Allah tak beri apa yang kita mahu. DIA beri apa yang kita perlu.

Assalamualaikum..

Syukur teramat sangat tak mampu diungkap dengan kata kata..
sungguh perancangan Allah itu tak mampu kita duga..dan hanya DIA yang tahu terbaik untuk kita..
Mulanya diuji dengan satu perkara yang tak pernah terlintas dalam otak aku yang aku akan kene benda tu. siapa la nak. kene repeat. memegang title repeater. PERIT. sungguh!
peritnya bukan apa. sebab kita perlu mengulang. perlu pergi ke kelas lagi. walhal membe2 seangkatan dah boleh siap sedia nk bergraduasi, nak memulakan hidup baru.
Allah sahaja yang tahu. tak boleh elak la memang sedih. bukan kata tak nak bergembira sepenuhnya untuk kawan2 yang dah grad, tapi bila mengenang diri sendiri, masih bermati2an untuk segulung ijazah, fuhhhh it was so bad. seriously.

tapi aku berazam. aku kene double usaha. biarlah title repeater tu sekali je dalam rekod ijazah aku. memikirkan ayah aku yg perlu tanggung sebab pinjaman takat tempoh yg sepatutnya je la kan. mana boleh nk extend untuk repeat. kesian ayah aku. ayah seorang je yang bekerja, kena tanggung aku, kereta viva comel aku tu lagi dia jugak yang bayor, makan minum aku kat sini yang beratus2, umah melaka kene bayor, umah dia sewa kat sabah lagi kene bayor, umah sewa aku kat pilah ni pon dia bayor. Masya Allah.. boleh menitis air mata. tapi tak pernah dia marah. paling2 pun dia akan pesan, jimat2 la sikit. bukan tak bagi, cuba la jimat. haaa tu time aku punya corak pemakanan tak terkawal sampai belanja lebih untuk makan. tak boleh weh. kalo aku kata aku nk makan, aku beli. bukan yang mahal2. tahap yg mampu je. yuran belajar lagi. itu ini. ribu riban wehhhh. satu sem tambahan je ribu riban. congaklah kalo tak caya.

aku cuba taknak ulang mistake aku sampai kena repeat. yes, aku tahu. aku sakit denggi masa final exam. semua kata, takpela qina kan sakit, tak boleh jawab elok2. tapi bila aku fikir, aku boleh je fokus betol2 kumpul carry mark tinggi melambung supaya boleh jadi back up. takdela bergantung lebih pada final exam je.sungguh aku kata. carry mark tu sangat penting. adik2 junior yang sedang membaca kalau adela yg baca haha.. kumpul byk2. ujian test tu buat sehabis baik.

Alhamdulillah, bila dah akhir sem, paling tak sabar aku nk tengok, surely carry mark, and this time, syukur lebih baik. sangat baik bagi aku. walaupun tak la gempak mana. aku kira congak, cukup la untuk lulus, and effort lebih sikit, boleh la dpt better grade. dan syukur, jadual exam kali ni pun sangat cantik. sayang betul sapa yg buat kali ni. boleh kau bayang dik, paper neuro pembunuh bersiri tu dia p bubuh first paper masa exam lepas? gila. meleleh air idong nk study woi. dengan dateline tesis draft nk kene submit lagi. dan masa tu la aku rasa immune system aku tersangat lemah dan semua penyakit datang. virus, fungal, demam, alergic. akhirnya denggi. tergelak sorang2 kenangkan benda ni. kali ni, neuro dia bubuh last skli. so we got 2 weeks to revise. syukur. jadinya dua minggu tu, pulun abis. jenis study malam, so pagi aku tido puas2. tapi tak sampai lima jam pun. serious x cukup tido. sampai sakit dada. itu pun aku buat tak endah. punyalah pulun kali ni. janji aku lulus. teruk kan? boleh bayangkan keadaan mayat hidup aka zombi ni? kirenye kali ni lebih yakin la nk amek paper neuro.

bila tiba harinya nk jawab paper neuro, soalan dia yang terpampang tu.. Astaghfirullah, tak terbayang. aku tawu la aku amek degree, bio. and aku x la expect soalan yang terlalu senang. biasa la kalo ada kbkk sikit. tapi ni kalo dh sume ko bagi kbkk, jem la otak! masa tu mampu pegang kepala je. membe yang kat belakang pun kata ni la first time dia tengok aku lama termenung nk jawab soalan. bukan nk kata selalunye hebat sangat blh teros tulis jawapan, tapi yang ni tak terfikir lgsg! kecewa gila hati..apa yang aku study 2 minggu tu mcm tak membantu. gileeee!!! sapa buat soalan ni.. tapi aku jawab la jugak. berserahlah.

habis cerita exam, kita pun cutilah. kali ni aku duduk sorang kat umah. parents masih kat sabah. aku decide tak nak balik sabah sebab nk buat preparation untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar master kat UKM. semuanya aku buat dalam keadaan ragu2. boleh ke aku proceed? kalau la aku fail lagi neuro ni macam mana? bingung weh. Allah je tahu. mase tu aku fikir, kenapa la aku pegi accept and nak daftar sekarang? kenapa la aku tak tunggu je dulu result exam degree aku keluar? kenapa tergesa2 sangat? kenapa kau excited sangat qina!!!!! berdoa sahaja yang mampu. semua orang aku mengadu, Mama, abang aku, Ija, Kak Syud, Kak Nina, classmates. Abang aku kata, takpa dik, kita doa je. niat kita baik. kita nk sambung belajar. Insya Allah akan dipermudahkan.

12 Feb 2014, mula mendaftar kat UKM. inilah first time aku pergi daftar kat u sendiri. tanpa mak ayah. drive sendiri. pergi ke tempat aku tak pernah pergi. jalan tak tahu. konvoi dengan membe. aku pulak yang lead. lepas rumah dah siap vacuum, mop bersih segala, bertolaklah ke ukm. Alhamdulillah, dipermudahkan. selamat mendaftar. tapi hati gile berdebor mengira detik hari result nk kua. dan seperti biasa degupan jantung tak terkawal.

Ayah: Adik yakin boleh lulus kali ni?
Aku: erm erm Insya Allah. ayah doakan la ye.

bila ayah tanya lagi la macam nak terkeluar jantung.

dugaan. malam tu jugak la email cinta dari uitm tak masuk2. ini la paling lambat dlm sejarah. selalunya takdela lambat sangat. terpaksa guna method lain nk check result. dupdapdupdap. rasa macam kurang waras dah waktu tu. dinner pun tak. sekali nk tidur, perot tetibe kriuukkk2 lapo pulak! memang suh aku tunggu result baru bleh tido.

email dibuka, perlahan2.. teliti satu persatu. first thing aku tengok, GPA. kalau bawah 3 tu maksudnya ada la yang sangkut!

Allah Maha Mengasihani. Alhamdulillah. aku lulus! biarlah gred Neurology aku tu C (sangat gile cemerlang), aku tetap bersyukur. pass pun dh cukup baik.sebab aku tahu aku tak boleh jawab paper. syukur sangat. mungkin Madam pun simpati kat aku. dan mungkin juga carry mark banyak membantu. perkataan COMPLETE yang terpampang kat skrin tu buat aku rasa sangat lega. ringan sebelah bahu. sebelah je? yela sebab sebelah lagi aku dh bubuh Masters pulak.



Alhamdulillah, syukur. cuma masih belum sepenuhnya gembira. sebab teman2 masih ada yang belum selesai perjuangan degree. Jangan risau teman. Insya Allah doa aku sentiasa ada buat kamu semua. Allah uji tanda DIA sayang. usaha sikit je lagi. lepas ni kita boleh grad sama2. kita nanges sama2, kita gembira sama2. kita baling topi sama2 nanti ok? 

Insya Allah, akan meneruskan perjuangan MSc. in Conservation Biology di UKM. Tempat yang pernah aku menangis2 sebab kene reject dulu. nak sangat masuk untuk sambung degree masa tu. tapi UITM Kuala Pilah yang terima aku. syukur. UITM tetap dihatiku. baru aku faham perasaan dihatiku tu. walaupun macam2 dugaan aku tempuh, aku bersyukur uitm terima aku sebagai student. terima kasih UiTM. Insya Allah, aku akan kembali untuk mencurahkan pula ilmu yang aku ada. 

taklimat


kad matrik. aku punya belum siap haha


Perancangan Allah sentiasa terbaik. aku pernah menangis sebab offer uitm untuk master by research terpaksa aku lupakan sebab kena repeat. Tapi Allah bagi yang lebih baik. Dan kat sini jugaklah aku dapat jumpa semula dengan teman baik aku masa matrik dulu. tak pernah lost contact. See? Allah tak bagi apa kita mahu. Allah bagi apa yang kita perlu. 



For sure, aku akan rindu Kuala Pilah. tempat yang aku belajar banyak benda. tempat pertama aku mula drive. tempat pertama aku kene denggi muehehe. tempat aku belajar untuk lebih tabah. baru aku nampak dunia sebenar. rumah kene pecah masuk, pindah sana sini, buat police report pertama adoiyai, cuma bukan tempat aku bertemu jodoh je ececeh. tapi mana taw kan. selisih bahu tak perasan. kot doktor hospital pilah tu ke hihiks. menitis jugak air mata terkenangkan semua ni. Kawan aku cakap, aku tabah. tapi, aku tawu, aku tabah sebab doa dari semua. Doa mak ayah yang tak putus2. sokongan semua. aku taklah setabah mana. I did not go thru all this alone. terima kasih semua. Doakan aku boleh grad untuk Masters pulak ye. Lepaih tu kawen harharhar!! Sambil2 master, sambil2 cari jodoh hihiiks. ok jangan kata aku gatal. kan aku kata sambil2. means bukanlah priority. hehe. 

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Semoga segala jasa baik korang akan dibalas oleh Allah SWT. Teman2 yang perlu ambil supplementary exam, usaha gigih ok! Jumpa Hari Graduasi nanti. Insya Allah. Assalamualaikum :)

3 comments:

  1. salam...awak, nak tanya..so far amik kos cons. biology ok tak? :) mcm berminat dgn kos tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... eh eh awak classmate kite la!!!!!! :) sorrryyyyyy sgt lmbt reply... so far rasa best x kos ni? paling best subjek ethics kan? kihkihkih. good luck final exam ya. ;)

      Delete
  2. salam sis.. nak tanye..sy berminat utk further study dlm conservation biology ni.. firstly, nak tau course ni susah tak? banyak fieldwork tak? and untuk subject remote sensing and GIS, apa yang blajar..bole tak sis terangkan details subj tu? sebab sy minat dgn course ni sebab ade subject tersebut. thank you :)

    ReplyDelete