. 


yg si belang2 ni, jumpa kat Sg. Sireh. Sampling dalam sungai. Air paras pinggang, sejuk tak terkata. gelap. dan katak2 ni ofkos duduk kat tebing2 sungai yg ade pokok2 mcm kat atas ni. So kami kanak2 riang ni bila nampak je katak, lajuuuu je tros nk p tangkap. watch out bebeh! mungkin bukan anda saja yg sedang perhati katak tu. hahaha. dengan tawakal dan redha nye.. laju2 amek katak tu pastu blah. dgn harapan takdelah cik U tu ade huhuhu. 

as i said, bukan anda je nak katak tu. so gamba ni proved it ! dia sambar dulu haha

cik U kepala merah. wuuu scary!

Cik U corak batik, panjang tengah dok lintas sungai kecik pun pernah je jumpa. yg tu x sempat nak snap sebab sibuk nk kua dari air. tapi mmg besau dan pjg la tak tipu. senang cite, baca la doa byk2. betulkan niat. semoga dilindungi olehNYA.

Macam2 la belajar dari field work ni. mostly, how to survive. and be brave. tapi brave pun biar bertempat haha. Balik je dari fieldwork, laju2 drive pegi klinik. kaki kene kulat air skit, and protozoa berjaya masuk badan hoyeahhh. org lain kene kulat je aku siap kene virus. dan smpai cirit birit x lalu makan. lemah longlai. terasa kurus la utk beberapa hari. ayam goreng pun x lalu makan. like seriously? haha. Syukurlah selamat dan berjaya habiskan sampling. 

The end for Finale Masterji Part 1. :)

No comments:

Post a Comment