bila masuk bab discussion, rasa mcm terkedek-kedek sangat nak siapkan. mana nak cari sumber sahih untuk identification lagi, mana nak karang ayat lagi, goreng sampai hangus...hurmm.. part discussion ni la rasenye paling banyak nk dibetulkan. dan sepanjang-panjang jalan tadi, terfikir pasal pembetulan, pasal kerja-kerja lain. tunduk jela yang mampu. rasa kaki tu macam seret je. kalau boleh nak suh sapa-sapa tarik naik bukit tonggek tu (student uitm pilah u should know where the bukit tonggek is).
rasa down tu muncul, bila fikir, mampu buat lebih baik tapi masa tak mengizinkan. bukan kata tak bersyukur, rasa mampu beri lebih supaya dapat result experiment yang lebih cantik dan tak menghadapi kepayahan macam ni. sampai satu tahap tadi terfikir.."boleh ke aku grad ni..kalau kene suruh repeat balek research ni macam mana..".. sampai seserius itu.
dan bila down, seperti biasa akan laju-laju carik makanan. sempat la beli laksa untuk dinner. beli donut abang long yang lembut lagi sedap tu, dengan air nescafe kat kak long. sengaja nak sedut caffein banyak-banyak. supaya tak mengantuk nak siapkan thesis. letih sebenarnya. jadual tidur memang dah tak normal dah sejak bulan bulan lepas. semalam jelajah satu zoo melaka, observe behavior harimau kumbang (ke dia observe aku?ntah le). sangat letih sampai rasa turun dari bas tu melayang-layang.
semalam sempat calling calling ngan ayah terchenta. bagitau la viva minggu depan. mintak mak ayah doakan. mak macam biasa la akan bagi kata-kata motivasi yang rasanya dia patot sambong belajar amek phd counseling. doa satu hari nanti mampu jadi mak yang superb merangkap motivator macam mama. (bertakung air mata sat). pastu bila kat ayah, nasihat dia mmg ganas sikit. tak tahu nak describe cm mana nasihat ayah tu. ayat common dia akan kata.. "viva tu nanti, bentangkan je...cakap apa adik tawu.. apa tajuk thesis adik?.. dengan sekali nafas.."isolation and bla bla bla..".. dan yang hebatnya ayah ni, dia tak akan cakap dia tak paham sebab terms science ayah tak biasa dengar kan. kalau cakap tak paham, mesti anak dia ni lagi down kan. mesti dah lose hope segala bagai. dia just kata.."haaa...ok la. bakteria apa yang dapat..?".. "nanti discuss tu cakap la apa yang paling dominan..".. see, paham tak paham ayah pon, dia mmg lebih tenang nak berdepan dengan hal-hal thesis mcm ni. mungkin sebab tu ayah masih mampu nak sambung study ke tahap phd sekarang ni walaupun sibuk bekerja.
anak terkedek kedek berjuang dengan thesis bachelor degree, ayah dengan tenang sambung PhD. ayah hebat. tabik spring!
perot berjoget-joget bila fikir nak kene present dalam lecture hall. with lectures inside. bukan students. omg |
bila down cmni, bila terfikir ayah, kenapa aku tak mampu? aku muda lagi. mana boleh down sangat sangat. kene lebih kuat. Insya Allah.
hurm, terasa nak meluahkan dengan blogging. cukup la kot setakat ni. nak sambung writing.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment