Penghapus Dosa Kecil

Assalamualaikum

sakit itu penghapus dosa kecil. sakit itu penghapus dosa kecil. benar. tapi terpulang kepada si penerima sakit itu utk reflect terhadap penyakit yg dia hadapi. adakah dia akan merungut dan tidak redha, atau terima penyakit itu sebagai satu tanda Allah masih sayang pada dia dan sekadar mahu mengingatkan supaya jangan lupa dan putus berdoa padaNYA? option mana yang anda akan pilih?

Insya Allah rasanya semua akan pilih second option. semua pun tahu sakit ni boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. dosa ibarat pasir di pantai kan? Astaghfirullah.. sangat banyak. sangat. 

Opah sekarang dalam fasa-fasa akhir sebagai student ijazah sarjana muda. Insya Allah akan tamat tak lama lagi. dan for sure each one of us akan ada satu busy period, yang semua akan stay up tak tido biological clock jadi tonggang terbalik tapi peduli apa janji kerja siap. Yes, peduli apa janji kerja siap. 

lain universiti akan ada lain busy period, or week. ramia dah lepas busy period ni. semua dah boleh menarik nafas lega. dan sebenarnya ada yang dah habis exam. 

untuk student uitm, kami mmg senantiasa special. sebab apa? sebab mmg selalunya jadual kami lain dari uitm lain. dan kadang-kadang akan habis lebih awal, tapi most of the time kami la yang paling last habis final exam. 

kerja, masya Allah tersangat banyak. kalau nak kata tak pandai manage masa, rasanya manage baik mcm mana sekalipun, akan tetap rasa stress dan tercungap-cungap nak siapkan. believe me. bukan subjek major je bertimbun kerja, yang minor pon menitik air mata nak settle. untuk subjek strategic management, major project kene set up company sendiri. presentation wajib sangat la. video conform ada tak yah cite. untuk human resource management plak, pon ada major project. yang ni, sila tebalkan muka pergi mana-mana company untuk interview manager dia. bukan kita di interview. presentation, report ahhh tu suma wajib la buat lagi tak payah cite. 

yang subjek major, contoh, field trip animal behavior. hang p zoo, tengok behavior selected animal. dan seriously masa tu mengejar masa, tak makan, tapi kene round satu zoo melaka (anda tahu kan besar mana zoo itu), dan sila mengadap haiwan pilihan hati untuk satu jam. its aint easy. anda akan pening kalau dia aktif melampau, dan akan pening juga kalau dia pasif sebab akan mula risau apa benda nak letak dalam report nanti. seharian tak makan nasi, sampai rumah masing-masing lemah longlai. dan kemudian hari tu, dah mula simptom macam nak demam. 

test quizzes semua tersusun cantik untuk diselesaikan. sepanjang bulan ni kira dah fully occupied dan fully booked la senang cite. sampai satu tahap bila lecturer tanya bila nak buat test ke quiz ke, opah hanya akan dengar je cadangan dari classmates tanpa bersuara sebab dh terlalu redha. lantak la nak buat hari ape pun. buatlah buatlah. 

final year projek, thesis tu,, jangan dilupakan. yang ni la yang paling banyak curik masa. setiap hari akan ada writing thesis. dan bila dah sampai yang discussion part tu which was chapter 4, yang ni sakit kepala putus asa menangis semua ada. 

dan dalam kesibukan mengejar dead lines semua assignment, opah demam. lepas dinner biosmarteam tu, demam makin teruk. sakit satu badan, dan paling sakit, kepala. rasa nak meletup. pegang je pun dah sakit. then pegi la klinik uitm. unit kesihatan, apa-apa la. cite panjang lebar, pun kedekut yang amat nak bagi MC. sorry sapa-sapa yg bakal jadi doctor, if u read this. apa kriteria nk dapat MC actually? mulut berbuih-buih? pengsan? atau dah tak bernyawa baru nak bagi? kecewa, dan ubat yang dapat pun alahai aku rase boleh beli sendiri kat luar. bagi vicks bang? kat umah pun ada. takpelah. redha je balik bilik, member tolong teman dan papah. takut pengsan menyembah bumi. makan la ubat then rehat. lepas dh rasa ok sikit, terus bangun dan mula mengadap laptop lagi untuk siapkan kerja. sebab tak silap esoknya kena submit dua report. bila dah start buat, demam pon start datang balek la kan. panas yang teramat. tapi sangat bersyukur sebab housemates sangat caring, tolong letak air rendaman beras, selimutkan semua. Allah je tahu rasa terharu di hati. 

