right brain output


tadaaaaa! 
ehem ehem. ini hasil kerja last minute nak kene create satu logo company
ni major project strategic management
maka kami gegurls ni pun decide untuk bukak bridal shop
semua amek feel nak kawen gitu kah3

memandangkan nama pun castle, laju-laju la google cartoon istana hok comey2 sikit
dan ini la yang rasa mcm paling comel. 

lepas proses ber adobe photoshop segala
picasa print screen photoscape ape je tak try

agak-agak kalau bukak bisnes betul 
nak ke guna logo ni?

bukak bridal shop, tapi logo mcm bukak kindergarten. 
kui kui kui

Selamat Malam ZzZzzzzz

selesai untuk sementara

Assalamualaikum

whuaa whuaa teruk jugak jerebu kat pilah ni. dulu kalau pegi kelas tu udara nyaman gile siap berkabus-kabus. selalu jugak amek feel kunun-kunun honeymoon kat genting highland..cameron highland. kah3.. sila tampau laju-laju. ade gangguan nerve stimulation di sini. dan faktor nyaman melampau Alhamdulillah ni jugaklah selalu menterlajakkan kami kami kat sini bangun pagi. 

tapi sekarang tak ado dah. ekau bangun pagi-pagi poie bukak tingkap memang boghasap la muko lobang idong. takmo bukak tingkap, rasa terperuk pulak. sekarang mmg fasa ketidakselesaan. dah la bilik masya Allah punya bersepah. konon nak bukak tingkap bagi pengudaraan sikit la kan. mata dah sakit, biar la hidung selesa sikit. kui3. heyyy bukan bilik bau busuk okeh. just tak tersusun rapi jek. opah dah simpan energy yang tinggal saki baki lepas bertarung dengan sakit tempoh hari untuk selesaikan thesis dulu. bilik, lantak pi.

dan yaa.. Alhamdulillah, selesai untuk sementara. selesai sudah membetulkan chapter 1 sampai 5. semua parts yang kene attach pun dh siap. table of content pun dh siap. appendix dengan curriculum vitae je belom. lepas dh print tu, taklah tebal mana pun. tapi bila tatap sorang-sorang, rasa mcm..terharu, sebak, gembira semualah bercampur aduk. ini bukan yang betul-betul final draft nak submit. bagi supervisor check dulu. then amek balek, betulkan lagi, dan submit dalam bentuk comb tu 26 Jun ni. sebab tu opah siap-siap print dari awal smpai akhir. nak kene betulkan lagi tu belakang cite. thats why entri kali ni selesai untuk sementara. sebab ado lagi nak buek dongan thesis ni. but at least boleh menarik nafas agak lega dan boleh la start belek-belek buku untuk final exam Jumaat nanti. ohhh life is so hectic. tak menang tangan dan otak. takpe, Insya Allah, tak lama lagi habis la semua keperitan ini. 

esok nak bangun awal, laju-laju pegi submit thesis, then bersihkan lab (alat-alat yang kene autoclave). then petang laju-laju pergi pre-grad dinner. busy mak aihh busy hahaha. 

tidur pukul 4 lebih hari ni. awal sikit dari hari sebelumnya. ade peningkatan. hahaha. 

Salam Nisfu Syaaban. Assalamualaikum 

Jodoh itu Rahsia Allah


tengah-tengah jari kesibukan menaip thesis yang tak berkesudahan
otak tiba-tiba terfikir soal jodoh.
sebab dengar lagu Nomad Tetap Menantimu tu. 
ahahaha 
ini bukan soal gatal. tolong la jangan cop siapa-siapa yang terbuka cerita soal jodoh ni gatal tak sabar beno nak kahwin. ko tu muda lagi nyah. study pon tak habis lagi. 

maaf kata. jujur kata.
umur kita semakin lama semakin meningkat. idaknye kamu bangun esok pagi umur kamu berkurang setahun dua. dan fitrah manusia untuk hidup berpasang-pasangan. 
terfikir soal ni pon, takdelah sampai dah betul-betul merancang sampai nak kene keluarkan bajet, plan A sampai Z. bukan bukan. ada limit jugak. 

nak mengaitkan lagu nomad tu..aku tetap menantimu.. 
alahai, puitis gila lagu kah3. dalam soal ni, bila umur makin meningkat, pengalaman sendiri dan orang sekeliling diambil kira, boleh kata otak pun semakin meningkat level kematangan..
suka ambil pendekatan, berusaha juga untuk mencari jodoh, tapi lebih kepada berserah kepada ketentuan dariNYA. kita hanya boleh merancang, Allah yang tentukan. 
selama mana kita menunggu, serigid mana perancangan kita buat, sedalam mana kita mengenali seseorang, bila tak tertulis dia jodoh kita, tak berkesudahan di jinjang pelamin juga. 

banyak-banyakkan berdoa moga diberikan jodoh yang baik-baik.
dalam masa yg sama, usaha menjadi yang lebih baik. sebab yang baik hanya untuk yang baik.
menanti selama mana, perancangan Allah tetap yang terhebat. usaha doa tawakal. 

Assalamualaikum. 

Penghapus Dosa Kecil

Assalamualaikum

sakit itu penghapus dosa kecil. sakit itu penghapus dosa kecil. benar. tapi terpulang kepada si penerima sakit itu utk reflect terhadap penyakit yg dia hadapi. adakah dia akan merungut dan tidak redha, atau terima penyakit itu sebagai satu tanda Allah masih sayang pada dia dan sekadar mahu mengingatkan supaya jangan lupa dan putus berdoa padaNYA? option mana yang anda akan pilih?

Insya Allah rasanya semua akan pilih second option. semua pun tahu sakit ni boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. dosa ibarat pasir di pantai kan? Astaghfirullah.. sangat banyak. sangat. 

Opah sekarang dalam fasa-fasa akhir sebagai student ijazah sarjana muda. Insya Allah akan tamat tak lama lagi. dan for sure each one of us akan ada satu busy period, yang semua akan stay up tak tido biological clock jadi tonggang terbalik tapi peduli apa janji kerja siap. Yes, peduli apa janji kerja siap. 

lain universiti akan ada lain busy period, or week. ramia dah lepas busy period ni. semua dah boleh menarik nafas lega. dan sebenarnya ada yang dah habis exam. 

untuk student uitm, kami mmg senantiasa special. sebab apa? sebab mmg selalunya jadual kami lain dari uitm lain. dan kadang-kadang akan habis lebih awal, tapi most of the time kami la yang paling last habis final exam. 

kerja, masya Allah tersangat banyak. kalau nak kata tak pandai manage masa, rasanya manage baik mcm mana sekalipun, akan tetap rasa stress dan tercungap-cungap nak siapkan. believe me. bukan subjek major je bertimbun kerja, yang minor pon menitik air mata nak settle. untuk subjek strategic management, major project kene set up company sendiri. presentation wajib sangat la. video conform ada tak yah cite. untuk human resource management plak, pon ada major project. yang ni, sila tebalkan muka pergi mana-mana company untuk interview manager dia. bukan kita di interview. presentation, report ahhh tu suma wajib la buat lagi tak payah cite. 

yang subjek major, contoh, field trip animal behavior. hang p zoo, tengok behavior selected animal. dan seriously masa tu mengejar masa, tak makan, tapi kene round satu zoo melaka (anda tahu kan besar mana zoo itu), dan sila mengadap haiwan pilihan hati untuk satu jam. its aint easy. anda akan pening kalau dia aktif melampau, dan akan pening juga kalau dia pasif sebab akan mula risau apa benda nak letak dalam report nanti. seharian tak makan nasi, sampai rumah masing-masing lemah longlai. dan kemudian hari tu, dah mula simptom macam nak demam. 

test quizzes semua tersusun cantik untuk diselesaikan. sepanjang bulan ni kira dah fully occupied dan fully booked la senang cite. sampai satu tahap bila lecturer tanya bila nak buat test ke quiz ke, opah hanya akan dengar je cadangan dari classmates tanpa bersuara sebab dh terlalu redha. lantak la nak buat hari ape pun. buatlah buatlah. 

final year projek, thesis tu,, jangan dilupakan. yang ni la yang paling banyak curik masa. setiap hari akan ada writing thesis. dan bila dah sampai yang discussion part tu which was chapter 4, yang ni sakit kepala putus asa menangis semua ada. 

dan dalam kesibukan mengejar dead lines semua assignment, opah demam. lepas dinner biosmarteam tu, demam makin teruk. sakit satu badan, dan paling sakit, kepala. rasa nak meletup. pegang je pun dah sakit. then pegi la klinik uitm. unit kesihatan, apa-apa la. cite panjang lebar, pun kedekut yang amat nak bagi MC. sorry sapa-sapa yg bakal jadi doctor, if u read this. apa kriteria nk dapat MC actually? mulut berbuih-buih? pengsan? atau dah tak bernyawa baru nak bagi? kecewa, dan ubat yang dapat pun alahai aku rase boleh beli sendiri kat luar. bagi vicks bang? kat umah pun ada. takpelah. redha je balik bilik, member tolong teman dan papah. takut pengsan menyembah bumi. makan la ubat then rehat. lepas dh rasa ok sikit, terus bangun dan mula mengadap laptop lagi untuk siapkan kerja. sebab tak silap esoknya kena submit dua report. bila dah start buat, demam pon start datang balek la kan. panas yang teramat. tapi sangat bersyukur sebab housemates sangat caring, tolong letak air rendaman beras, selimutkan semua. Allah je tahu rasa terharu di hati. 

bukan demam je sebenarnya. dalam masa yg sama, masalah kulit pun menyerang badan. dan tak pernah seteruk ini. mmg kulit opah agak sensitive, sikit je pun effect dh melampau.tapi kali ni mmg the worst. yang ni satu hal.ada lagi satu huhu. tiba-tiba tangan dan kaki rasa tegang, kebas..entah tak tahu mcm mana nk describe. rasa mcm membengkak. dan tak lama lepas tu, mula naik merah-merah mcm darah beku kat tangan dan kaki. cek kat mulut, pun ada jugak. sakit lidah dan tekak dan pedih bila makan. hati dah mula risau. tersangat risau. hati perempuan dik, lemah. sampai satu tahap, rasa sedih yg amat sebab family jauh, dan memikirkan mcm-mcm penyakit, rasa tak selesa, dan mengejar dead lines, and actually masa tu jugak kene prepare untuk presentation viva. pembetulan discussion masa tu tak siap lagi. dan slides lagi la tak buat apa. ada masa less than three days untuk buat semua tu. hati risau, badan sakit, dan berjuraian la air mata masa subuh time semua masih lagi lena dibuai mimpi. 

sebab dh tak tahan sangat, opah pun mintak la membe opah, kak nina untuk bawak g klinik luar. masuk je bilik mula la buat pembentangan penyakit. senaraikan satu per satu. doctor tu relaks je. dan dia kata, it was virus infection. kaki tangan mulut tu infection. sakit kepala, sebab terlalu kuat menahan sakit demam virus ni. dan masalah kulit lg satu tu, fungus infection pulak. rasa mcm badan ni medium agar yang boleh biakkan microbes utk hidup. pergi klinik ni, sehari sebelum presentation viva. balik je rumah, makan semua ubat sapu krim apa dia bagi, then relaks. lepas tu bangun, and prepare untuk viva esoknya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. hati rasa tenang je masa prepare. dan tak gemuruh pun. 

Alhamdulillah, esoknya dengan hati yang tenang, dan tak terlalu nervous, dapat present sehabis baik. apa nak disampaikan, semua dah disampaikan. soalan pun tak banyak, supervisor pun satisfied, dah rasa sangat bersyukur dan gembira. mungkin inilah hikmahnya dapat penyakit bertimbun dalam satu masa. agak susah sebenarnya nak berjalan sebab rasa sakit tapak. tapi gagahkan juga. kasut pun tetiba ketat. mungkin membengkak. redha dan redah je. huhu. kuantiti makan pun dh agak berkurang sebab masa tu semua rasa pahit. tak sedap. so tak berani nk beli banyak. hikmah jugak ni. untuk kurus mungkin. hihuhihuhihuhihu

dan Alhamdulillah, segala test assignments semua dah siap submit. viva pun dah lepas. dan sekarang opah dalam proses nak siapkan full draft thesis untuk submit lusa. dan dalam masa yg sama, kene revise utk final exam minggu depan. study week less then one week. gila ke tak gila. kami yang gila dibuatnya. tapi dah ditakdirkan, hari tu jatuh pulak kat tangga. tangan bengkak and sakit sikit. tapi tangan kiri, kanan ok je boleh buat kerja. mmpu gelak besa je masa tu. rasa mcm ibarat jatuh dilenyek lori plak. 

Alhamdulillah, im getting better. cuma kadang-kadang ada gak rasa gatal yang rasa mcm nak lempang sapa-sapa kat tepi. smack down pun ok kot. tak selesa tapi tak boleh nk dilayankan sangat. kerja banyak kot. so skg ni just kurangkan aktiviti, mostly outdoor. 

so guys, please take care of urself, sebab badan kita tanggungjawab utk kite jage. doakan kami dapat tempuh saat-saat akhir ni sehingga la habis final and submit thesis. tak sabar rasanya nak ada buku thesis sendiri. ok, jumpa lagi. babai! 


Assalamualaikum. :)

Suka Duka Mencuka

Assalamualaikum. just got back my thesis draft. discussion dengan supervisor tadi ok je rasanya. takde ape yg negative. cuma,,entah. sepanjang-panjang otw back, dengan running nose lagi..bawah terik matahari.. rasa down semacam. rasa mcm tak mampu nak senyum kat sapa-sapa yang lalu kat sebelah depan kiri kanan. kalau tak senyum balek, kata senior sombong plak. padahal ekau tak tahu hati senior suspected sombong ni tengah berkecamuk meronta-ronta bila fikir pasal thesis. overall, draft tu ok. cuma biasa la kene buat pembetulan.

bila masuk bab discussion, rasa mcm terkedek-kedek sangat nak siapkan. mana nak cari sumber sahih untuk identification lagi, mana nak karang ayat lagi, goreng sampai hangus...hurmm.. part discussion ni la rasenye paling banyak nk dibetulkan. dan sepanjang-panjang jalan tadi, terfikir pasal pembetulan, pasal kerja-kerja lain. tunduk jela yang mampu. rasa kaki tu macam seret je. kalau boleh nak suh sapa-sapa tarik naik bukit tonggek tu (student uitm pilah u should know where the bukit tonggek is).

rasa down tu muncul, bila fikir, mampu buat lebih baik tapi masa tak mengizinkan. bukan kata tak bersyukur, rasa mampu beri lebih supaya dapat result experiment yang lebih cantik dan tak menghadapi kepayahan macam ni. sampai satu tahap tadi terfikir.."boleh ke aku grad ni..kalau kene suruh repeat balek research ni macam mana..".. sampai seserius itu.



dan bila down, seperti biasa akan laju-laju carik makanan. sempat la beli laksa untuk dinner. beli donut abang long yang lembut lagi sedap tu, dengan air nescafe kat kak long. sengaja nak sedut caffein banyak-banyak. supaya tak mengantuk nak siapkan thesis. letih sebenarnya. jadual tidur memang dah tak normal dah sejak bulan bulan lepas. semalam jelajah satu zoo melaka, observe behavior harimau kumbang (ke dia observe aku?ntah le). sangat letih sampai rasa turun dari bas tu melayang-layang.

semalam sempat calling calling ngan ayah terchenta. bagitau la viva minggu depan. mintak mak ayah doakan. mak macam biasa la akan bagi kata-kata motivasi yang rasanya dia patot sambong belajar amek phd counseling. doa satu hari nanti mampu jadi mak yang superb merangkap motivator macam mama. (bertakung air mata sat). pastu bila kat ayah, nasihat dia mmg ganas sikit. tak tahu nak describe cm mana nasihat ayah tu. ayat common dia akan kata.. "viva tu nanti, bentangkan je...cakap apa adik tawu.. apa tajuk thesis adik?.. dengan sekali nafas.."isolation and bla bla bla..".. dan yang hebatnya ayah ni, dia tak akan cakap dia tak paham sebab terms science ayah tak biasa dengar kan. kalau cakap tak paham, mesti anak dia ni lagi down kan. mesti dah lose hope segala bagai. dia just kata.."haaa...ok la. bakteria apa yang dapat..?".. "nanti discuss tu cakap la apa yang paling dominan..".. see, paham tak paham ayah pon, dia mmg lebih tenang nak berdepan dengan hal-hal thesis mcm ni. mungkin sebab tu ayah masih mampu nak sambung study ke tahap phd sekarang ni walaupun sibuk bekerja.

anak terkedek kedek berjuang dengan thesis bachelor degree, ayah dengan tenang sambung PhD. ayah hebat. tabik spring!

perot berjoget-joget bila fikir nak kene present dalam lecture hall. with lectures inside. bukan students. omg

bila down cmni, bila terfikir ayah, kenapa aku tak mampu? aku muda lagi. mana boleh down sangat sangat. kene lebih kuat. Insya Allah.

hurm, terasa nak meluahkan dengan blogging. cukup la kot setakat ni. nak sambung writing.
Assalamualaikum.

animal behavior : elephant

Assalamualaikum

ok malam ni stay up sebab nak prepare 
untuk field trip esok
awas jangan pergi tanpa early preparation
or u will end up observing for nothing
sebab tak taw nk tengok apa
dan pastinya markah assessment anda akan ditolak kaw kaw punya hahaha

so, untuk field trip ini
opah and partner, kak ida @kekda 
pilih untuk observe gajah
sebelum pergi ni kena search la sikit-sikit 
aggressive behavior, feeding, mating bla bla bla

opah pon saja la tengok kat youtube 
untuk elephant giving birth
mmg tak pernah tengok
walaupun saya student sains 
sekian haha

video ni mmg betol must watch!
sangat kagum dengan kebesaran Allah
haiwan punya keperibinatangan 
sangat sayang pada anaknya



dan tengok dia give birth tu
siap tanya lagi.. "tak sakit ke"
kalau la gajah tu boleh reply kan heeeeee
rasa sedih sangat masa mak gajah cuba macam-macam 
nak pastikan anak dia hidup

kagum, sedih, terharu, comel. 

tengok la eh, tata! 



4.39am @ pepagi approaching subuh

tatkala semua insan sedang lena dibuai mimpi
opah dan sorang lagi housemate opah
masih bersengkang mata menaip discussion thesis
masih belum siap
tapi rasa mampu nak submit setakat yg ada ni je dulu
tak boleh nk force diri dah
stop beberapa jam untuk baca notes neurology pulak tadi
esok kuiz
sangat gembira hahahahaha



discussion part yang tak berkesudahan
lagu kat hot fm ni pon dah berjuta kali ulang yang sama

sekian. salam isnin. eheh

challenging chapter in thesis and life

Assalamualaikum



opah masih dalam mode struggle-tahap-rasa-nak-makan-ayam-KFC-satu-bucket

i can finish it alone. it's a fact. sekian
yes, masih berselera walaupun dihujani dihimpit dihempap ditimbus
dengan segala macam kerja yang tak dapat diungkap dengan kata-kata
keletihan dan kepayahan nak menyiapkan setiap satu

ini cabaran untuk final sem student

thesis writing kalau sape kata senang 
memang tabik spring kat dia
rasa nak bedah jugak right and left hemisphere brain dia
tengok kot ade additional neurons or organs
yg membolehkan dia berkata begitu.

dan part yang paling challenging, (atau kalau thesis ni, kite panggil Chapter) 
seperti yang dipersetujui ramai,
is,
RESULT AND DISCUSSION

macam afgan la pulak muka mamat ni hahahaa

berapa hari asyik mengadap membelek buku setebal alam
untuk Identification process
pening

tapi sebenarnya, microbiology ni menarik
dah mula tanam rasa cinta pada subjek ni
dulu tak sangat la
dan sangat anti sebenarnya
dan berharap bila FYP tak mo la dapat field ni

tetapi akhirnya, dapat juga.
kun-fayakun
Allah Maha Mengetahui 
When Allah says be, and it is!

sekarang ni rasa mcm tak cukup tangan kaki otak sume la nk siapkan semua.
jadual hidup pon mcm dh tak tersusun elok.
tido awal memang tiada langsung dalam chapter hidup sekarang ni.
paling awal mungkin 1 pagi. kelas pon banyak nak ganti sana sini.
selalu jugak rasanya kelas pagi. boleh bayangkan keadaan mata?
memang dah tak kesah mata panda lingkaran bawah mata what so ever
pimples? haruslah berlumba-lumba nak tumbuh disebabkan tidur tak cukup.
nampak mcm miserable sangat kan?
macam zombi. jgn terserempak dgn opah.
pasti seram haha

pujuk hati untuk chill. this is the beauty of final semester.
Keep on praying, May Allah ease everything

nak relakskan otak sebenarnya ni. so blogging sebentar. hehe

Happy Weekends guys :)

Upgraded Version Talk Show 2

Assalamualaikum

sejak opah meng upload video versi rakam semula tempoh hari..
ade classmates yg sgt care dan eager nak tawu
WHY OPAH WHY? 
why yours couldn't be published? 
ape errors? 

dan opah akan mengulang-ulang jawapan yang sama kepada semua

sampai terdetik kat hati
why not aku cuba buat sekali lagi? tak kisah la diorang nak tengok video yang mana satu
tak kisah la which video yang akan di evaluate.. 
janji, ko buat versi yang elok sodap mato memandang 

jadi dengan kegigihan dan berbekalkan tenaga nasi lemak ayam roti john dan pedal goreng gile sedap yang opah beli kat pasar malam tadi
maka bermula la proses meng upgrade video
ehehehe.

so presenting to you.. 

Opah Qiena Talk Show Episod 2


kali ni guna windows live movie maker. lebih senang, lebih cepat. 
walaupun rasanya animation dia..transition ape sume..
kurang menarik berbanding old version yang 2.6 tu
ikot orang la kan.ade yg suka tu ade yg suka ni. 

so hope you guys enjoy the video! 

like banyak-banyak ok cucu-cucu opah yang disayangi! haha
TERIMA KASIH

Opah Qiena Talk Show in the youtube bebeh!

Assalamualaikum


jgn terpedaya. itu bukan talk show opah ye :)

Hai Hai and Hai! Salam Jumaat yang Barakah.
tengah berehat-rehat sekejap selepas sejam lebih (estimated)
berusaha untuk siapkan nota neurology
sebelum sambung ke thesis writing, rasanya kene break la dulu kan
takot putus pulak neurons kat brain ni, abes satu ape tak jalan kan hahaha.. 

so so.. 
sekarang ni sure sume classmates opah tengah berhempas pulas nk upload video kat youtube!
ehem ehem, kami bukan nak jadi artis youtube okeh.. 
ni salah satu tugasan untuk subjek Strategic Management. 
jadi perlu switch la penggunaan left brain to right brain. 
to be more creative, nak hasilkan video yang sedap mata nak menonton. 
nak kata hebak sgt mmg tak la, sebab ni bukan kepakaran kami. 

idea nak buat tu mencurah-curah,
tapi bila masok time nak rekod, nak edit, 
puffff blur tiba-tiba menyerang thalamus (belasah je ni haha)

nak rekod tu pon bukan sesenang yang disangkakan..
bila start rekod je, mula la symptom penyakit Broca's Area nak kua.. 
tergagap-gagap nak kuarkan ayat.. 
bila dah kuar ayat konon mcm fluent, mula la kua words yang tak pernah diguna orang. 
mula la nk create vocab sendiri hahaha.. 
yang ni mungkin symptom Wernicke's Area.
kesian

tu la yang terjadi bila kene speaking kan. bukan mother tongue. terbelit lidah sana sini. hurm


bab edit la yang paling meruntun jiwa hahaha
nak import video satu hal
bila dia kata error tu yang membara hati 
bila dh import siap masok lagu gambaq suma.. 
nak publish la paling berdebor! 

dan tiba-tiba..

ERROR 

haaaaa tang ni yang paling tak suka nak baca. segala option yang dia bagi suma dh cuba. 
gagal jugak. jadi disebabkan kekangan kerja dan masa, maka terpaksalah opah rekod semula video tu. yes, opah sendiri tak suka dgn kualiti audio dan visual. sebab rekod semula kan. 
mestila tak cantik. ikot hati nak je edit balek. 

ikot hati, mati. 

pikir-pikir balek, banyak lagi kerja nak kene settle.
terlalu tertumpu pada satu kerja je pon tak elok. kan? 
jadi opah redha. dengan keredhaan itu jugalah rela nak upload ke youtube. 
hadoi malu.. haha.. 

takpelah. i learnt from my mistakes. ade la hikmahNYA tu. 

so cucu-cucu semua nak tengok tak video tu? hehehe.

video ni mengisahkan seorang student yang diberikan tugasan untuk read and review article dari mana-mana business magazine. sebab terlalu khusyuk nak review tu, dan masalah susah nak faham article business, lepas sejam lebih, maka dia pon dibuai mimpi. mimpi yang kononnya dia bekerja kat satu stesen tv sebagai business analyst. siap ada rancangan sendiri dik non oi. Real Talk. hamboi tak agak, hahahaa!!! marks will be given according to the number of likes. 
yang ni mmg kejam bak hang! grr

tapi sebenarnya mmg opah pernah bercita-cita nak jadi journalist, jadi pengacara, 
to be in a talk show.. tapi bukan senang. communication skills kene hebak. 
vocab kene molek belaka (bukan suka-suka nak reka words baru ehehe)


selamat menonton semua! 

dan ini link video classmates yang dh upload. feel free to watch bebeh! 
and, jangan lupa like taw! haha. okeh ni bukan paksaan. terima kasih! :)



Thesis Writing in Progress

Assalamualaikum


kalaulah ada jual tshirt ni kat kedai area pilah ni dah lamo den boli. 
hahahaha.

thesis writing in progress. 
disebabkan beberapa faktor yang tak dpt dielakkan, maka sebenarnya opah agak lambat start untuk writing. bukan sengaja nak melambatkan. 
faktor utama, sebab keje-keje kat lab lambat habis sebab lambat bacteria tu nk grow (salahkan bacteria pulak keh2), and perlu buat several biochemical tests. yang semestinya mengambil masa agak lama sebab nak tunggu result dia. nak prepare agar lagi. macam-macam.
dan selagi keje lab tu tak siap, maka opah rasa tak semangat langsung nk buat thesis. sebab tak nampak lagi result dia. 

alhamdulillah, bila dah masuk minggu yg agak terakhir, progress agak memberangsangkan.
so baru la semangat nak cari journal-journal baru..untuk upgrade proposal lepas. 

dan semalam, dari petang sampai la ke malam, membawak ke pepagi dekat-dekat subuh, opah struggle nk siapkan thesis Chapter 1 until 3. dari introduction sampai la ke methodology. 
banyak. tapi sebab semangat nak buat, rasa tak terbeban sangat. kalau tak semangat tu yang lambat nau idea nak datang..merungut lebih dari menaip thesis hahahaha.
dan tadi opah dengan partner opah, dah submit draft thesis tu. long journey to go lagi sebenarnya. 
part result and discussion tu yang super mencabar dan banyak. 
data opah pulak bukan untuk calculate, tapi untuk di ID dan explanation. 

dan insya Allah Viva akan diadakan pada 18 Jun 2013. sangat takut dan risau dengan discussion ni. tapi tak boleh la nk straight wat keje non stop kan. haruslah blogging kejap keh3. 
facebook pon dah deactivate so rasenye berkurang la sikit possibilities nak buang masa.

opah mengharapkan doa dari semua. semoga dipermudahkan urusan kami semua. 
sekarang ni kira waktu genting sangat.bukan thesis writing je nak kene fokus. 
kami ada test dan kuiz yang berderet. assignments tak yah cakap. 
video making, presentations yang setia menanti. 
hari-hari sepanjang nak menuju ke final exam ni dah memang fully booked dengan semua tasks ini. 

rabbi yassir wala tu'assir. rabbi tammim bil khoir..

terima kasih :)