TAMAT




Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah.
berkat doa, sokongan, bantuan dari family, supervisor, classmates, sahabat-sahabat
kerja-kerja di makmal TAMAT juga akhirnya. 

walaupun sebenarnya hampir putus asa

tak perlu diceritakan di sini faktor-faktor yang boleh menyebabkan 
perasaan hampir putus asa tu boleh tiba-tiba terbit di hati. 
yang di atas, yang selalu jadi counter mengadu, saksi dan rakan-rakan seperjuangan dalam makmal itu sahaja yg tahu.
opah tak mau sesiapa yang baca entry ni
akan rasa demotivated, takot, dan sewaktu dengannya..
untuk berdepan dengan final year project. 

mungkin ada yg kata... 
"hilang akal ke ape nk give up? final year project ni syarat utk dapat segulung ijazah tahu? boleh plak nk main putus-putus asa. project tahap degree je pon..belom master lagi ni! lemahnya hati. lemahnya semangat!"

hehehe
opah mampu gelak jela dulu boleh? 
jangan kata begitu. 
walaupun project tahap ni tak nampak mcm high sangat level dia..
trust me, you will never knew till you have faced it. 
masa tengah-tengah writing proposal, mungkin kita rasa project ni simple je. 
berapa minggu je dah boleh siap.
ini bukan melemahkan semangat. ini cabaran.


sedikit nasihat drpd opah untuk yang bakal berdepan dengan final year project..

1st, you really have to understand the project

perlu tahu detail setiap steps / procedures yg terlibat

sila fikirkan back up plan sekiranya ada perkara-perkara tak diingini berlaku
yg ni mmg perlu sangat-sangat.tak semua yg kita rancang akan jadi.
bukan opah sorang yg mengalami. ramai lg classmates yg kene tukar atau tambah methods. 
kalau boleh, sediakan flowchart kerja.
dan kepada sesiapa yg bakal berprojek di lab uitm negeri sembilan, 
kak sham akan bakal minta anda berikan flowchart kerja kat dia. 
hehehe
awal-awal projek, maybe sebelum start pon boleh, try check list barang. 
rajin-rajin masok lab bahagian chemicals, cari bahan-bahan yg korg akan guna. 
possibilities untuk barang tu tak ado, mungkin akan berlaku.
laju-laju tanya lab assistant okeh. 

selebihnya, gunakan kebijaksanaan kematangan kemahiran kognitif kemahiran insaniah (?) pengalaman ber experiment dalam lab dari sekolah menengah,matrik,asasi sem 1 smpai sem 6 anda untuk menguruskan projek anda sebaiknya.
sekiranya sampai satu tahap bila result yg dapat tak memberangsangkan...
progress tak seperti yang diharapkan... 
dan putus asa..

PRAY HARD

benar, DOA alat komunikasi & senjata terhebat. ALLAH SWT is always with us.
mungkin kepayahan tu satu ujian dari Allah juga.
sama ada kita putus asa terus tak mahu cuba lagi tak mahu mengadu padaNYA walhal hanya DIA sahaja yg ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah. benar? 
keep on praying, do ur best, usaha sampai ke saat terakhir. have faith.
and let HIM decides.

pengalaman berprojek ni tak semuanya pahit. yang indah tu pon ada.
 jujur, sangat2 terharu bila ada yg sudi membantu wlpn sibuk dengan projek masing2.  this is one of the beauty and sweetness of final year project. 
tak penting diri, help each other. succeed together. 
jangan kata anda boleh settle projek anda tanpa bantuan sesiapa. 
sahabat-sahabat anda lah yang akan tolong dalam lab, basuh appratus tolong bancuh teman pegi autoclave, jumpa lab assistant, tolong kirakan mcm mana nak dilute solution, handle mesin, ajar guna mesin, bg tips nak menjayakan lagi projek tu, cari sample kutip sample. tak mustahil jugak diorang jugak yg akan tolong ber experiment skali. 
selain Allah SWT sebagai kaunter mengadu yang utama, sahabat-sahabat anda jugalah yang akan mendengar segala luahan cerita ape sume. 
sakit susah senang bersama.
banyak lagi. dan anda tak mungkin boleh handle seorang diri.
dan percayalah anda akan rindu saat-saat ini nanti. 
baru je habis lab. opah dh rasa dh skg ni. hahaha.  

terima kasih semua. May Allah repay your kindness. mari berjuang dgn thesis & VIVA pula. i love you all Lillahi Ta'ala.







dan......






Terima kasih

Assalamualaikum.. 

terima kasih 
kerana membuatkan ia menjadi lebih jelas 
sebelum ni cuba mengkaburkan yg hampir jelas itu
sebab rasa tak mampu menerima 
belum mampu 

tapi sekarang..
its too clear and obvious bak hang! 
so terima kasih. 
tak perlu lagi 
berusaha sedaya upaya 
to come out with positive reasons
biar ia jelas. 
im ready to face it. 

terima kasih 


Happy Weekends u olsss! 

damn missing you

these three little pretties 


they are my LOVE.
sorry thesis, terpaksa tinggal sekejap. 
im just so much missing them.
they had grown up
how time flies

Nia.Ana.Jiha.
kak ekin rindu 

Assalamualaikum


Heartiest Wishes to YOU on Teacher's Day :)

Assalamualaikum

16th May 

a special date and day for teachers around the globe.
opah tak reti nk karang ayat bunga-bunga sebagai ucapan. 
kalau bab nk fikir ayat puitis nak tulis kt greetings card tu mmg berjam-jam jugak la nk fikir. 

ok cut the crap. hehe

nak jugak wish kat facebook, tapi takot panjang sgt statusnya.. 
sebab..... baca ah sendiri heeee~

Happy Teacher's Day untuk semua cikgu/guru/Laoshi :
  • Tadika Kemas kat Sabah.tadika kat kawasan perumahan. walaupun tak lama tapi rasenye opah paling ingat opah belajar memberanikan diri untuk lead baca doa makan kot.
  • Tadika Ji Ren. kenapa dua tadika? heee. ok. opah pindah tadika sebab opah takot kat cikgu tadika kemas tu. sebab? sebab dia marah member sebelah opah tapi tempias effect marah tu membuatkan opah mcm trauma tak mo jmpe cikgu tu lagi. padahal bukan opah kene marah kan? merayu-rayu mintak tukar tadika. hati tisu sangat opaahhhh~
  • St. Agnes Likas. still kat sabah. sempat habiskan darjah 1 je kat sini. 
  • SK Pekan Dua, Labuan. Standard 2- 5 setengah
  • SK Gita Sarawak. Standard 5 - 6 lah 
  • SMK Petra Jaya Kuching. Form 1 je sempat. 
  • SMK Bukit Baru Melaka
  • SM Sains Muar 
  • Kolej Matrikulasi Johor 
  • Universiti Teknologi MARA cawangan Negeri Sembilan
dan juga untuk semua sahabat-sahabat opah yang sedang berjuang untuk menjadi pendidik juga satu hari nanti. nak mentioned semua tak boleh. tapi jangan kecik hati eh, me still love you bebeh. 

Syafiqah Mohd Hairon & Ahmad Saufi Abd Rahman ( Math teachers to be)
Ezzaidah Sazali (tak sure subject apa)
Maggie Ng ( english teacher tak silap) 
Tan Mei Ling (TESL kot)
Muhammad Najib Mohd Jamil (Social Science teacher to be)

sebab tu opah tak boleh nk wish kat status fb. nnti penuh satu page. hehe. 

sebenarnya, opah teringin sangat nak hadiahkan...


kek kat semua sekolah yg tersenarai kat atas. tapi,tapi, duit takde lagi. 
Insya Allah one fine day, dah keje nnti kot. niat niat. 

and sure sume ade favorite teacher kan kan? 
Cikgu yang sangat baik ini ajar subjek Agama Islam, masa opah Form 2 and 3 kot rasenye.
bukan setakat tu je. Cikgu ni la guide opah mase nk masok pertandingan syarahan for the first and second time. Cikgu ini masih lagi mencurah bakti mendidik junior-junior opah smpai la sekarang. 

Ustaz Wan Chik Wan Taha, you are the best!

dan sebenarnya kalau nk wish sapa-sapa yang pernah berkongsi ilmu dengan kita, tak kisah la ape bidang, itu pon boleh. bagi opah la. membe-membe yang pernah jadi mangsa kita mintak ajar add math ke kan. dia pon kira cikgu taw! cikgu junior. 

Happy Teacher's Day to all. Hanya Allah SWT boleh membalas jasa baik cikgu-cikgu sekalian. May Allah Bless You Always. 

Sincerely from your ex-student/student. I LOVE YOU. 




Love you more than words can say

Assalamualaikum 

entry kali ini sangat istimewa. terlalu istimewa. entah kenapa huruf pertama ditekan kat keyboard utk memulakan entry ni je pon dh trigger tear buds untuk mengalirkan air mata.
cover cover 
mana boleh nanges terang-terang. kantoi la! bertakung je takpe.

kenapa ISTIMEWA? 
opah boleh dikategorikan, tergolong, classified dan sewaktu dengannya, 
dalam kumpulan manusia yang sangat cepat rasa terharu. 
benda sekecil kuman pon kalo opah rasa seseorang tu buat dengan seiklas hati,
sanggup bersusah payah untuk plan, untuk hasilkan something to make me happy... 

sebagai contoh la kan? 

  • balek dari cuti semester yang tak berapa nak panjang yang lepas, bukak-bukak loker je tiba-tiba ada additional items dalam tu. masing-masing buat tak reti. konon-konon macam those special additional items tu jatuh sendiri dari langit masuk dalam loker. padahal diorang yang letak. (naseb baik i tak kunci loker kan kan kan? haha) im touched! 
  • salah seorang sahabat anda yang berlainan gender, sanggup bersusah payah singgah kedai petang dia rushing-rushing nak balek, singgah kedai untuk cari hadiah untuk anda. disebabkan dia berlainan gender, maka agak sukar la dia nak pilih what color suits, or color yang perempuan suka. maka dalam kekalutan itu, kalut nak bagi hadiah tu cecepat, maka terbagi sekali la dengan receipt! hahahahaha.. untuk si pemberi mungkin benda ini memalukan, tapi untuk opah, from there i can see your SINCERITY and EFFORT untuk curi masa mencari hadiah untuk opah. im touched! 
  • tengah-tengah kemas meja study, tiba-tiba ada satu lagi special item yang terselit kat file holder. pura-pura tak tahu apa-apa. tapi dari lukisan dan tulisan tu sendiri opah dah tawu sapa punya angkara! i can feel the sweetness, seriously. im touched! 
  • yang ni selalu berlaku. masa birthday konon tak nak wish. konon mcm nk kite terasa macam orang tak ingat birthday kite la kan. fine fine. ajak makan kat favorite place, sambil-sambil tunggu order, tiba-tiba dihidang dengan all time favorite secret recipe, dgn extra nyanyian iklas dari hati. tak habis lagi tu... konon-konon nak pegi toilet sakit perot bagai. tiba-tiba datang balek dengan teddy bear bertimbun-timbun kat tangan, distribute kat sume yang ada. untuk celebrate belated birthdays katanya. im touched! 
  • yang ni tak pernah lagi dapat. hahaha. ditarik masok dalam umah yg agak gelap. smpai kat satu sudut, tiba-tiba ade insan-insan comel nyanyi happy birthday, dengan bantal yang lebih besar dari orang yang memegangnya. oh! siap main gitar lagi. i dont care mcm mana bunyi gitar yg dihidangkan, i just care your effort nak petik-petik gitar tu tetengah malam, dalam kepenatan, still, u can smiled and wished me seiklas hati. thanks girls. im touched!

first time dapat teddy bear as birthday present rasanya. dan first time dapat bantal sebesar alam orange menyerlah macam ni. rasanya nak namakan cik teddy ni, BamBam kot. takpon Debab. sebab classmate opah kata nama kene lebih kurang synchronize dengan tuan empunya teddy. iyolaaahhh~


this is sweet! sorry la memenuhkan memory kamera canon dan segala gadget yang anda ade dengan pose-pose comel opah. oopss sori terpuji diri sendiri. eheh


mereka tahu apa kesukaan opah. opah like domo, opah like chocolates toooooo!! dua cekelat, satu tak sempat nak snap, sebab dah baham dulu. almaklum la, study ni perlukan banyak energy dan kegumbiraan ehehe.



konon-konon selit kat meja study kan kan. nah hamek kau opah bubuh kat board biar suma orang nampak. hehehehehe. love u kekda! 



konon-konon selit dalam loker kan kan. pura-pura tak tahu kan kan. cawan americano coffee diisi dengan kopi Tenom peneman opah nk stay up malam-malam, lovely love penyeri hari-hari opah, and the superb book sebagai panduan. ahhh u guys too sweet larh! 


kawan baru! i named it Pinky Star. nnti Pinky Star kawan dengan BamBam @ Debab eh. thanks Mr Just Scribble Anything. pink favorite kaler mase kecik-kecik dulu. sukeeee! 



dan ini dari insan pertama yang opah kenali masa mula-mula jejakkan kaki kat uitm kuala pilah. sebab dialah sahabat pertama yang tiba-tiba tegur opah kat facebook walaupun tak kenal lagi, dan dialah yang pertama sekali menghulurkan salam perkenalan. byk persamaan walaupun obviously we are different in size. keh3. she's sweet. always sweet. 

Alhamdulillah, thank you Allah for sending those lovely people to me. to always be there through thick and thin. to always try their best to make me happy. thanks a lot my dear sahabat for all the wishes, presents, surprises, and most importantly, for all the Du'a. thanks for the remembrance. thanks for everything. 

Dear Classmates, you guys are the best. 
Its gonna be our last semester together but our sweet memories will never fade. i am deeply touched. 

I Love You More Than Words Can Say, till Jannah, Lillahi Ta'ala 



fulfilling the wishlist! :)

Assalamualaikum! 

Happy Holiday Semua!
sekejap sangat seminggu berlalu. rasa macam semalam baru start cuti midsem. pastu balek pilah. dan tetiba hari ni dah zrooooom balek melaka semula. hahahaha.

semalam, 1 Mei merangkap Hari Buruh semalaysia, opah and the geng seramai erm erm..12 orang maybe telah berjaya menyerbu satu jajahan Burger Bakaq Abang Burn. 
beberapa hari jugak berfikir-fikir untuk serbu jajahan abg burn ni. sebab tempat ni kurang pasti di mana, dan juga takut burger jajahan yang ni tak sedap..dan sebab terakhir, agak jauh. utk pemandu amatur mcm opah ni rasa jauh jugak la seremban tu dari pilah. lenguh jugak kaki dok press minyak brek bagai. 

lepas dah google, view komen-komen kat wallpost facebook abg burn ni dari customer yang dah serbu jajahan seremban, usha tempat segala..amek phone number abg burn, email, usha blog, drop mesej kt inbox abg burn, text abg burn, post email kt website dia..ohhh macam-macam lah. sebab apa? 
sebab nak tanya jajahan abg burn seluruh malaysia bukak ke masa cuti hari buruh tu. kot dia tutop, tak ke sia-sia je datang dari jauh kan. 

satu malam menunggu. tiada jawapan dari text yang dihantar. kecewa. so biarlah dulu. tapi dah start planning dah dengan membe-membe yang lain. cuma blom 100% confirm. 
esoknya, tak putus asa, opah serbu inbox fb dia pulak. hamek kau. sape suruh tak balas text aku kan. 
dan tiba-tiba, he replied! yahooooo!!! 

so line clear! 

4 kete berkonvoi, kete Cik Saa, Cik Bella, Cik Syamim aka adik Cik Saa, dan juga kete opah. berbekalkan GPS dan guide dari Cik Shiqin merangkap penduduk seremban, dan ada juga tanya-tanya penduduk-penduduk kat situ, akhirnya smpai jugak jajahan abg burn. 


ok gamba yg ni cilok dari google jek opah x sempat nak snap pon. kalo snap pon x nampak sebab dah gelap. kamera tak canggih mana ehehe. 

 ok yang ni plak cilok dari Mr Paan Just Scribble Anything


meatball yang harus korang cuba!!!!!! (sosej tu takdo, hiasan je kot agaknya)


price berbaloi dengan rasanya Alhamdulillah. so datang jauh-jauh takkan la order biasa-biasa je kan. harus ada meatball itu, add set yg ada sausage 2 dengan kuah cheese, burger satu slice je (terkejot? haha)


Alhamdulillah. rasa happy sebab misi berjaya. dan selamat pergi dan kembali ke kampus uitm kuala pilah. 
dan happy sebab tujuan utama ke sana dah terlaksana. tujuannya utk fulfill hajat classmate opah utk pekena burger bakaq ni. nak bawak ke jajahan melaka rasa mcm impossible sbb jauh and ada sebab-sebab lain. so sebab tu gigih carik jajahan yang lebih dekat dan agak possible utk pergi. to my classmate, semoga anda berpuas hati dengan servis abg burn dan most important is the taste of the burger bakaq itself. terima kasih for those yang membantu mencari tempat, dan turut serta dengan plan yg tetiba je ni. hahahaha. bese la opah. suka buat bende mengejut. walaupun ada beberapa kesulitan dan perkara yg agak menyedihkan berlaku, just pikir positif, sebab bila kita nak buat satu perkara yg baik, pasti akan diberi sedikit ujian. bila satu perkara dh dipermudahkan, pasti akan diuji dengan sedikit kesulitan. bersyukur and smile bebeh! :)

dan baru tadi usha inbox facebook opah, terkejot sebab..... 


sempat pulak abg burn tanya perkembangan program serbu customer dia hahaha. dah macam serbuan kes besar plak. bukti i did messaged him kui3. so korang kalo teragak-agak pasal direction ke ape ke..teros text dia takpon pm inbox abg burn. kan sonang. jangan malu-malu hehe


thats all untuk entry kali ini. so cucu-cucu sekalian, opah syorkan korang try the meatball. 
Insya Allah..berbaloi-baloi ikan kaloi dik..ehehe. 

tata!