bukan demam je sebenarnya. dalam masa yg sama, masalah kulit pun menyerang badan. dan tak pernah seteruk ini. mmg kulit opah agak sensitive, sikit je pun effect dh melampau.tapi kali ni mmg the worst. yang ni satu hal.ada lagi satu huhu. tiba-tiba tangan dan kaki rasa tegang, kebas..entah tak tahu mcm mana nk describe. rasa mcm membengkak. dan tak lama lepas tu, mula naik merah-merah mcm darah beku kat tangan dan kaki. cek kat mulut, pun ada jugak. sakit lidah dan tekak dan pedih bila makan. hati dah mula risau. tersangat risau. hati perempuan dik, lemah. sampai satu tahap, rasa sedih yg amat sebab family jauh, dan memikirkan mcm-mcm penyakit, rasa tak selesa, dan mengejar dead lines, and actually masa tu jugak kene prepare untuk presentation viva. pembetulan discussion masa tu tak siap lagi. dan slides lagi la tak buat apa. ada masa less than three days untuk buat semua tu. hati risau, badan sakit, dan berjuraian la air mata masa subuh time semua masih lagi lena dibuai mimpi. 

sebab dh tak tahan sangat, opah pun mintak la membe opah, kak nina untuk bawak g klinik luar. masuk je bilik mula la buat pembentangan penyakit. senaraikan satu per satu. doctor tu relaks je. dan dia kata, it was virus infection. kaki tangan mulut tu infection. sakit kepala, sebab terlalu kuat menahan sakit demam virus ni. dan masalah kulit lg satu tu, fungus infection pulak. rasa mcm badan ni medium agar yang boleh biakkan microbes utk hidup. pergi klinik ni, sehari sebelum presentation viva. balik je rumah, makan semua ubat sapu krim apa dia bagi, then relaks. lepas tu bangun, and prepare untuk viva esoknya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. hati rasa tenang je masa prepare. dan tak gemuruh pun. 

Alhamdulillah, esoknya dengan hati yang tenang, dan tak terlalu nervous, dapat present sehabis baik. apa nak disampaikan, semua dah disampaikan. soalan pun tak banyak, supervisor pun satisfied, dah rasa sangat bersyukur dan gembira. mungkin inilah hikmahnya dapat penyakit bertimbun dalam satu masa. agak susah sebenarnya nak berjalan sebab rasa sakit tapak. tapi gagahkan juga. kasut pun tetiba ketat. mungkin membengkak. redha dan redah je. huhu. kuantiti makan pun dh agak berkurang sebab masa tu semua rasa pahit. tak sedap. so tak berani nk beli banyak. hikmah jugak ni. untuk kurus mungkin. hihuhihuhihuhihu

dan Alhamdulillah, segala test assignments semua dah siap submit. viva pun dah lepas. dan sekarang opah dalam proses nak siapkan full draft thesis untuk submit lusa. dan dalam masa yg sama, kene revise utk final exam minggu depan. study week less then one week. gila ke tak gila. kami yang gila dibuatnya. tapi dah ditakdirkan, hari tu jatuh pulak kat tangga. tangan bengkak and sakit sikit. tapi tangan kiri, kanan ok je boleh buat kerja. mmpu gelak besa je masa tu. rasa mcm ibarat jatuh dilenyek lori plak. 

Alhamdulillah, im getting better. cuma kadang-kadang ada gak rasa gatal yang rasa mcm nak lempang sapa-sapa kat tepi. smack down pun ok kot. tak selesa tapi tak boleh nk dilayankan sangat. kerja banyak kot. so skg ni just kurangkan aktiviti, mostly outdoor. 

so guys, please take care of urself, sebab badan kita tanggungjawab utk kite jage. doakan kami dapat tempuh saat-saat akhir ni sehingga la habis final and submit thesis. tak sabar rasanya nak ada buku thesis sendiri. ok, jumpa lagi. babai! 


Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment